17 March 2011

Cara cara nak pakai selendang

Wahh menarik kan Daya nak ajar ni tapi model nye bukan Daya ..sangat segan untuk jadi model ..uhuk uhuk :)

Perhatikan cara cara dibawah ye ..tengok betul betul baru jadi nanti :)

Okey start now ~~Ini adalah daripada Miss Sayesayangiz ...


Pertama : Cari mana mana selendang yang korang rasa lawa. Tak lawa pun takpe, kalau ada alas meja yang bentuk selendang pun boleh, asalkan tidak ada sisa air milo tumpah. Letak atas kepala, dan pinkan pakai kerongsang. Kerongsang jangan begitu besar, nanti leher nampak gemuk.


Pastikan selendang sebelah pendek dan sebelah panjang. Kira agak agak je ah panjang berapa semua sebab I takde pembaris panjang nak ukur. Takkan nak pakai jengkal atau depa.

Tarik yang bahagian panjang ke belakang untuk di letakkan atas kepala. Ye, aku tahu muka aku tua bila buat aksi ni. Bawah mata berkedut, padan muka tengok lagi Gossip Girl sampai pukul 8 pagi.
Haa, tarik sampai bahagian sebelah muka. Kalau selendang yang ada jurai jurai dekat hujung tu, pastikan jurai jurai tu sampai dekat bahagian telinga, baru macam langsir. Nanti bila exam, bole tiru kawan sebelah dengan mengintai di sebalik jurai-jurai ni.
Hasilnya macam ini, biasanya I tak pinkan dekat atas kepala, sebab bila angin kuat, tiup selendang tu, nanti macam sepoi-sepoi selendang tu bergerak, secara langsung mewujudkan imej ayu korang. YANG NAMA AYU TU DAH MEMANG AYU, TAKPAYAH LAH GEDIK SAJA TAKNAK PINKAN WOH.



Yang bahagian pendek pula, boleh ditarik kan ke tepi, kalau taknak tarik pun, boleh jugak, style apa. *wink wink

Tarik sampai habis lepastu letak dekat belakang.

Sekarang, dah boleh cuba betul-betulkan bahagian hadapan supaya tak nampak leher gemuk atau pun macam ada bela beguk sebalik selendang.


Done ! Macam mane muke korang ? Dah lawa ke belum ? wok wok Daya confirm dah lawa dah tuuu ~~
So pergilah keluar sekarang jumpe kengkawan korang or yang tercinta ..jangan lupe sebut name Daya yang ajar korang okey :DD


Sekian , assalamualaikum ..

3 comments:

Hana-wonnie said...

suka post ni! >_<
maklum la, org baru nak bejinak-jinak dgn selendang..haha :p

Daya The Sixth ! said...

@Hana-wonnie Bagus2 try okey ..pakai selendang baru nampak lawa :D

Capital F ♥ said...

yippi , yippi , yai , yeay !
hehe , saya dah tau cara-cara baru nk pakai selendang lg dah !
kuhkuh ! sukanya ! thanks , kak daya ! thanks sgt-sgt !