26 March 2011

Najwa Latif 'Cinta muka buku'



Ni post kedua Daya pasal kak najwa (: ..Maybe ade yang kenal , and maybe ade yang still tak kenal kenal..aiyoo..Okey meh la Daya cite sikit ..Die seorng gadis 16 tahun yang dulu suka upload lagu famous2 yang dinyanyikan sendiri ..Suare die mmg power habis .Daya 'jumpe' kak najwa bile bace blog cik epal :D
Kire kak najwa mcm Justin Bieber la .heheheh popular dah die sekarang .Bagi korang yang tak kenal tu , bawah ni ade satu cover lagu Love Me yang dinyanyikan oleh Najwa Latif .So enjoy dulu and Daya akan terangkan pasal title hari ni :')


Orait ! macam mane ? best gegile kan kan kan :)

Okey 'Cinta Muka Buku' adalah single pertama Najwa Latif yang akan dipublishkan oleh NAR records.Korang boleh tengok teaser die dekat youtube tapi kurang jelas sangat so Daya memang tak sabar nak dengar full song !



Daya bagi lirik die tapi tak full la sebab lagu pon tak habis kan ..Arghh sungguh ketidaksabaran la nak dengar lagu ni !

Cinta muka buku..

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

So harap korang pon nantikan jugak album ni ye rakan2 bloggerku sekalian :)
Beliau juga ada fan page on facebook 'NajwaLatif' , ada blog and of course la youtube ^^
Daya doakan yang terbaik untuk kak Najwa ..Aja Aja Fighting !!
sekian Assalamualaikum :)

23 March 2011

Aiman Syahmi dan Aiman Syabil (:

Pepagi buta ni Daya nak cite sikit pasal kembar ni :D yang juga merupakan kawan Daya ..Ehh kire dorang ni abang and adik Daya laa :)

Yang si ABANG bername Syahmi (:

Hehehe die baik tapi memang tak bole nak cakap la betapa PEMALU nya dia..Kelas kitaorng sebelah2 je , tegur sekali pon tak penah ..dah 3 bulan sekolah ..Cakap 'hai' pon xpena tawww ..Tapi kalau dah chat atau komen2 dengan die ..Perghh jangan harap nak menang la kalau bergaduh ..Pelik kan ? Depan2 segan pulak die nak gaduh :DDD

Okey ni picture dia , yang pasti Daya tau die suke main gitar and tangkap picture orng menggunakan kamera yag semua orng idamkan tu termasuk la Daya ..Iaitu kamera CANON ! :D
Nanti nak suruh dia tangkap picture Daya la (:


Hehe sowy yek tak nampak muka dia ..Ade satu picture tu nampak muka tapi kang masuk ICU pulak tengok ..Serious! 1st time Daya tengok pic tu ingt die tangkap gambar hantu ..aiyoo ..bukan nak kate muke die buruk tapi gambar tu gelap ..nak tercabut jantung tengok nasib baik dapat disambungkan semula :)

Klik untuk besarkan gambar :)
Okey ni facebook die ..Kalau nak add silakan :D ..Tekan sini :)

Sekarang cite pasal si adik comey dia tu pulak ..AIMAN SYABIL..sweetkan nama die ..Hmm nanti nak letak nama anak Daya AIMAN SYABIL jugak la ..Hahahahahha :DDD

Daya kenal syabil ni bile Daya komen status die ..Tik tok tik tok terus rapat nak mampus ! :D Xdela biase2 je ..Orng nak jadi adik kite kite trima :D kan kan kan

Yang Daya taw Aiman ni tak cepat marah ..Die pendam aje :) .Haisy lelaki mmg selalu begini ye ? :')

anyway ni pulak pic si syabil adikku itu 


Lebih kurang je muke die dengan abg die tu ..Ade sekali tu Daya nak chat dengan si abang ha tertekan si adik punye facebook pulak ! waduhhh nasib baik belum cakap pape lagi ..Fuhh dala nak cakap pasal hati dan perasaan pulak tu ..Haisy bukan cintan cintun tu ..Daya nak luahkan masalah la :DDD

Ni facebook si adik ..Jika berminat tekan la sini :)


Okey the end ! Bai bai geng blogger :D

22 March 2011

Contest blog paling ceria :D


Okey Daya sekarang dah suka masuk contest dekat blog ! Ini yang kedua Daya masuk ..heheh
Ini contest blog paling ceria ! 

