27 August 2011

Contest For New Blogger

Assalamualaikum ,
Alahai Daya buat contest laa pulak kan ..
HAHA 

Sebelum pape pon Daya nak ucapkan Selamat Hari Raya dulu , harap diampunkan dosa Daya yang tak tolong buat kan tutorial yang korang nak ke , or terkasar bahasa ..Maaf kan Daya , semua orang ada kelemahan kan :')

Now jum cite pasal Daya buat contest ni , okey contest ni terbuka kepada NEW BLOGGER , BLOGGER YANG ADA FOLLOWER KURANG DARI 100 dan SIAPA NAK DAYA EDIT BLOG sahaja .. Bukan nya Daya ni kedekut tak nak bagi semua orang masuk tapi hadiah bagi contest ni adalah EDIT BLOG PERCUMA dari Daya ..So kalau yang blog dia dah cantik masuk contest ni habis Daya jahanamkan blog dia tu ..HAHA

Syarat-syarat contest ::

1 . Follow blog buruk Daya ni.

2 . Buat satu entry pasal contest ni . Letak banner dekat bawah ni jugak okey .Tajuk entry CONTEST DAYA THE SIXTH !..Tag sekali 3 orang ..



* Maaf ter-over edit pulak banner nie :D
Klik banner tu untuk copy yep ~


3 . Dah buat entry tu , tinggalkan lah link dia dekat post nie okey :')

4 . Tarikh tutup contest ni hari jumaat - 2/9/2011 tepat jam 12 tengahmalam ..HAHA macam cerita cindarella pulak kan ..

5 . Pemenang ada 2 orang sahaja , so cepatcepat rebut peluang okey ..


GOOD LUCK ! ^__^
Spread Love <3


26 August 2011

Tutorial Gambar Jadi Dua ( Double Me )

Uwahhh tenet ni pehal laa lambat macam kuda sangat ,
tak dapat update selalu 
rindu kan dekat Daya ? HAHA <-- perasan pokk

Okey laa arinie Daya nak ajar macam nak jadi kan gambar kita double .. 



* Sila abaikan muka Agnes Monica Daya tu ..HAHA

1 . Korang mesti ada Photoscape 

2 . Kalau dah ada BAGUS , kalau tak ada silalah download --> SINI

3 . Dah install ( bagi yang belum ) , korang bukak EDITOR

4 . Upload kan gambar korang ..



Klik gambar kalau nak tengok besarbesar*


5 . Dekat tab menu HOME , pilih FILTER -> DISTORTS -> ILLUSION





6 . Korang kene tunggu kejap then kluar laa satu kotak misteri nie ..hehe tetapkan berapa bayang korang yang korang nak .. Kalau satu , satu laa okey (:

7 . Dah siap tu letak laa kat FACEBOOK ..haha

24 August 2011

Tutorial Gambar Dalam Scrollbox

Oik oik ! Selamat Malam , Selamat Beramal SEMUA :')

Daya nak tunaikan permintaan Azyra
Cehhh berangan DJ radio laa pulak kan ..HEHE
Dia nak Daya ajar gambar dalam scrollbox

Contoh




1 . Dashboard -> Design -> Add Gadget -> Html/JavaScript

2 . Copy paste code ni okey ::

<div style="background-image: url(URL BACKGROUND); border-color: #FFCCCC; border-style: double; border-width: 4px; border-top-left-radius: 5px; border-top-right-radius: 5px; border-bottom-left-radius: 5px; border-bottom-right-radius: 5px; height: 300px; overflow: auto; width: 220px;"><center><img style="width: 153px; height: 204px;" src="URL IMAGE" /></center><center>


3 . Yang warna Merah untuk background dia , and Hijau untuk gambar korang okey ..

4 . Kalau nak letak gambar lagi just ulang code yang ni ::

<center><img style="width: 153px; height: 204px;" src="URL IMAGE" />
</center><center>

5 . Preview dulu baru save okey .. Spread Love <3






Maaf Saya Tak Sehebat Kak Lyssa

Assalamualaikum :')
Trial PMR sudah selesai memang lega sangat2 ..
And rasa happy sebab dapat bukak blog Daya ni balik tapi 
Hmmm tak perlu laa buat Daya sedih kan ~

Daya baca komen kebanyakkannya memang sokong Daya and support habis-habis laa
Tapi yang tak puas hati pon ada ..
Ye betul kita memang tak dapat puaskan hati semua orang 
Daya buat tutorial berdasarkan apa yang Daya tau , and Daya mengaku freebies Daya tak HEBAT
Daya tak pro okey , dan Daya tak maen serang-serang ni ..

Kak Lyssa memang hebat , freebies dia pon best !!
Tapi Daya tak sehebat dia , MAAF ..

Terima kasih sebab baca tutorial Daya , follow Daya , komen entry Daya ..
Kalau tak suka tak apa , ada banyak lagi blog yang boleh puaskan hati korang :')

Thanks sebab sedarkan Daya yang Daya ni tak hebat ..
Spread Love <3

21 August 2011

Jom Beli Pin Comel Dari Daya

Assalamualaikum guys ,
wahh Daya makin maju eh nak jualjual pulak ..HOHO
Daya nak dapat duit poket sikit maklum laa bulan puasa ni mama tak bagi duit belaja
HAHA

Barang ni Daya amek dari --> Sweety Tiara ..Kalau tak keberatan like laa page tu sekali ..HEHE ..Korang boleh tengok pin-pin yang comel dekat situ , and order dekat Daya tau .. Jangan order dekat situ pulak ..

Daya gerenti laa korang mesti like punya sebab memang comelcomel pin dia .. 
Jom tengoktengok sikit :')




Facebook Logo
Warna pink gitu :D


Muslimah 
Cewahh gitu .. Comelkan ? 
Ada rupa Daya tak ? HUAHUA


Sekarang zaman Domo dah tak ada <-- Ada lagi sebenarnya
Ramai orang dah mula minat Angry bird :')


Ni laa antara pinpin dia , selebihnya korang boleh laa tengok dekat SINI ..Beli memang berbaloi okey ..
Korang dah penat keluar beli baju kan , sekali pin tak beli ..Aiyoo order laa sini .. Murah saja .. 3 pin hanya RM 10 ..

Pembayaran boleh dibuat dekat nombor account ni ::

14430072691523 ( Julaini Amirah Binti Abdul Rani )

Barang tu akan dihantar pakai post laju ..Special tau Daya sendiri yang hantar ..HAHA tak dela mesti laa abang postman yang handsome ..Tak gitu ? HAHA

So korang berminat tak ? Beli laa satu pon jadi >.< .. Komen entry ni kalau nak order okey .. Alamat and nama korang hantar laa dekat --> SINI ..Send mesej eh .. Takut Daya tak approve pulak friend request<-- Tak approve sesiapa yang tak dikenali ..HAHA..private kan alamat tu..hehe , nanti raya Daya datang oraite :')
Spread Love  ♥