5 May 2011

Suspek Bunuh Tunang Maut Minum Racun

Hei ape citerr la ni .. Haduii xpe korang bace dulu artikel ni ~

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang disyaki menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di sini pada Rabu, menemui ajal selepas minum racun rumpai.
Jurucakap Hospital Seberang Jaya berkata, Shahimi Ismail, 37, meninggal dunia pada pukul 11.55 malam, Rabu.
Selepas insiden menyayat hati itu, Shahimi dilaporkan memaklumkan kepada keluarganya di Mengkuang Mak Sulong bahawa dia berada di Taman Rekreasi Ampang Jajar.
Kakak mangsa yang bergegas menemuinya mendapati Shahimi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Suspek kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Dalam kejadian di stesen minyak berkenaan, Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja di situ ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik persalinan pakaian di premis tersebut sekitar pukul 8 pagi Rabu.
Mangsa yang juga seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada dan perut.
Karimah ke tempat kerja di stesen itu di Jalan Perusahaan Prai pada pukul 6.30 pagi sebelum mangsa memasuki bilik tersebut untuk menukar pakaian manakala Shamimi mengekorinya dari belakang.
Bagaimanapun, kelibat Karimah tidak kelihatan sehingga pukul 8 pagi dan salah seorang rakan sekerjanya menemui mangsa terbaring berlumuran darah
Polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu bermotifkan cemburu.
Jenazah Karimah selamat dikebumikan di kampung kelahirannya, Perlis petang hari yang sama.
Bunuh sana sini .. Dah macam hobi pulak dahh..Korang pernah dengar tak cite pasal orang yang pertama sekali membunuh ? Kisah die , ade dua orng adik beradik (lelaki ) dorang rapat dan akan berkahwin bersama-sama , mksud die dlm hari yg same lahh .Ayah dorang yg tlong pilih calon isteri .Sekali yg isteri si adik ni cantik , yg si abg punye tak lawaa .. Si abg ingt ayah dorang pilih kasih . Die geramm tapi die tak bunuh ayah die .. Adik die yang jadi mangsa .. Die orng yg first membunuh. Grrr kalau xde die mesti semua orang pada hari ni xkan bunuh2 ni ..Semua dosa orng yg membunuh, separuh dari dosa tu akn pergi dekat Si abg tadi .. 
Bayangkan berapa ramai yang dah membunuh ? Subhanallah .. ~~
P/S : Daya banyak citer pasal agama sekarang kan ? Daya dah berubah ke ek ? Alhamdulillah :)

No comments: