26 November 2011

Yeay yeay ! Edit Gambar Guna XiuXiu Part IV

Assalamualaikum ! :D

Nampak gambar dekat atas nie ? Haa tu khas Daya tujukan dekat peng-follow blog Daya . Dah dua ribu dah ! Dari mana korang datang nie !? Ramai betul :') . Thanks <3

Di-sebab-kan Daya punya impian nak jadi Photographer so Daya suka tangkap gambar and edit . Heheh sebab tula Daya nak ajar korang nie .. 



 Perubahan :: Mata & warna rambut ..
* gambar 'selepas' nampak macam barbie doll kan ? :D
Daya taknak letak gambar Daya sebab mata Daya BURUK ! heheh


 First korang mesti ada XiuXiu --> Download .. Tekan butang warna HIJAU kayy untuk download ..

  


Bukak XiuXiu korang , tekan nombor 1 ( macam dalam gambar ) untuk pilih gambar korang .. Lepas tu tekan nombor 2 ..



Dekat belah kiri , pilih yang macam bentuk contact lens tu . Then nanti dia keluar macam dekat belah kanan ( pilihan mata ) .. Pilih laa mata mana satu yang korang syokk kayy ? Peace (Y)



Dah siap edit mata , korang pilih ( belah kanan ) bentuk rambut yang ber-kaler . Kalau tak tau yang mana tengok gambar kayy ? ^^

 


Kotak bentuk macam nie keluar bila korang tekan yang bentuk rambut ber-kaler tadi tau tau tau . Weeee . 

Untuk tukar warna rambut , korang boleh tekan yang dalam bulatan merah tu . Bukan satu kaler je korang boleh buat tau . Nak campur oren dengan hijau pon suka hati korang laa . Haha WEEEEEE !

Siap je edit rambut lembut lagi bersinar korang tu , tekan tanda right ! Tu maknanya Daya bagi tanda right sebab korang pandai ! ngeh ngeh ngeh :3


Dalam bulatan merah tu tempat korang nak save kayy . Ade dekat belah atas je . Bukan atas awan . Haha tibe-tibe teringat Awan Dania . Okeyy admit it korang rindu citerr tu kan ? Weeee ..Btw korang kalau tak puas lagi nak edit gambar pilih laa antara 3 dekat bawah nie kayy ?


Done ! Okey sekarang jum tengok gambar Daya dengan baby yang Daya jaga . Okey i'm a babysitter this holiday . Huhu tapi tetap terrbaekkkk ! ^^



25 November 2011

Tutorial Drop Shadow Pada Gambar

Assalamualaikum ! :)


Hey kawan-II , hari nie best tak bagi korang ? Daya tak rasa seronok laa harini . Bukan bosan tapi entah laa . Siapa yang boleh elak masalah kan ? Korang ada malasah , Daya pon ada . Macam mana nak selesaikan masalah ?

*Amek air sembahyang , solat sunat . Lepas tu keluar enjoyyy ! Confirm lupe punya laa . Ternyata berkesan nie .. Daya dah cuba sendiri . Bangga tak ? Heheh ..

Sebelum tutorial kan , Daya nak tanya kalau BF korang curang apa yang korang buat ? Bunuh ? Haha Daya tak kejam macam tu .. Kalau Daya laa kan , Daya buat tak tahu je sampai dia sendiri kata dia nak putus . Dramatik kan ? :)

Malas laa den nak gaduh-II bagai . Heheh Daya dah mula laa cerita yang bukan-II . Ngehx3 !! ><

Tutorial hari ini ::


SEBELUM



SELEPAS

Nampak shadow yang ada dekat belakang gambar ' SELEPAS ' tu ? Nak tau macam mana nak buat ? Jyeahhh marimari Daya nak ajar nie haaa *okey dah macam nenek Daya cakap ..

Tutorial bergambar okey .. Sorry kalau internet korang lambat . Sabar jelaaa ~~

 First sekali korang kena laa ada GIMP . Kalau tak ada download laa dekat SINI ! 

 Okey open up your GIMP , untuk masuk kan gambar tekan :: File --> Open .. Pilih laa gambar yang korang nak edit tu ..



Gambar yang dah siap di-upload


Untuk kotak nie pilih yang dalam bulatan merah tu kayy ..
Kita nak transparentkan gambar dulu ..



Tekan dekat background yang warna putih lepas tu tekan
'DEL' dekat lappy korang yang comey lotey tu .
Gambar dia jadi macam dekat atas nie . Kelabu berkotak-II 
sekeliling dia . Okey faham ? Now the shadow !



