23 April 2011

Tempahan header murah

Cewahhh dah berlagak nih , hahha xdelah semalam Daya baru belajar buad header dengan betul
hasilnya , header Daya yang sekarang ni la ..ehehehhe :)

So Daya nak try lagi , supaya jadi lebih mahir ..
Kepada sesiapa yang nak tu .. tinggalkan link korang 
kalau nak bincang , add fb Daya je ..okey ? ^^

Bayarannya kite bincang kemudian la yee :)


Baju Pelik Lady GaGa

Korang ingat lagi tak baju yang Lady GaGa pakai masa MTV Musik Video Award 2010 ? Ala yang daging tu .. apelah tak de baju lain ke nak pakai ..haduii pakai baju kurungkan manis XDD

Sekarang dia muncul pulak dengan costume yang menggunakan 100% diperbuat daripada rambut sewaktu hadir di kelab hiburan eksklusif iaitu The Oak Room .. Aigoo Shippo ( bahasa korea yang bermaksud Aiyoyo (!) HAHA )

Tak de keje lah Lady GaGa ni , ape kate lepas ni tak payah pakai ape ape ..same je kan ^^ ..
Dah la tak tau rambut sape yang dipakainya tu , kalau buat la rambut tu berkutu ? ha kan sia sia je ..aduiii =='
Watever la yee Lady GaGa ..

P/S : Dah berbulan Daya tak dengar lagu dia dah ..ehehe bagus kan ..anda pula bagaimana ? selamat beramal :)


                     Lady GaGa @twitpic.com/2t8yp1


Justin Bieber's Wardrobe Malfunction At The Grammy Awards

Move on, move on. Nothing to see here

Sudah sudahh , pergi tiada ape yang nampak ..ehehe
Tula lain kali periksalah zip seluar anda berpuluh-puluh kali supaya tidak jadi seperti yang diatas :D

Justin Bieber With Selena Gomez In Malaysia

Justin Beiber bawa Selena Gomez ke Malaysia semasa konsertnya 21 April yang lepas .. Kebenaran itu disahkan setelah gambar mereka tersebar di internet ( wahh ayat baku betul Daya guna ni XD )


Setelah Daya tengok lah kan gambar-gambar Justin Bieber dengan Selena Gomez tu , harapan untuk bersuami kan di dah sah sah la tak boleh kan ..ehehe ape ape pon always support you JB :)

Time to head to the city!

Can this buggy go any faster?

We see you, Selena!

Mesranya dorang , tak pe la Selena ..Daya serahkan Justin pada kamu ..Jaga dia baik baik ..sob3 :(
HAHA ..Good Luck Justin (!) ^^

22 April 2011

Freebies Cute Shoutbox Icon


Tak kesah la lelaki ke or perempuan yang nak amek okey .. Spread Love ! :)















UPDATE



http://2.bp.blogspot.com/-JsUUYInvqx0/TiCNnQ4rGPI/AAAAAAAABGY/61iUZMdBO6o/s200/da0d911ad81feec0482c96202ea87edd-d3btspt.png


http://4.bp.blogspot.com/-Lrb_nhvkhqI/TiCNoiEqnEI/AAAAAAAABGc/zAl4wu4b5v8/s200/nfc_e.png




http://4.bp.blogspot.com/-bOOPNDcA22M/TiCNqOV6Q9I/AAAAAAAABGg/l24qBBgVDs4/s1600/shoutbox+icon+kyuhyun+suju.png



http://2.bp.blogspot.com/-_-WHYXNhyXg/TiCNrOl7wiI/AAAAAAAABGk/0haZG6kdy6E/s1600/shoutbox.png



http://1.bp.blogspot.com/-ABo_zyC_zOc/TiCNt8cGxYI/AAAAAAAABGo/vJH0xraNNf0/s400/sooyoungshout+icon.png




21 April 2011

Tarian poco-poco haram

Daya memang terkejut gile la kan bile bace ni dekat paper .. nasib baik tak selalu amalkan senaman ni..Isy3 rupa2nya banyak yang kita tak tau ..
Sebenarnya memang patut haram pun, daya tengok makcik-makcik yang tak sedor diri dalam konsert Aznil tu (lupa dah apa nama konsert tu) udah macam hape jek, dan dah tentu nak tunjuk goyang2 masa menari tu… (uwekk).





CONTOH EMAIL YANG DAYA BACA



Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak
siuman? 

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


20 April 2011

Harimau Malaya ..Gambar Terbaru Muslim Ahmad

Haisy3 , Daya sedar sekarang Daya dah makin minat bola ..haritu time Selangor lawan Perak Daya pergi stadium ..Memang power , first time pergi kan ..hehehe macam jakun la sikit ^^
Okey back to the title , gambar yang Daya dapat ni daripada FB ..KAMI SOKONG MUSLIM AHMAD ..Latest picture okey guys and girls :)
Sape yang minat Muslim dekat sini boleh la enjoy ..yang tak minat tu cuci2 jela mate korang ..kikiki(BOLEH TEKAN GAMBAR UNTUK BESARKAN )


Muslim dapat anugerah pemain muda terbaik 2009


Tengok tu Muslim pergi kenduri pakai short pant ..haisy3..hehe


Nampak Muslim machoo laa ^^


Muslim In Blue :)


Berlatih .Eh macam comel je mamat depan tu ..kikiki


Berlatih lagi......


Selimut POOH tawww ..hehehe


Kyusyuknye Muslim makan ice cream ~



Hantu katikkkkk(!) Hahahha ..mesti Muslim pakai bedak tak tengok cermin ni ..HAHA XD

Sekian ~Bravo bravo (!)

Tutorial Burung Twitter Terbang Di Blog

Tutorial yang ke 3 :) ..Okey widget ni tak ade dalam blog Daya tapi rasenye korang dah pernah tengok dah dekat blog orang kan kan kan ? Dekat bawah tu ade contoh..tengok yang burung warna biru tu ..Ha yang tula ..


code burung twitter terbang aizuddin com

Kalau nak korang ikutlah cara-cara dibawah ini ^^

Pergi dekat Layout>Page Elements>Add a Gadget>Select HTML/Javascript


Lepas dah paste code diatas dalam HTML/Javascript , korang tekan Ctrl+F ..Cari http://twitter.com/a1zudd1n ..Ganti http://twitter.com/a1zudd1n tu dengan nama twitter korang..(Ade 3 korang kene tukar)PENTING ye (!)

Then pandai2 laa korang tekan save orait ..DONE (!) :)

P/S :Kalau tak faham tanye okey ^^

18 April 2011

Pelajar Akademi Fantasia Terkini

Yang dihitamkan itu adalah pelajar yang telah tersingkir



Kenali 4 calon baru Akademi Fantasia



Dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kedua yang lepas, pengacara Aznil Hj. Nawawi mengumumkan 4 calon pelajar baru yang mungkin akan diserap masuk ke dalam Akademi Fantasia 9. Calon baru ini akan diketahui keputusan mereka samada mereka dapat memasuki Akademi Fantasia atau tidak di dalam Konsert Minggu Ketiga nanti. Mereka juga sudah diperdengarkan nyanyian masing-masing ketika berlangsungnya Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kedua tempoh hari.

Calon Pertama, Fir berasal dari Sarawak. Pernah datang ke ujibakat Akademi Fantasia musim ke-5. Namun tidak berjaya. Kali kedua menyertai ujibakat dalam musim ini dan berjaya terpilih ke senarai 40 teratas tetapi tidak tersenarai ke senarai 25 terats.

Hani, calon kedua yang berasal dari Sabah, ingin memasuki Akademi Fantasia atas dorongan ibunya. Ingin membuktikan kepada semua bahawa Hani boleh menyanyi. Hani adalah salah seorang calon yang telah tersenarai dalam 25 teratas namun tidak terpilih memasuki Akademi Fantasia selepas diuji oleh Cikgu Ning dan Coach Adlin.

Adik kepada salah seorang pelajar Akademi Fantasia 9, Aida iaitu Fina adalah calon yang ketiga. Fina yang juga berasal dari Melaka tidak terpilih dalam ujibakat kerana usianya yang masih belum cukup 18 tahun ketika itu. Kini umurnya sudah cukup 18 tahun dan bersedia untuk memasuki Akademi Fantasia.

Calon terakhir merupakan calon yang pernah terpilih ke Konsert Prelude Akademi Fantasia Musim Ke-4 iaitu Hazama. Calon yang pernah mengikuti program Gempak Selebriti Astro ini pernah menjadi penyanyi vokal untuk kumpulan Meet Uncle Hussien dan menjadi antara calon paling digeruni kerana pengalamannya

Dapatkah mereka terpilih ke Akademi Fantasia 9 nanti? Kita nantikan Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketiga Sabtu ini, 9 malam di Astro Ria (104). Ingin mengetahui apa perasaan mereka berempat menjadi calon baru? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

Inilah berita yang terbaru Daya dapat dari website astro :)

17 April 2011

10 Tips Kecantikkan Yang Boleh Diikuti Semua

Sihatkah anda ? hehe Daya kembali setelah 1jam baring atas katil ..Daya blogwalking and terjumpa hhehe tips kecantikkan lahh ..Eleh nak post entry kecantikkan pulak dah..HAHA ape salahnya kan ..Korang jugak yang beruntung sebab nanti korang cantik ramai orng suke :))))
Ini memang Daya copy paste betul2 dari tuan blogger tu ..Al maklumlah malas ^^

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!

Done (!) Ape lagi , ikut taw jangan tak ikut :)

Raihanna S&M MP3 download

Dah dengar lagu Raihanna S&M ..Better dengar sekarang okey guys .. Nak dengar pasang video dekat bawah ni okey :)


Okey nak download ? Boleh aje sehh , dengan baik hati Daya boleh carikan untuk korang ^^

Tekan SINI

Done(!) :)

Strong Heart


Okey korang pernah tengok tak cite ni ? Yang tak pernah tu meh Daya story sikit ..tapi sebelum tu harap maklum ye kawan2 ku Strong Heart hanya ade di tv Beyond sahaja ..Yang lain tu tengok dekat Youtube jela yek :) tapi lambat so marilah melanggan Astro Beyond (!) HAHA

hehe hoho now satu lagi video for you alls ..Tengok jangan tak tengok ^^


Dah enjoy ? Bagus :D

2010 Top 100 Handsome Man In Asia

Ni kedudukan 2010 ye kawan2 ku yang gila Korea (!) 
Belum diketahui untuk 2011 punye so harap bersabar ..hehhe wahhh KIM JAE JOONG no 1 (!)

69 Kazuya Kamenashi
68 Park Hae Jin
67 Kim Dong Wook
66 Park Taehwan
65 Daniel Wu
64 Hyun Bin
63 Lee Donghae 
62 TAE
61 Chi Cheng Jun
60 Wallace Huo
59 Takuya Kimura
58 陸毅
57 Shun Ogur
56 Leon Jay Williams
55 Roy Chiu
54 Chun Jung Myung
53 Kim Bum
51 Sung Min Moon
50 Takeshi Kaneshiro
49 Mike He
48 Haruma Miura
47 Lee Sungmin
46 Koike Teppei
45 Seung-ho Yu
44 Yamapi
43 Jang Keun Suk
42 Ji Hyun Woo
41 Lee Yong Dae
40 Joo Ji Hoon
39 Jang Dong-gun
38 Lee Dong Gun
37 Aaron Yan
36 Lee Min Woo
34 Shin Hye Sung
33 Kang Dong-won
32 Woo-Hyuk Jang
31 Duan Wei Huang
30 Changmin
29 Kim Kibum
28 Micky Yoochun
27 Ekin Cheng
26 Choi Sung-Kuk
25 Eunhyuk 
24 Vic Zhou
23 Nichkhun
22 Ryeowook 
21 Song Seung Heon
20 Jun Jin
19 rain
18 Moon, Hee-Jun
17 Kim Hyun Joong
16 Lee MinHo
15 Nicholas Tse
14 Yunho
13 Leeteuk
12 Kyuhyun
11 Choi Siwon

10 Wang Lee Hom
9 KangTa
8 Il-woo Jeong
7 Jerry Yan
6 Wu Chun
5 HanGeng 
4 Bae YongJun
3 Lee Junki
2 Kim Heechul 
1 Kim Jae Joong

Maaf sampai 69 je ..tu je yang Daya dapat tapi 70-100 tak de ahli Super Junior , so jangan risau okey :)
Kalau dah dapat update kedudukan baru Daya post entry lagi ..sekian :)

Contoh Folio Geografi Tingkatan 3

Okay guys and girls yang form 3 tu , Daya taw memang susah nak buad folio kan ? Banyak sgt bende nak kene cari ..macam2 ..haisyy penat ann ..Xpe xpe Daya bagi dua contoh , then korang copy la sikit2 ye ..yang huraian tu pandai2 la korang buad ayat korang sendiri ..So good luck untuk dapat markah penuh ye <3


Tak kesah korang nak ikut yang mane just jangan lupa nak tukar nama tempat and sebagainya :)