19 November 2012

5 Petanda Dia Sesuai Untuk Kita

Assalamualaikum ! :)

Kak Imah Bangi (mycartoonnizz) Tags:

Disaat budak-2 SPM 2012 tengah bertungkus lumus belajar add math , aku pulak nak jiwang2 . Hahaha can ahh ? ><

Actually bukan jiwang sangat kan , Daya nak bagi pendapat aje . First time jugak Daya post entry macam ni . Waduhh malu . Haha terserlah keperempuanannya . Ahh lantak janji malam ni Daya dinner pizza *tibe-2

Jum mula dengan pendapat mengarut Daya , start !

1. Selamba

* Daya suka lelaki yang tak berlakon . Means dia jadi diri dia sendiri laa . Tak kekok bercakap dan perangai dia bila bersama kita sama dengan perangai dia dengan kawan-2 dia cuma kita special sikit . Heee.. Cara gelak dia pun main peranan jugak . Well mula-2 memang laa kita cover gelak kan ? Tapi kalau dah 1 tahun pun gelak tutup mulut . Apa citer ? -,-

2. Tak jemu

* Walaupun selalu berkepit tapi still tak rasa bosan . Malah bertambah sayang * eceh aku guna ayat 'malah ' gitu . Kalau berjauhan sikit je dah rasa rindu , dah rasa nak jumpa . Haa ni laa baru pasangan sejati hingga mati .

3. Terima kita seadanya

* Apa yang kita buat di masa silam kita dia tak peduli asalkan kita yang sekarang dah berubah . Dia tak peduli pasal duit kita , rupa kita as long as kita sayang dia . Dia terima kekurangan kita walaupun kadang-2 kita sendiri pun tak suka kekurangan kita tu . Wahh terharu kalau macam ni :')

4. Jujur

* Ni memang perkara asas laa dalam relationship kan . Kalau tak jujur , memang runtuh laa hubungan kita tu . Bercerita atau berkongsi segala masalah . Ayat biasa dengar >> Tiada rahsia antara kita . Muahahaha !

5. Memahami

* Dia faham bila kita nak bersendirian . Or bila kita nak luangkan masa dengan family dia biarkan . Takdelaa 24 jam nak text je kan .. Then bila kita sedih dia jadi peng-happy . Haha .

So ni laa pendapat Daya pasal jodoh-2 ni . Sorry laa kalau tak betul . Umur Daya pun baru 16 . Muahaha harap dapat membantu korang yang sama umur dengan Daya eh.eh ? Wee have a nice day and goodluck SPM candidates :)

Hadiah Hari Jadi Terbaik Diana Danielle , Congrats :)

Assalamualaikum ! :)


Alololo sweet laa dorang ni , baru je kahwin beberapa hari lepas .
Dengan izin Allah Diana mengandung . Hee suke ! ><

Over pulak Daya ni kan , macam laa anak aku -.- Haha
Takdelaa Farid Kamil ni memang pujaan hatiku sejak dulu lagi . Memang amek tau
laa pasal dia . Mesti anak dia comel nanti .. Waduhh . Haha

Daya tau pun sebab pagi tadi online twitter semua orang cakap pasal ni kan .
Hee instagram pon ada :)

diana danielle mengandung

diana danielle mengandung

Tahniah laa untuk dorang . Tapi kan ni first time Daya post entry pasal benda-2 
macam ni kan ? Haha nampak tak betapa sukanya Daya dekat dorang ni . Muahaha !
Tahun ni jelaa Daya dapat amek tahu pasal dorang pon . Tahun depan SPM dah tak
boleh -,- Puihhh .

Congratulation  Farid Kamil & Diana Danielle:')

13 November 2012

'Running Man Episode 118 Geram Je Tengok

Assalamualaikum ! :)


Siapa yang tak kenal cerita ni sekarang , anak sedara Daya yang 6 tahun tu pon dah tau . Haha . Korang yang taktau tu haa ni laa cerita RunningMan .. Dari kiri 'Betrayal'/'Giraffe' KwangSoo , 'Commander'/'Sparta' Kim Jong Kook , 'Grasshopper' Jae Suk, 'Ace' Jihyo , 'Big Nose Hyung' Ji Suk Jin, 'Playboy Haroro' Haha, 'Clamface' Gary . Tu yang Daya ingat laa , hee..

Dekat tv SBS sekarang baru tunjuk episode 115 , Daya ni jenis yang tak berapa nak sabar so tengok dekat internet laa . Muahaha . Dah episode 118 dah Daya tengok .. Daya tengok dekat website --> INI

Dalam episode 118 tu , tetamu dia Park Bo Young . At first laa -,- Seronok je tengok mula2 tu kan sebab Bo Young tu comel je .. Ji Hyo pon cantik sangat .

Park Bo Young & Ji Hyo

Kali ni race pasal ' Saya nak jadi Monday Couple ' . Hee Jihyo berpasangan dengan Gary lepas tu Jong Kook berpasangan dengan Bo Young . Pasangan ditentukan dengan game payung . Haha Daya tak tau laa apa name game tu .

Kelakar jugak laa mula2 tu . Lepas tu tibe-2 Bo Young tu hilang . Hilang tibe2 pulak tu .. Dia digantikan dengan CHOI MIN SOO .. Oh Daya tak suka kalau dia datang . Haha sebab Jong Kook mesti kalah dengan dia . Lepas tu dia macam nak menang je tak bagi Running Man peluang langsung laa . Cissss -,- Haha

First dia datang , Jae Suk laa buat onar . Haha pegi keluarkan Min Soo tu .. Waktu tu episode 'RunningMan Hunter'.



Apa lagi Min Soo tu datang laa balas dendam dalam episode 'Grasshopper Hunter' .. Jae Suk buat hal lagi . Haha Jae Suk kata Min Soo tak hebat kott . Tak silap laa . Tak ingat . Hee


Kali ni dia datang lagi .. Jae Suk dibiarkan hidup sampai habis laa .. Tapi dalam episode ni Min Soo kejam laa . Kwang Soo paling kesian .. Huhuhu T.T Digantungnya Kwang Soo . Kalau Kwang Soo jatuh tag nama tercabut .



Sebelum game baju Kwang Soo Haha pegi cabut sampai separuh naked laa Kwang Soo tu . Bahahaha tu lawak .. 


Jong Kook rampas pasangan dia lagi . Haha kesian giler laa Kwang Soo dalam episode 118 ni .


Last sekali race ni patutnya Jae Suk dah boleh menang dah tapi Min Soo banyak sangat helah . Haha ..



Sikit je lagi huhuhu .. Harap2 119 nanti best laa .. Pemain besball datang .. Dah keluar dah link dia tapi internet lambat pulak .. Cisss tengok dekat tv jelaa jawabnya ..


26 October 2012

Tutorial Application Lock Untuk Pengguna Android

Assalamualaikum ! :)


Awak , awak , awak dan saya , semua orang laa mesti ada perasan tak suka bila orang tengok gambar , text , mini dairi kita tanpa kebenaran kan .. Angkat rambut kalau korang pon tak suka -.-

Kalau korang pengguna android semua perasan tu boleh disangkal .! Haha poyo tak poyo ayat Daya .. Apa yang korang perlu buat ialah download satu benda ni je ..

First thing , korang mesti laa pergi dekat Play Store dalam phone canggih manggih korang tu .. Search APP Lock lepas tu tekan laa download guna jari manis ke telunjuk ke .. Ibu jari pon boleh .

Setelah mengharungi cabaran meng-download , install segala bagai tu App Lock tadi sudah boleh digunakan .. Isi segala maklumat yang dia nak . Kalau tak silap Daya dia mintak password , repeat balik password , soalan kalau lupa password dengan clue password korang . Haa tu jelaa rasenya .. Yang tu korang pandai2 laa isi eh .. ^^



Sekarang korang boleh laa lock application yang korang
nak rahsia kan daripada masyarakat umum tu .

Senang je kan ^^ .. Segalanya mudah dengan Android . Haha .. Okey sebelum terlambat Daya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha :) Semoga gembira disisi keluarga eh .. Have a happy and lovely day <3 p="p">

22 October 2012

Game Yang Awesome Untuk Pengguna Android

Assalamualaikum ! :)


Elele comel je patung tu . Macam Wall-E . Hee

Ramai yang dah guna Android sekarang . So Daya ingat nak ajar laa korang macam mana nak guna android ni . Banyak kott kegunaan dia . Beberapa minggu lepas Daya ada ajar macam mana nak tukar twitter korang dalam phone tu jadi lagi comel . Kalau korang terlepas tutorial tu pergi --> SINI

Hee okey harini taknak ajar benda berat-2 laa , Daya bagitau game yang best-2 je okeyy ? Daya memang pemain game yang tegar sampai makan pon skip .. Haha tak ada laa teruk sangat sampai macam tu .

Yang paling Daya rasa best , game Rail Rush . Tu memang syokk main kalau phone tak tersekat-sekat -.- Dia main kutip emas guna kereta api . Tapi bukan kereta api . Haha Daya pon tak tau macam mana nak cakap . Korang kena main sendiri laa kan baru faham .



Lepas tu game zombie . Haa siapa yang baca blog Daya daripada mula memang kenal laa Daya yang peminat no 1 zombie . Haha so memang tak sah laa kalau Daya tak amek game zombie dalam phone kan . 
Satu Daya amek game Zombie Runaway . Ni bukan game bunuh zombie . Kita yang gerakkan zombie tu . Haha zombie dia muka nak comel je ..

Muka zombie bajet comel ><

Yang kedua , Daya download game SAS3 .. Ni baru laa kita yang bunuh zombie tu . Kita ditugaskan menjadi askar yang menyelamatkan dunia . Muahahaha ayat poyo dah keluar .. Yang ni seram sikit laa kott . Sebab ada zombie yang super duper laju . Dia makan pelari atlet olimpik kott..

Okey untuk makluman The Walking Dead Season 3 dah keluar dekat chanel 413.
Setiap hari ahad . Hee sempat lagi promote ..

Okeyy tadi dah seram kan so kita tukar sikit laa . Daya bagitau game daripada movie apa macam ?
Daya rasa memang banyak game daripada movie . Tapi kalau nak download game jenis macam ni , korang memerlukan space yang BESAR dalam phone korang .. Game yang Daya cakapkan ialah Men In Black 3. Best gila kott , gambar clear !


Dalam game ni korang kena luaskan kawasan , bunuh alien lepas tu latih agent . Yeahh !

Sekarang kita pergi pulak untuk game yang paling famous sekarang .. Temple Run ! Alaa game yang beruk kejar tu . Haha ! Tak sure laa tu layak dipanggil beruk . Rupanya lebih dasyat . Ni best . Hee Daya semua pon best -.-



Untuk sesiapa yang minat Skater , download laa game Skater Boy . Budak skate ni memang hebat laa kan dapat skate atas tangga , bangunan , bas ? -,- Haha dia dapat buat semua yang korang tak dapat buat . Muahaha !


See ? Skate atas bas . Haha

Game yang lepas ni Daya tak tau nak kategori kan sebagai apa so korang tengok laa sendiri . Kalau rasa best download dulu , tak best install laa balik . Hehewhe :3

Ninja Jump

Korang kena kumpul 3 benda yang sama baru dapat kuasa . Contoh dalam tu ada burung ,
tupai dengan shuriken . Kalau dah kumpul burung jangan kumpul yang lain . Tak faham kan ? Haa main sendiri . Haha !

Where's My Water ?

Mengisahkan buaya yang nak mandi , then kita yang kena tolong cari air untuk dia -.-
Haha macam kelakar tapi best okeyy . :)

*download semua game ni dekat Play Store*

Kalau ada rasa nak tambah game selain daripada game yang atas ni , komen laa . Nanti Daya update dalam entry ^^
So enjoy the games !


Trip Bersama Kawan-Kawan ! Eh ?

Assalamualaikum ! ^^


Rindunyaa cek dekat blog ni . Rindunyaa nak update . Yang selalu blogwalking dekat blog Daya ni Daya mintak maaf laa ye sebab tak update . Dah tu macam mana kalau exam akhir tahun sangat merunsingkan kepala -.-

Hee Daya selalukan update pasal kawan-2 , taktau laa kenapa tapi seronok nak kenalkan kawan-2 Daya dekat orang . Haha semua perangai mintak kaki saiz 5 ni je .. Haa baru-2 ni , erm takdelaa baru sangat .. Kiteorang buat rombongan . Memang excited gile ! Sekali bas tak datang . Choii~~ Nak je ku hampuk kepala tu pemandu bas .

Tapi okeyy laa tu at least kiteorang dapat tangkap gambar many-many . Haha. Amaran gambar selapas ni mengandungi unsur kegilaan . Harap maklum ..

- Depan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik -


Ni waktu mula-2 nak pegi . Muke nak excited je . Dengan beli
ice-blendednya . Yumyum ><




 Huixin ! Dia ni comel ohh . Geram dengan pipi dia tu . Macam pau kaya . Haha rambut pon boleh masuk iklan ' Guna jari pon boleh '


Sim Yan :)

Dia ni bestfriend Daya .. Sebenarnya Daya lagi tinggi daripada dia tapi taktau kenapa dalam gambar ni nampak sama tinggi . Haha bajet tinggi je kan..