Filters --> Light and shadow --> Drop shadow 
Then keluar satu kotak ( dalam bulatan merah )
Untuk Ofset Y dengan Ofset X , dua-II pilih 40 ..
Blur radius letak 15 je kayy .. Warna pulak pilih laa pape yang korang suka ..
Lepas tu tekan OK !



Secara tiba-II akan keluar laa shadow ! kehkehkeh
secara tiba-II tau ! Ayat mintak penyepak je kan ? ><



Untuk save tekan ::
File --> Save as --> PNG
Boleh tengok dalam kotak merah tu .. Mesti save dekat PNG tau !
Kalau tak , tak menjadi laa manderem shadow kitaaaa ...

Good Luck kayy kawan ! 
 Tips untuk tutorial nie , kesabaran & fokus ! Haa baru jadi . Simple je sebenarnya . Jyeahhh ^^


24 November 2011

Malaysia Tetap Di Hati Daya :)

Assalamualaikum ! ^^


Opps harinie tak ada  tutorial laa . Daya biul kejap nak buat apa . Sabtu Daya dah tak ada , Daya ada dekat Pahang ! Jyeahhh meet me there yeee siapa yang tinggal Pahang sana tu . Haha !

Alamak rasa tak sesuai pulak nak buat lawak kan ? Malaysia dah kalah haritu Daya boleh gelak lagi ? Jahatkan Daya nie ? Hmm teruk-II ... Daya rasa mesti dia orang tu penat . Yela baru balik Indonesia ingat . Memang laa off satu hari tapi mesti laa training kan ? Penat woo , kita jangan laa marah-II .. Hmm

Daya kecewa sebenarnya dengan penyokong Malaysia . Bukan nak show off eh , tapi semalam Daya ada dekat stadium . Perghh memang ramai .

Penyokong Malaysia still BERSEMANGAT walaupun dah 1-0 time tu . Tapi bila gol ke 2 je , penyokong semua balik .. Hmm sorang-II tinggalkan stadium . Daya sedih betul . Kalau laa Daya ada POWER time tu , Daya dah lancarkan sinaran laser dah dekat dorang . Huh !

Tu baru penyokong yang dari jauh Daya nampak . Yang dekat belakang Daya tu asyik-II salah-kan Fakhri . Kalau Daya bawak cili , memang jadi DINNER dorang laa malam tu .

Daya kalau marah memang jadi zombie *nak jugak zombie .. Haa korang layan jela gambar dekat stadium nie eh . Abaikan muka sardin Daya yang last-II tu , buat tak tahu je . Kalau tak tahan sangat , cepat-II lari dekat toilet yang berdekatan kayy .



Bangganya Daya tengok banner tu :')
Nasib baik di-lahir-kan sebagai anak Malaysia ! Korang sokong tak ?
Heee



Pemain-II kita yang smart dan cool lagi macho . Haha !
Okey from now on , Daya nak bf Daya pandai main bola ? Jyeahhh 



Khairul Fahmi CheMat or KFC yang baru lepas training
*not KFC yang chicken tu okey . Ngeeee



Dorang cakap ' Terima kasih sebab datang ! '
Haha padahal tak dengar apa-II pon . Perasan sendiri jee yang penting dia
lambai tangan dekat Daya .
*padahal dia lambai dekat orang lain jugak kan ? Haha



Lastly , I'M PROUD TO BE MALAYSIAN GIRL !
Go go Aumm Aummm ...
Siapa sokong Malaysia angkat perut macam sayaaa ~~ Jyeahhh
*baru seksi . HAHA



23 November 2011

Tutorial Post Title Sidebar Yang Comel

Assalamualaikum ! ^^



Wahhh harinie Malaysia lawan bola lagi kan kan kan ? Ngeee suka suka suka . Penuh lagi laa kedai mamak depan rumah Daya malam nie . Daya pon nak join dorang laa . Sape nak jumpa Daya pergi laa kedai mamak tu . Haha confirm korang tak tahu yang mana satu !

Dah kita stop citer pasal bola kejap , Daya nak ucapkan terima kasih nie . Terharukan ? Semalam follower blog 'Daya The Sixth !' mencecah 2000 !! Terima kasih sangat-II ! Tak ada korang tak wujud laa blog Daya nie . Sobsob** mengalir air mata den sikit haa ...

Lap air mata , teruskan kerja Daya ! Haha .. Daya nak tunaikan permintaan sorang kawan FB Daya . Blogger jugak dia . Dia nak Daya ajar-kan macam mana nak buat sidebar yang comel !