Blog Daya ceria tak ? Hurm xtaw la ..semua ditentukan oleh Cik Qis..Hehe sesedap air twister je kan Daya nickname kan nama die..Huhu name die Qistina sebenarnya ^^

Tarikh tutup 10 April 2011 ..So mari join join ! ^_^
 Eh sebelum terlupa Daya nak tag ...


Hadiahnya : perlukan 2 pemenang sahaja..tempat pertama akan memenangi RM 100 tunai ATAU top up RM 100...tmpat kedua lakk akan memenangi RM 50 tunai ATAU top up RM 50..

Cinta lelaki bukan seperti cinta wanita





Daya hari ni post awal pagi and tak pergi sekolah sebab demam tiba-tiba tapi still boleh post entry :)

Okey seperti yang kita semua tahu , tiada apa di dunia ini dapat dibandingkan dengan cinta seorang wanita.Ia penuh kelembutan , penuh belas kasihan , dipupuk dengan sabar dan dibaja dengan kasih sayang , mencintai sepenuh hati , indah dan tanpa syarat..

Contoh la lelaki itu korang , dan wanita itu mencintai korang , maksud Daya dia cinta korang dengan mendalam , dia akan menjadikan kamu indah berseri walaupun korang buruk ( bukan mengejek ye ) , memberi korang semangat bila korang lemah , mempertahankan korang walaupun dia sendiri tak pasti sama ada korang betul ataupun tidak,tak kisah dengan apa yang korang lakukan ,tak peduli kata-kata kawan korang yang kata korang lelaki tak guna sebab wanita itu terima diri kamu seadanya ..

Macam tula cinta wanita..Tak de logik asas yang dapat jelaskannya :)

Tetapi cinta lelaki lain . Dia takkan mesej wanita yang dia cintai setiap setengah jam untuk menyatakan betapa cintanya dia terhadap wanita itu ..Dia takkan bersengkang mata untuk menjaga korang ketika sakit ..TAPI itu tidak bermakna lelaki itu tak sayang korang ^^
Ini buktinya .Kalau salah satu di bawah ni pakwe or suami korang pernah buat ..Percayalah dia mencintai korang sepenuh hati ..

MEMBERI KENYATAAN :)


Jika si lelaki SAYANG and NAMPAK korang dalam masa depannya dia akan kata " Ini teman wanita saya "
kepada semua kawan-kawan dia .Lelaki yang menyatakan perkataan itu sebenarnya nak bagitau yang korang miliknya walaupun dia tak pernah cakap kepada korang sendiri.Sekarang dia dah bagi isyarat dan mana-mana lelaki yang mendengar lelaki lain berkata , 'Ini teman wanita saya' akan faham yang lelaki itu dengan TEGAS dah bagitau yang wanita itu miliknya dan jangan dekati wanita itu !
Ini adalah isyarat yang difahami oleh semua lelaki dan dia orang semua menghormatinya :)


Kalau lelaki tu kata ' Ini kawan saya' bila dia nak kenalkan korang dekat orang lain ..Hmm korang tak payah la nak BERHARAP ..Dia hanya anggap korang sebagai kawan ..Pergi sebelum korang terluka okey ^^


MEMBERI DUIT :)


Lelaki yang CINTA korang juga tak kan biar korang mintak duit dekat korang untuk beli apa yang korang nak .Maksudnya dia akan beli dulu sebelum korang sempat mintak ..Inilah kenyataannya betul tak kaum ADAM ?
So kalau korang terima apa-apa hadiah daripada lelaki yang korang sayang , jangan lupa cakap ALHAMDULILLAH ( sebab korang bersyukur dia sayang korang ) dan TERIMA KASIH ( sebab korang betul2 menghargainya ) dan Lelaki itu akan menjadi bangga sebab dia rasa dah buat yang TERBAIK dan mungkin dapat manjadi lelaki nombor satu dihati korang :D


