27 June 2011

Pakailah Tudung Wahai Kaum Hawa !



Bersihkan jiwa kalau nak baca entry ni .. Terimalah nasihat Daya dan bukalah hati kamu untuk menerima nasihat ini ..

Daya baru 15 tahun dan of course Daya ada ramai kawan yang terlebih sosial .. Kebanyakannya tidak menutup aurat rambut dorang.. Bila Daya tanya kenapa tak pakai tudung , lihat apa dorang jawab ...

Daya : Kenapa korang tak pakai tudung ye ?

Kawan 1 : Mak aku kate tunggu sampai aku ready baru pakai ..

Kawan 2 : Walaupu aku tak pakai tudung tapi aku solat tau .. Pakai baju pon lengan panjang ..

Kawan 3 : Mak aku lagi tak kesah sebab mak aku pon tak pakai tudung jugak ...

Kawan 1

Kebanyakan mak akan suruh anaknya pakai tudung apabila dorang sudah ready .. Bila nak ready tu ?? Tunggu sampai kahwin pon tak ready-ready lagi nak bertudung .. Kononnya nak tunjuk dekat orang yang rambut kita cantik .. Allah jadikan semua itu ada sebab .. Kenapa Allah suruh kita pakai tudung ? Sebenarnya tanpa kita sedar , rambut kita menjadi bertambah cantik apabila kita bertudung .. Tak percaya ? Ambillah sehelai tudung dan pakai setiap kali keluar rumah .. Korang akan sedar betapa cantiknya rambut korang ..

Kawan 2

Korang solat , korang pakai baju lengan panjang , eh tapi tak pakai tudung ? Sia-sia je amalan baik yang korang buat .. Tahu tak sehelai rambut yang kita tunjukkan kepada kaum Adam , sudah membawa dosa besar ? Kecuali mereka itu ayah kita sendiri .. Lindungilah rambut korang dari pandangan kaum Adam supaya korang tak berdosa besar dan hati korang juga akan menjadi bersih ..

Kawan 3

Susah bagi seorang anak menutup aurat mereka sedangkan ibu mereka mendedahkan auratnya .. Ibubapa adalah contoh anak-anak mereka .. Tetapi bagi seseorang remaja yang sudah boleh berfikir dengan matang , akan dapat mendidik diri menutup aurat mereka .. Selepas itu perlahan-lahan mengajak ibu serta adik-beradik perempuan mereka yang lain menutup aurat ..

Apa yang penting dalam menutup aurat adalah ikhlas semata-mata kerana Allah .. Sekiranya dipaksa memakai tudung dan korang tak suka .. Berdoalah kepada Allah supaya dibukakan pintu hati korang .. Ikhlas kan diri ye ..

Daya kongsi segala yang Daya tahu dan harap korang dapat terima dan tak terasa hati .. Ini adalah untuk kebaikan sesama sendiri .. Daya nak masuk syurga dan Daya nak korang pon masuk sama ..

Sekian ~

2 comments:

vampire's lovex said...

bagus la ajak kwan buat kebaikan :)

Daya The Sixth ! said...

Ye semoga orang dapat terima :)