Contoh ::



Dalam bulatan merah tu laa contoh sidebar yang comel ( comel ke -,- ) 




 Ctrl+C lepas tu cari code nie ::

h2 {

 Copy paste code nie BAWAH code tadi 

text-align:center;
text-shadow: 2px 2px 3px #FFFFFF;
font: 23px lemons can fly;
color: #000000;
border-top: 2px solid #FFFFFF;
  border-left: 2px solid #FFFFFF;
  border-right: 2px solid #FFFFFF;
  border-bottom: 2px solid #FFFFFF;
  -moz-border-radius: 15px;
  -webkit-border-radius: 15px;
background: url(URL BACKGROUND);


 Biru cair :: Warna shadow post title sidebar korang tu .
Biru pekat :: Warna post title sidebar .
Pink :: Korang boleh tukar kepada dashed , dotted
Merah :: Warna border 
Hijau :: Background yang korang suka 

 Semua warna boleh tukar dekat SINI

 Background korang boleh laa cari dekat SINI

 Okey , selesai ! Btw kenapa harinie Daya moody eh ? Entah laa . Peace (Y)

 Sesiapa yang pernah edit sidebar title sebelum nie , edit dulu code tu kayy takut tutorial nie tak jadi .Kayy tata ^^

21 November 2011

Tutorial Butang Tekan Tutup ( Spoiler Button )


Assalamualaikum ! ^^



Jyeahhh ! Malaysia aummm aummm . Haha comel dohh dorang nie . Nak jadi abang angkat boleh ? Weee selemba kambing je mintak .

Daya dah laa tinggal atas bukit , mesti banyak kedai mamak kan ? waktu sepakan penalti , tv yang dekat kedai mamak tu power sikit so cepat laa berapa saat , Daya yang tengok tv dekat rumah dah tak terkejut . Haha baik tengok dekat kedai mamak tu je ..

Huh panjang eh Daya berceloteh ..Semput kejap jari-II Daya nie . HAHA ! Teruskan merepek Daya . Orang dah pening baca citerr kau . Ngeh ngehh ngehh :3



Haa butang dekat atas nie laa Daya nak ajar , teach dan kata yang sama erti dengannya dekat korang . Tak faham laa tu .. Haha Daya nak ajar macam mana nak buat button macam tu . Comel kan ? Jyeahhh ! Lailailai ..

Sedia-kan tikus ( mouse komputer ) , berukband dan segala yang perlu . Angkat perut korang jugak . Haha takde kena mengena okeyy .



 Okey-II first sekali korang copy paste dulu code nie dalam html/javascript::

<center><div id="spoiler"><div><input onclick="if (this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')['show'].style.display != '') { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')['show'].style.display = ''; this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')['hide'].style.display = 'none'; this.innerText = ''; this.value = 'Hide Spoiler!'; } else { this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')['show'].style.display = 'none'; this.parentNode.parentNode.getElementsByTagName('div')['hide'].style.display = ''; this.innerText = ''; this.value = 'Show Spoiler!'; }" value="TAJUK KORANG" style="width:200px;font-size:12px;background-image:url(http://2.bp.blogspot.com/-Xd66NW3g6tc/TpP13crQkWI/AAAAAAAAA3U/ZqXlxuVjsIA/s1600/set6.png);-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px; border-radius: 25px 10px / 10px 25px;margin:10px;padding:0px;border-style: 2px solid#FFFFFF;" type="button">
<div id="show" style="display: none; background-color:transparent; background-repeat:repeat; margin: 0px;border-width:0px; padding:3px; width:98%">
<center>ISI KORANG</center></div>
<div id="hide"></div>


 OREN :: Tajuk yang korang nak . Daya punya 'Harimau Malaya' jangan curi ! Haha
PINK :: Background , nak tukar ke tak suka hati laa .. 
MERAH :: Isi yang korang nak letak . Selalunya button nie untuk credit laa kan .

 Dah tu apa lagi ? SAVE laa dengan bangge nya ! Weee

Nak tau kenapa Daya lambat update harinie ? Hehehehehe




Oooppssss . Nak tau lebih lanjut pergi laa --> SINI


20 November 2011

Tutorial Tab Menu Yang Cun Ge-gila

Assalamualaikum kawan-II !