TAPI ! perlu diingatkan ye wahai kaum lelaki ..Tak bererti bila kami minta hadiah yang mahal2 dari kamu , kami ni PISAU CUKUR ! memang ada perempuan yang couple or kawin sebab nak duit tapi pisau cukur bukan gelaran bagi kami .Gelaran tu tak patut diberikan pada kami.
Ketahuilah yang kami berhak mengharapkan boyfriend/suami kami bayar tiket wayang , makan malam dan sebagainya sebagai ganti kepada masa yang telah kami LUANGKAN untuk bersama kamu :)


MEMBERI PERLINDUNGAN :)


Sesiapa saja yang terfikir nak sakiti korang MEMANG CARI NAHAS ! Pasangan korang akan melawan sesiapa saja yang kurang sopan dengan korang.Inilah naluri lelaki..Dia telah diajar sejak kecil untuk melindungi ibu serta adik2 nya ..Dan sekarang dia akan melindungi korang :)
BETUL TAK ? Si dia pernah lindungi korang ? Fikir balik , mungkin korang tak nampak ..Tapi kalau tak ade Daya bagi amaran TINGGALKAN saja :)


Hehe itulah sewajarnya yang dilakukan oleh SETIAP LELAKI SEJATI ..Tiga perkara ini je kaum wanita macam Daya akan tahu sama ada lelaki tu betul2 sayang atau main2 saja ^^

Kepada kaum wanita : Sebaik saja dia kata yang dia ambil berat pasal korang , korang akan menjadi hartanya yang paling berharga dan dia sanggup lakukan apa saja untuk lindungi harta paling berharga itu :)

Sekian





20 March 2011

Contest cinta jarak jauh :)



Ni contest yang dibuat oleh Cik Iera...

syarat-syarat penyertaan:
  1. Jadi follower Cik iera
2. Buat simple entry tepek banner yg cun kat atas tue, link back to entry ini sahaja ok! .... yg bertajuk 
:: Contest Chenta Jarak Jauh :: 
3. Berikan pandangan anda tentang chenta jarak jauh tidak melebihi 100 patah perkataan
4. Tinggalkan link enrtry kat post komen dibawah
HADIAH??
sponser by : cutie keychain

**seorang pemenang yang memberikan ulasan yang menarik dan menyentuh kalbu bakal membawa pulang cutie keychain yang tertera namanya sendiri!!



Pandangan Daya tentang cinta jarak jauh ~


Hubungan jarak jauh selalu tidak berjaya konon nanti berjauhan dan terjumpa orang yang lebih baik.Tapi segalanya tak mustahil kalau ada cinta yang mendalam didalam hati :) ..Walaupun cinta jarak jauh itu susah tapi kalau kita sabar Allah akan sentiasa membantu dan kalau kita rajin berdoa Allah akan jadikan insan itu jodoh kita ..Bagi yang beranggapan nanti 'terjumpa' orang lain , maknanya dia tak delah sayang korang sangat just mengisi kekosongan ..Kesimpulannya Cinta Jarak Jauh ada kebaikan dan keburukannya sendiri bergantung kepada sikap sepasang kekasih itu :) ..Apatah lagi sudah menjadi trend remaja mahupun orang dewasa bercinta jarak jauh ..Kebanyakkannya dari facebook ^^..Dan hasilnya , banyak juga perkahwinan yang diadakan :) Itulah pendapat Daya tentang Cinta jarak jauh Cik Iera ..~ :)

Blog promote :')

Okey hari ni Daya nak bagi korang tengok satu blog ..And cube bagi pendapat pasal blog die okey :)


Blog ni kepunyaan kawan lama Daya , Julaini Amirah ..Sini blog die ..Kire Daya promote blog die la ni ..huihui ^^ ..Enjoy the blog ..~

Sesiapa nak Daya tulis pasal blog die sila tinggalkan link anda di ruang komen ..Jangan tulis dekat shoutbox ye ..nanti Daya tak perasan la sayang oii dala RABUN..heheeh :)