Profile :

Kanan : Adilah Bt Abdullah
Tengah : Semestinya Daya ><
Kiri : Siti Fauzana Fatimah Binti Mokhtar .

Haha macam dalam movie tak ? Bagi profile segala bagai . Hee ..
Faizalofa . Haha rindu nak panggil dia macam tu .



Haa ni Kathiravan .. Dia je kawan India yang pegang
rahsia Daya . Haha tapi taktau laa dia ingat ke tak rahsia tu . Haha !

EXCITED DAH HILANG . START BORING SEBAB BAS TAK DATANG

Tengok kanan , hmm mana bus ni aku dah pongeh tunggu ni -.-

Tengok kiri , tak ada jugak bas .. Kayy fed up !

SMKTT style ! Haha waktu ni memang dah sewel laa tunggu bas .

Lepas je tangkap gambar ni semua balik . Haha terbaik laa..
Tunggu depan sekolah semata-mata nak tangkap gambar je .
Stylo kan ? Haha

Pengajaran : Lain kali kalau nak buat rombongan naik kapal terbang je . Woaaa :0


7 October 2012

Gadis Comel Dapat 11 Juta Views Di YouTube Dengan Hanya Buat Mimik Muka

Assalamualaikum ! ^^


Ambuihh besar mata cik kak pinjam dua jam boleh ? Nak ganti mata kita yang sepet ni haa ~..~ Ni Daya tak tau laa perempuan Cina ke Jepun ke Korea ke .. First thought , yeahh sangat comel :3

Percaya atau tidak gadis comel ni dapat 11 juta views dekat youtube dengan hanya buat mimik muka . Woaa Daya sangat kagum ! Hati Daya sangat tertarik untuk same-2 laa pegi tengok video dia tu .. Believe me hati Daya sangat teruja dan excited waktu tu .. * macam ada beza laa kan teruja dengan excited tu ..

Daya pasti korang pon sama so jum laa kita pegi menonton same-2 :)



Ada rasa macam nak tumbuk orang tak sekarang ? Haha second thought annoying ! Daya tau laa dia comel . So apa motif dia duduk depan kamera buat muka macam tu .. Lelaki suka laa . Daya ni dah rasa perut memulas juga -.-

Tapi macam penghinaan sungguh , orang lain penat-2 menyanyi segala dia duduk situ buat muka comel je . Hahaha pape pon bravo laa ye akak comel ..

Agak-2 kalau Daya yang buat video macam tu laris tak ? Haha baik Daya tunjuk muka Daya ni dekat ibu ke ayah ke kan .. Muahahaha !

Video mimik muka dia yang selebihnya di sini --> MRirian


5 October 2012

Tutorial DropMenu Untuk Social Network

Assalamualaikum ! ^^

*tak tau kenapa Oppan ? Apa dia 'typo'kah ?*

Kali ni macam yang sebelum ni jugak , title entry memang macam bahasa alien . Kejap bahasa Melayu kejap bahasa Inggeris -,- Act nak tulis Laman Sosial tapi macam kolot so Daya tukar jadi Social Network . Haha !



Dalam kotak merah tu laa benda yang Daya nak ajar korang harini .
Tak payah laa makan ruang sangat buat twitter page plus facebook page lagi kan ..
Dropmenu ni kecik je dan comel macam saya *Uhukkk uhukkk >.<


 Dashboard --> Layout --> Add A Gadget --> Html/JavaScript

 Copy paste code ni dalam ruangan Html/JavaScript tu :)

<center><select onchange="javascript:window.open(this.options[this.selectedIndex].value);"><option selected />TAJUK<option value="URL FACEBOOK" />Facebook<option value="URL TWITTER" />Twitter</select><center></center></center>

 Biru pekat = Korang letak laa tajuk yang korang nak . Daya letak je Laman Sosial . Haha kuno tak kuno lantak pi dia !
Biru cair = Masukkan URL
Pink = Tukar laa kalau mahu :)

 Kalau nak tambah lagi , contoh nak letak Tumblr ke kan .. Haa campur kan code ni ::

<option value="URL TUMBLR" />Tumblr

Bak kata Super Junior , Miss Simple ! Haha tukar tajuk sebab Daya perempuan kan -,- Haha pape jelaa .. Selamat Mencuba , selamat berjaya :D


22 September 2012

#MestiBest Kalau Kahwin Banyak Kali ?

