24 February 2011

Sila dail talian 24434 !

Pernah tak korang terfikir bila berdoa muncul pertanyaan macam ni

" Terima kasih.Anda telah menghubungi Baitullah..Tekan 1 untuk MEMINTA .Tekan 2 untuk BERSYUKUR.Tekan 3 untuk MENGELUH dan tekan 4 untuk permintaan yg lain ."

Ataupun korang mungkin akan dengar macam ni ,

"Maaf ketika ini malaikat sedang membantu pelanggan lain.Diharap anda sabar menunggu .Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi "

Cuba bayangkan pulak kalau korang tengah sedih dan nak mengadu kepada -Nya korang dapat respon macam ni

"Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih daripada sekali pada hari ini.Sila cuba lagi di kemudian hari ! " / " Pejabat kami tutp di hujung minggu ,Sila hubungi lagi pada hari yang berikutnya "

Jawapan-jawapan macam ini tidak asing dalam hidup kita.Tapi ini ke yang korang akan dengar kalau korang menghubungi nombor-nombor Allah ?
Sudah tentu tidak ! Allah mengasihi kita .Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya' tidak kira tempat dan waktu.Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan pada bil-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had .
Apabila kita mendail talian Allah , tiada istilah 'talian sibuk'.Allah menerima panggilan dari hamba-hamba-Nya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya itu..

Talian 24434 adalah talian paling mudah untuk kita mendail-Nya..Tapi kenapa 24434 ya ?

2rakaat - Subuh
4rakaat-Zuhur
4rakaat-Asar
3rakaat-Maghrib
4rakaat-Isyak

Korang juga boleh menambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 iaitu solat tahajud , duha dan taubat..Kita juga boleh mendail talian 37 iaitu Al-Quran 37 juzuk atau 99 Asmaul Husna iaitu nama Allah..Untuk lebih cantik , kita boleh mendail 33 zikir ,Subhanaallah , Alhamdulliallah dan Allahuakhbar.

Yang pasti talian Allah ini adalah secara telus ,terus tanpa operator,tanpa perantara tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil.Ia juga dibuka 24 jam sehari,tujuh hari seminggu sehingga akhir hayat kita dan akan kembali kepada Allah .
Ini lah talian yang wajib kita dail setiap hari .Sayangnya ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda dengan talian duniawi walaupun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas dengan mesin suara dan tiada kawasan liputan ..
So , fikir-fikirkanlah dan selamat beramal

No comments: