22 March 2011

Cinta lelaki bukan seperti cinta wanita





Daya hari ni post awal pagi and tak pergi sekolah sebab demam tiba-tiba tapi still boleh post entry :)

Okey seperti yang kita semua tahu , tiada apa di dunia ini dapat dibandingkan dengan cinta seorang wanita.Ia penuh kelembutan , penuh belas kasihan , dipupuk dengan sabar dan dibaja dengan kasih sayang , mencintai sepenuh hati , indah dan tanpa syarat..

Contoh la lelaki itu korang , dan wanita itu mencintai korang , maksud Daya dia cinta korang dengan mendalam , dia akan menjadikan kamu indah berseri walaupun korang buruk ( bukan mengejek ye ) , memberi korang semangat bila korang lemah , mempertahankan korang walaupun dia sendiri tak pasti sama ada korang betul ataupun tidak,tak kisah dengan apa yang korang lakukan ,tak peduli kata-kata kawan korang yang kata korang lelaki tak guna sebab wanita itu terima diri kamu seadanya ..

Macam tula cinta wanita..Tak de logik asas yang dapat jelaskannya :)

Tetapi cinta lelaki lain . Dia takkan mesej wanita yang dia cintai setiap setengah jam untuk menyatakan betapa cintanya dia terhadap wanita itu ..Dia takkan bersengkang mata untuk menjaga korang ketika sakit ..TAPI itu tidak bermakna lelaki itu tak sayang korang ^^
Ini buktinya .Kalau salah satu di bawah ni pakwe or suami korang pernah buat ..Percayalah dia mencintai korang sepenuh hati ..

MEMBERI KENYATAAN :)


Jika si lelaki SAYANG and NAMPAK korang dalam masa depannya dia akan kata " Ini teman wanita saya "
kepada semua kawan-kawan dia .Lelaki yang menyatakan perkataan itu sebenarnya nak bagitau yang korang miliknya walaupun dia tak pernah cakap kepada korang sendiri.Sekarang dia dah bagi isyarat dan mana-mana lelaki yang mendengar lelaki lain berkata , 'Ini teman wanita saya' akan faham yang lelaki itu dengan TEGAS dah bagitau yang wanita itu miliknya dan jangan dekati wanita itu !
Ini adalah isyarat yang difahami oleh semua lelaki dan dia orang semua menghormatinya :)


Kalau lelaki tu kata ' Ini kawan saya' bila dia nak kenalkan korang dekat orang lain ..Hmm korang tak payah la nak BERHARAP ..Dia hanya anggap korang sebagai kawan ..Pergi sebelum korang terluka okey ^^


MEMBERI DUIT :)


Lelaki yang CINTA korang juga tak kan biar korang mintak duit dekat korang untuk beli apa yang korang nak .Maksudnya dia akan beli dulu sebelum korang sempat mintak ..Inilah kenyataannya betul tak kaum ADAM ?
So kalau korang terima apa-apa hadiah daripada lelaki yang korang sayang , jangan lupa cakap ALHAMDULILLAH ( sebab korang bersyukur dia sayang korang ) dan TERIMA KASIH ( sebab korang betul2 menghargainya ) dan Lelaki itu akan menjadi bangga sebab dia rasa dah buat yang TERBAIK dan mungkin dapat manjadi lelaki nombor satu dihati korang :D


TAPI ! perlu diingatkan ye wahai kaum lelaki ..Tak bererti bila kami minta hadiah yang mahal2 dari kamu , kami ni PISAU CUKUR ! memang ada perempuan yang couple or kawin sebab nak duit tapi pisau cukur bukan gelaran bagi kami .Gelaran tu tak patut diberikan pada kami.
Ketahuilah yang kami berhak mengharapkan boyfriend/suami kami bayar tiket wayang , makan malam dan sebagainya sebagai ganti kepada masa yang telah kami LUANGKAN untuk bersama kamu :)


MEMBERI PERLINDUNGAN :)


Sesiapa saja yang terfikir nak sakiti korang MEMANG CARI NAHAS ! Pasangan korang akan melawan sesiapa saja yang kurang sopan dengan korang.Inilah naluri lelaki..Dia telah diajar sejak kecil untuk melindungi ibu serta adik2 nya ..Dan sekarang dia akan melindungi korang :)
BETUL TAK ? Si dia pernah lindungi korang ? Fikir balik , mungkin korang tak nampak ..Tapi kalau tak ade Daya bagi amaran TINGGALKAN saja :)


Hehe itulah sewajarnya yang dilakukan oleh SETIAP LELAKI SEJATI ..Tiga perkara ini je kaum wanita macam Daya akan tahu sama ada lelaki tu betul2 sayang atau main2 saja ^^

Kepada kaum wanita : Sebaik saja dia kata yang dia ambil berat pasal korang , korang akan menjadi hartanya yang paling berharga dan dia sanggup lakukan apa saja untuk lindungi harta paling berharga itu :)

Sekian





3 comments: