7 May 2011

Korean Song 2011

Brian Joo

Mv die macam tengok Opera House ..
tapi ini persembahan die atas pentas ye
Lirik pon sedih sangat :(
Meh tengok


Carilah translate lirik die okey :')

Korean Widget Part 2

Terima kasih kepada Farid sebab buat widget ni :)
SINI blog die .. Datanglah selalu okey kawan2


Okey di sini pon ade jugak Korean widget .. Cantik sangat :D... Daya sukeee ... korang boleh singgah ye ...


SENARAI KOREAN WIDGET YANG LAIN ^^




Sekian ~Trimassss ^^


Cute Korean Widget Part 1

Tak lah secomel mane tapi kalau suke silakan :)

SIWON ^^






EUNHYUK






KIM HEE CHUL






KYUHYUN





ALAMAK SAPE NI EK ? HAHAHAAH -,-


Sungmin ye kawan2 :)



DONGHAE







Terima Kasih kalau korang guna .. A heart for you 
(。◕‿◕。)

Tentang Yakjud Makjud


Ini hanyalah gambaran sahaja , rupanya mungkin lebih menakutkan
daripada ini

Ini adalah e-mail dari seorang penyair dari Terengganu .. Mungkin korang dah bace
tapi Daya akan kongsi juga sebagai satu ilmu :)

Bismillahirrahmanir rahim…

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

5 May 2011

Suspek Bunuh Tunang Maut Minum Racun

Hei ape citerr la ni .. Haduii xpe korang bace dulu artikel ni ~

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang disyaki menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di sini pada Rabu, menemui ajal selepas minum racun rumpai.
Jurucakap Hospital Seberang Jaya berkata, Shahimi Ismail, 37, meninggal dunia pada pukul 11.55 malam, Rabu.
Selepas insiden menyayat hati itu, Shahimi dilaporkan memaklumkan kepada keluarganya di Mengkuang Mak Sulong bahawa dia berada di Taman Rekreasi Ampang Jajar.
Kakak mangsa yang bergegas menemuinya mendapati Shahimi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Suspek kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Dalam kejadian di stesen minyak berkenaan, Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja di situ ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik persalinan pakaian di premis tersebut sekitar pukul 8 pagi Rabu.
Mangsa yang juga seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada dan perut.
Karimah ke tempat kerja di stesen itu di Jalan Perusahaan Prai pada pukul 6.30 pagi sebelum mangsa memasuki bilik tersebut untuk menukar pakaian manakala Shamimi mengekorinya dari belakang.
Bagaimanapun, kelibat Karimah tidak kelihatan sehingga pukul 8 pagi dan salah seorang rakan sekerjanya menemui mangsa terbaring berlumuran darah
Polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu bermotifkan cemburu.
Jenazah Karimah selamat dikebumikan di kampung kelahirannya, Perlis petang hari yang sama.
Bunuh sana sini .. Dah macam hobi pulak dahh..Korang pernah dengar tak cite pasal orang yang pertama sekali membunuh ? Kisah die , ade dua orng adik beradik (lelaki ) dorang rapat dan akan berkahwin bersama-sama , mksud die dlm hari yg same lahh .Ayah dorang yg tlong pilih calon isteri .Sekali yg isteri si adik ni cantik , yg si abg punye tak lawaa .. Si abg ingt ayah dorang pilih kasih . Die geramm tapi die tak bunuh ayah die .. Adik die yang jadi mangsa .. Die orng yg first membunuh. Grrr kalau xde die mesti semua orang pada hari ni xkan bunuh2 ni ..Semua dosa orng yg membunuh, separuh dari dosa tu akn pergi dekat Si abg tadi .. 
Bayangkan berapa ramai yang dah membunuh ? Subhanallah .. ~~
P/S : Daya banyak citer pasal agama sekarang kan ? Daya dah berubah ke ek ? Alhamdulillah :)

Gempa Bumi Di Sabah

Gambar ni kecik ye .. Tekan gambar untuk besarkan




Ni rasenye berita malam semalam . Daya terdengar dekat radio HOT FM . Okay waktu kejadian adalah pada 4 Mei 2011 , pukul 3.43 petang.

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter telah berlaku di kawasan berdekatan dengan Lahad Datu, Sabah ..  Gempa bumi ini tak kuat ye kawan2 .. Tapi hati Daya mula rase tak sedap dahhh ..

Subhanallah....walaupun gempa bumi ni peringkat lemah..tapi apa pun boleh terjadi  dengan izin Allah...
Sekadar renungan bersama... Jika Allah murka dengan tindak tanduk kita, tak mustahil akan turun bala bencana kat Malaysia kan kan kan..
sekarang ni pun macam-macam benda jijik dan kotor dah berlaku..
nak tunggu sampai tuhan turunkan bala baru nak insaf??
marilah kita berdoa supaya Malaysia di lindungi dari bala dan bencana..

Allah jadikan semua ni ada sebab betulkan ? 
Mungkin Allah nak kite insaf sebelum pintu taubatnya tertutup..

Hmm Daya ade sorang kawan yang asal dia daripada Sabah .. Daya harap Lahad Datu bukan tempat die .. Kalau ye pon Daya harap dorang okay2 aje .. Ape2 pon yg jadi stay strong ye Nazz ..

Putih Beliung Paling Dasyat

Assalamualaikum :)

Harini story pasal putih beliung ..Alaa yang pusing2 tu .ehehehehe
Daya akan tunjukkan gambar putih beliung yang paling dasyat Daya pernah tengok setakat ni




Ni dah sah sah la Orang putih yang tangkap kan .. Dorang ni memang buat keje gile arr ..Nape tak sedut je dorang sekali ..Eh kalau dorang tak tangkap gambar nih tak delah kite dapat tengok ye tak ? SO thanks (!) ..HAHA :DD

3 May 2011

I'm Coming Home - Lagu memuja Dajjal

Assalamualaikum sahabat :)

Berita ni Daya dah tau lama cume time tu lagu ni tak femes , so Daya buad endah tak endah je .. now lagu tu popular dan ramai yang tak tahu maksud lagu tu ..main nyanyi je kan .. aiyooo .. Daya dengar lagu tu mule2 pon syokk sekarang bile nak nyanyi je ingat Allah ..Takut rasenye (!)

Percayalah lagu ni dah jadi trend sekarang ..mane2 pon korang akan dengar i'm coming home , i'm coming home , tell the world that I'm coming home .. Faham tak maksud die tu ? Ehehe mestilah fahamkan .. Maksudnye lebih kurang macam Saya balik rumah .. Bagitau dunia yg saye akan balik rumah .. 'RUMAH' ? rumah tu BUMI laaa !
Seolah-olah memberitahu yang Dajjal akan sampai ke bumi tak lama aje lagi .. Sebab tu la Allah bersabda , dunia ini takkan khiamat sehinggalah ade manusia yang mengatakan lagu , muzik dan alat muzik tu halal ..HARAM ye kawan2 .. dengar yg baik2 xpe ..bile kluar lagu macam 'I'm coming home' ni .. Ha nk kate ape ?

Sekarang tengok video die okey .. Don't worry video die tak seram ..Dengar lirik die betul2 ..later on Daya explain


Amacam ? gempak ke video die ? Meh check it out gempak ke tak gempak ..Okey korang tau akhir dunia nanti , dunia akan kering kontang , penyakit merebak , dan waktu itu datanglah dajjal membawa hujan .. Orang kafir akan mengangkat Dajjal sebagai Tuhan pada waktu itu ..

Korang dah dengar lirik lagu tu kan .. ha ni lirik die yang membawa maksud sama macam Daya terangkan tadi :
I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )


I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
 (Kerajaan dajjal menunggu dan memaafkan kesilapannya)


Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you

Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong

What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs

But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home

“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just ike our normal day )
Lot of fights, lot of scars

Sedar tak yang kite seolah-olah menyeru Dajjal tu supaya segera datang ? Pesan Rasulullah , waktu Dajjal tiba nanti ..Jangan keluar rumah ..Segeralah bertaubat kepada Allah wahai sahabat Daya .. Daya dapat berita ni daripada orng lain dan tak tahu ketepatan berita ni tapi lebih elok kite berhati-hati :)

Alhamdulillah , sekian ~