Hehe *gelak tibe-II . Yeay yeay kita tukar header . Ngeh ngehh ngehhh :3
Okey tak ? Sebenarnya kan Daya nak tunjuk baju dalam header tu tapi tak nampak pulak kann . Huhu . Nak tau baju ape ??!! Aummm Aummm ! Hehe baju MALAYSIA !! Semangat nak tunjuk baju tu tau . Haha

Biasa laa perempuan memang macam nie . Jakun kalau beli baju bola nie . Lelaki dah biasa dah kan . Bertimbun baju bola dekat rumah . Siap bawak tidur lagi ! Haha . Berbeza gila , nie baru pasal bola belum pasal INI lagi . Weee

' Cikgu Daya nak ajar apa harinie ?! '

Haa meh Daya bisik :: mahhfieruyriewjfidhe , bonjourr !

Faham ke ? Heheh tu bahasa alien , nie bahasa Melayu pulak . Tengok laa contoh dekat bawah nie .



*dalam bulatan MERAH

Daya nak ajar macam mana nak buat Home , Miss D , Tutorial , Freebies tu dengan icon rama-II yang comel macam zombie tu .

Cara nak buat Tab Menu Yang Cun

 Buat tab menu korang . Tak kesah laa nak buat dekat mana pon . Photoscape pon boleh . Photoshop lagi cun laa kan . Daya punya tu buat dekat photoscape je . So tahap lawa jela ..

*Buat dekat photoscape
Tak ada ? Download dekat SINI


Bukak photoscape korang lepas tu pilih ' Editor '
Tetap kan size yang sesuai laa kan untuk blog korang . Kalau Daya , Daya guna
width : 154 , height : 50



Pilih bentuk yang korang nak buat . Bulat ke rectangle ke . Cehh speaking London pulak
kan . Heheh .. Tak nak bentuk pon takpe . Tulis je .
Lepas tu tulis perkataan yang korang nak , 
untuk contoh Daya tulis ' Daya ' .. Then , save .. Nak buat lagi , korang klik je
tulisan ' Daya' tu , tulis yang lain pulak . Then , save lagi .
Ulang benda yang sama tau . Tulis , save , padam , tulis balik .

* Transparent dekat GIMP
Tak ada ? Download dekat SINI



Bukak GIMP lepas tu tekan ' File ' untuk upload gambar yang korang buat tadi tu . Tekan Layer ( bulatan MERAH ) --> Transparency --> Add Alpha Channel ..



Untuk kotak yang nie , pilih yang bentuk macam kayu magic tu . Heheh . Dalam bulatan merah tu eh . Langkah seterusnya korang tekan background yang putih dekat gambar yang korang masukkan tadi . Then tekan ' DEL ' dekat keyboard korang . Buat dekat semua background putih okey .


Dah siap transparentkan korang pon tekan laa File--> Save As .. Keluar kotak macam dekat atas nie . Save as PNG tauuuu !


 Dah save korang pergi pulak SINI untuk amek code gambar . Nak upload dekat Photobucket pon boleh . Tengok gambar dekat bawah nie untuk tau cara-II upload .



Copy code ' HTML Image ( website & blog ) .

Upload semua gambar korang yang korang dah buat dengan cantik tadi .


  Sekarang dah sampai ke-kemuncak ! Bukak blog korang lepas tu ..





Paste code yang korang amek tadi . Lepas tu tekan 'Rich Text' . Keluar gambar kan ? * Comel gambar korang ><


Contoh gambar yang keluar lepas tekan 'Rich Text'
Korang punya keluar gambar yang korang buat laa tau. Haha takkan keluar
yang nie jugak .

Ulang cara yang sama kayy . Paste code lepas tu tekan ' Rich Text '

 Icon Sebelah Tab Menu ( Rama-II )

Pastekan code nie sebelum gambar korang tadi tu

<img src="URL ICON" width="30" u="" />


Tekan Edit Html lepas tu tekan balik ' Rich Text '
nanti keluar laa icon korang tu ..


 Freebies Icon ::



http://dl9.glitter-graphics.net/pub/683/683159rzzxdxhqsx.gif



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/371/371104i9u4viatgj.gif



http://dl10.glitter-graphics.net/pub/683/683160hsjdvlm9pc.gif



http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683161uzgzs19say.gif



http://dl7.glitter-graphics.net/pub/683/683157lywta4h14o.gif

Kalau nak cari yang lain korang boleh laa cari dekat KEDAI INI 

Huh siap pon ! Penat lelah Daya buat . Weeee . Korang suke tak nie ? Hehe Daya tau korang suka ! *Perasannnn

Dah dah Daya nak pergi jaga baby nie ( sedara , comel ge-gile bhaii !! ) . Good Luck ! <3
*Yang berukband dia lembab tu , mintak maaf sangat-II sebab ada banyak gambar . Boboiboy ! <-- ( byebye cara baru )