18 April 2011

Kenali 4 calon baru Akademi Fantasia



Dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kedua yang lepas, pengacara Aznil Hj. Nawawi mengumumkan 4 calon pelajar baru yang mungkin akan diserap masuk ke dalam Akademi Fantasia 9. Calon baru ini akan diketahui keputusan mereka samada mereka dapat memasuki Akademi Fantasia atau tidak di dalam Konsert Minggu Ketiga nanti. Mereka juga sudah diperdengarkan nyanyian masing-masing ketika berlangsungnya Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kedua tempoh hari.

Calon Pertama, Fir berasal dari Sarawak. Pernah datang ke ujibakat Akademi Fantasia musim ke-5. Namun tidak berjaya. Kali kedua menyertai ujibakat dalam musim ini dan berjaya terpilih ke senarai 40 teratas tetapi tidak tersenarai ke senarai 25 terats.

Hani, calon kedua yang berasal dari Sabah, ingin memasuki Akademi Fantasia atas dorongan ibunya. Ingin membuktikan kepada semua bahawa Hani boleh menyanyi. Hani adalah salah seorang calon yang telah tersenarai dalam 25 teratas namun tidak terpilih memasuki Akademi Fantasia selepas diuji oleh Cikgu Ning dan Coach Adlin.

Adik kepada salah seorang pelajar Akademi Fantasia 9, Aida iaitu Fina adalah calon yang ketiga. Fina yang juga berasal dari Melaka tidak terpilih dalam ujibakat kerana usianya yang masih belum cukup 18 tahun ketika itu. Kini umurnya sudah cukup 18 tahun dan bersedia untuk memasuki Akademi Fantasia.

Calon terakhir merupakan calon yang pernah terpilih ke Konsert Prelude Akademi Fantasia Musim Ke-4 iaitu Hazama. Calon yang pernah mengikuti program Gempak Selebriti Astro ini pernah menjadi penyanyi vokal untuk kumpulan Meet Uncle Hussien dan menjadi antara calon paling digeruni kerana pengalamannya

Dapatkah mereka terpilih ke Akademi Fantasia 9 nanti? Kita nantikan Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketiga Sabtu ini, 9 malam di Astro Ria (104). Ingin mengetahui apa perasaan mereka berempat menjadi calon baru? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

Inilah berita yang terbaru Daya dapat dari website astro :)

2 comments:

aiman rashidd said...

kenapa ada calon baru ? HHAH pelik pelik :D

Anonymous said...

I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.