Assalamualaikum ! ;)


*Imaginasi konon nak kawin dengan TOP & GDragon -.-
Melampau sangatkah hamba ini ? Cetttt

First sekali kenapa Daya tulis pasal ni sebenarnya ? Woaa creepy you know . Dah laa cakap pasal kahwin lepas tu title entry macam sokong kahwin banyak-2 . Perghh esok rambut mesti kena gondol . Haha ! xD

Hee jangan cepat melatah sebenarnya . Daya bukan nak cakap kahwin dua,tiga ke empat . Actually , sebab Daya tulis entry ni bila ada kawan Daya yang kapel bertahun-tahun lamanya . Tak lama lagi InsyaAllah kahwin laa dorang tu ;) So Daya pon tanya , kira interview untuk pengalaman hidup . Heheh

Daya: Kau dah kapel bertahun-tahun kan . Dah kahwin nanti muka dia jugak . Kau tak bosan ke ?
Kawan: Haha apa susah kahwin laa banyak kali !

*terbatuk darah* Agak terkejut tahap 'Fantastic Baby' jugak laa .* Ya Daya memang takkan berhenti cakap pasal Big Bang :p
Lepas kawan tu jelaskan haa baru laa Daya ni faham . Haha apa laa . Kira bijak jugak kawan Daya sorang ni . Weee

Kawan Daya ni dengan pakwe dia dah kapel sejak form 3 laa kott . Bapak lama -.- Serious weyy macam mana kau boleh tahan . Kawan Daya ni bakal doktor InsyaAllah , pakwe dia pulak macam engineer laa . Woaa memang berduit laa mereka ni nanti .

Dia kate kapel bertahun ni memang payah , tambah lagi kalau tahan sampai pelamin . Dia pon takut bosan sebenarnya . Tapi dia cakap kalau dah cinta mesti ada cara ! * Daya masih ingat expresi muka dia waktu ni -.- excited habis kayy

Kahwin banyak kali laa cara dia . Daya ingat elok Daya hantar je dia pegi Tanjung Rambutan tu . Haha lepas tu dia cakap jangan salah faham kahwin banyak kali bukan dengan orang lain tapi dengan ORANG YANG SAMA ^^

How ? Daya dah blur . Dia cakap dia nak kahwin dengan bakal husbang dia tu dekat tempat yang berlainan dengan cara yang berlainan . Means kalau dia pegi Sarawak , dia akan kahwin cara Sarawak . Kalau pegi Americano(America) *tibe-2 , dia akan kahwin cara America versi halal katanya . Haha . Mata Daya mula laa bercahaya tapi tibe-2 gelap balik ..

'Eh kau bakal doktor boleh laa -.- Kaya lagi' . Tak semestinya dia kata . Pegi tempat dekat-2 je pon boleh . Asalkan buad macam korang baru kahwin . Pakai balik baju kahwin . Sarung balik cincin kahwin . Ohh Daya pon imagine laa kahwin dengan Top sekejap . Haha ! 
Serious kau ni romantik laa kawan ..

Betul laa cakap dia kalau dah cinta tu mesti ada cara dia ! ^^ Okey laa kalau kau buad macam tu aku pon nak jugak . Haha sekarang form 4 so boleh dah kott cari boyfriend sorang . Bananana ! -.- 

Jangan nak bermimpi wahai Hidayah , kau Biologi pon tak faham ni kan pulak nak faham seorang lelaki . Panjang lagi masa aku . Tapi ada crush boleh kan ? Hee >.<

Apa-2 pon , kawan aku harap kau kekal dengan pasangan kau and kalau pegi kahwin tu kan aku nak ikut sekali boleh tak ? Haha well aku memang "PENYEMAK ANTARABANGSA" . Hee Aminnn ~~ 



7 September 2012

Kawan-Kawan Yang Mereng

Assalamualaikum ! ^^


Kita ni hidup dekat dunia mesti berkawan kan . Kawan tempat mengadu bila kita malu nak bercerita masalah dekat family . Daya rasa sepanjang Daya bersekolah laa kan takde sorang kawan pon yang Daya tak suka .

Semua kawan Daya buat Daya happy all the time , nak touching dengan dorang pon tak boleh . Haha rasenya korang pon faham .. Setiap tahun mesti ade laa kawan yang gila , mereng , senget , tegak . Wee sebab dorang laa wayar dalam otak Daya ni dah tercabut ! :p

Lelaki ke perempuan ke same je laa perangai nya pon -.- Haha aku tak kutuk korang eh .. Puji laa kott ni .. Dah jom Daya kenalkan dorang dekat korang *agak pelik ayat ni kan

 Nabil Shah 

Tahun ni baru Daya kenal dia . Sebelum kenal Daya gila menyampah dekat dia . Haha ! Bile dah kenal haa amek semua rahsia Daya dia pegang . Wee abang bahang ><

Yang aku tau aku suka touching dengan dia . Hee kadang-2 dia pon fed up lepas tu terus taknak pujuk . Hampehh -.-



Faizal Ruslan

Sebenarnya Daya taknak laa letak gambar ni kan . Muka dia pon agak senget . Actually dia sangat handsome *cough* . Tapi semua gambar dia dah macam ni nak buat macam mane . Haha ! Sorry Pejal ..

Erm Pejal ni mereng kalau nak tau laa kan , dalam kelas raja bunyi pelik bagi laa dekat dia . Raja buat muka pon dia . Raja buat orang gila pon dia . Agaknya dia ni keturunan ape -.- Muahahaha!

Tapi sama macam Nabil , rahsia Daya dia pegang :)


 Kathiravan & Sheran

Jujur laa Daya cakap kan . Dorang ni laa first kawan india Daya yang Daya rasa sangat macho dan handsome sekali . Haha !

Dorang ni BM pon okey , otak pon sama taraf je dengan Daya . Memang ngam laa ><



Siti Fauzana Fatimah 

Fauzana ni memang jangan cakap laa mentel dia . Rasenya sejak dua tiga empat menjak ni , dah macam-2 tarian dia ajar Daya .. Weee ! Jangan salah faham bukan tarian yang stylo tau . Haha ..

Dia ajar Daya tarian 'K-Pop Wave' yang sangat pelik -.- Tangan beralun , masa menari tarian tu muka kena sewel . Bahaha dah sebijik beruk dalam zoo tu haa ..





How Sim Yan a.k.a Eygpt ???
Satu kelas ejek dia Eygpt sebab rambut dia . Haha Daya pulak panggil dia Chibi Maruku Chan tu . Same kan ? Haha .

Satu-2nya budak cina yang tau problem Daya . Muahaha walaupun dia agak blur waktu Daya bercerita asalkan dia faham sudah . Hee .. Btw birthday kiteorang sebelah-2 je .. 26 & 27 Jun .. Memang ngam laa !

Najibah , Daya , Emi , Adilah & Azreen

Actually kiteorang sama sekolah dari sekolah rendah tapi waktu sekolah menengah baru rapat . Friend sejak form 1 lagi .. Nak dekat 4 tahun dah Daya kenal dorang ni . Hee memang nampak suci dan baik semuanya . Tapi believe me perangai dorang , Ya Allah tak terlayan -.- Hahah macam perangai aku baik sangat


Akuu Akim

Daya rasa sesapa yang ikut blog Daya ni mesti dah kenal dah dengan dia ni kan -.- Mamat kepoh . Haha ..
Dia ni kalau dengan Faizal memang satu kepala otak . Buat Daya jadi tak siuman tau tak . Tahun ni je dah dua gelaran dia bagi Daya ..Kalau sedap takpe ni macam haremmm -.-!

Dia ni kata je tak minat KPOP tapi lagu Big Bang layan jugak :p Erm cuma sekarang Daya makin jauh dengan dia tak tau laa kenapa .. Kayy akim , aku selalu cakap 'blah ,jangan kacau hidup aku!' .. Now kau betul-2 blah and aku rindu kau :')

Adek Rahimi

Tak payah nak adek pon takpe sebab sama umur je pon . Tapi sebab faktor ketinggian tu . Haha faham-2 jelaa .. Dia pon tak kesah Daya panggil dia adek so okeyy lohh . Weee ..

Rahimi ni sopan je perangai , hee suka kawan dengan dia tapi kalau dia dah cari pasal tu memang terbakar jugak hati ni . Haha ! 





Ni baru kenal sikit je kawan Daya , tu pon yang sama umur. Kita kena ada ramai kawan baru laa menjadi hidup kita ni . Baru ade penyeri hidup , pelita hidup , pape jelaa tu kan .. Hee so don't be sad , ramai dekat luar tu yang nak tengok kita senyum cuma kita tak tau . Kadang-2 senyuman kita ni boleh buat orang lain happy tau . Kajian Daya ni terbukti berkesan eh :p Well Proffesor Hidayah . Muahahaha !