23 January 2012

Ibu , HarapanKu Semoga Kau Sembuh

Assalamualaikum ! ^^


*SHINEE
Kenapa eh bila lelaki Korea pakai macam ni Daya tak geli pon ? Haha
mereka comeyy .. Weee

Tapi lelaki pondan or lelaki lembut bukan tajuk Daya harini . Daya nak citer pasal perempuan yang betul-2 lembut punya . Original not spicy-2 nie .. Haha okey Daya rasa kelakar la pulak cakap macam tu .. ( Kejadah gelak sorang-2 )

Daya nak citer pasal ibu Daya yang tercinta nie .. Hmm ibu .. Kalau korang ada baca entry yang sebelum ni Daya ada citer pasal ibu Daya sakit .. Haa korang jangan kata tak ada . Ada !

Cuma bukan tajuk besar laa , Daya citer sikit je pasal tu . Sekarang baru Daya nak citer penuh . Korang mesti nak tau ibu Daya sakit apa kan ?

Actually waktu tu hari Isnin . Hari first sekolah minggu kedua . Daya tinggal apartment kalau korang nak tau .. Daya tingkat tiga . Selalunya dekat rumah apartment nie gelap waktu pagi . Lagi-2 waktu tu kiteorang keluar rumah pukul 6.50 . Nak hantar Daya pergi sekolah . ( Kalau ada motor kan senang ibu , haha bodek ibu kejap )

Masa turun bawah tu , ibu jalan dulu . Ibu jalan jauh sangat dari kiteorang ( Daya & Adik ) . Kiteorang biasa laa jalan pon macam model . Perlahan macam siput --' Menyesal jalan macam tu .

Sekali dari jauh kiteorang dengar ibu jeritttttt . Hati Daya dah rasa macam nak meletup dah . Ibu kenapa ? Kena rompak ke ? Ya Allah selamatkan ibu aku .. Daya lari laju giler . Time tu Daya still dekat tingkat dua . Terkangkang-kangkang Daya turun tangga nak tengok ibu .

Daya tengok ibu dah ada dalam longkang dah . Ya Allah mana pergi penutup longkang ? Orang curi ! Macam beruk je perangai manusia ni .. Daya dah panik giler nak mampus . Ibu dah nangis dengan kaki berdarahnya . Daya rasa macam nak pitam . Daya memang tak boleh tengok darah sejak Daya accident 3 tahun lepas .

Terus Daya telefon pak long Daya yang tinggal dekat je dengan rumah kiteorang , harapan waktu tu agar cepat laa pak long sampai sebab ada jiran pon macam tak ada ! Tengok je lepas tu blah lepas tanya >> Okey ke tak ? Hei you , tak nampak ke darah ni ? Bukan sirap . Mesti laa tak okey .. --' Okey Daya memang gelabah time tu , tapi Daya marah pon dalam hati je laa.

First Daya mesti laa check ibu boleh bangun ke . Hmm tak boleh . Ibu kata kaki dia terseliuh . Pastu pak long sampai . Ibu sibuk suruh hantar Daya pergi sekolah dulu . Mesti laa Daya tak nak kan . Daya nak teman ibu pergi klinik tapi ibu tak bagi .

Dah sampai sekolah Daya memang tak tenang langsung . Hari isnin mesti ada perhimpunan kan ? Haa Daya macam orang gila menangis dekat perhimpunan . Takut sangat . Waktu rehat je terus Daya telefon ibu . Ibu dekat hospital ? Tadi kata kaki terseliuh je !! Lagi laa Daya tak tenteram . Belajar pon tak fokus .

Balik rumah je tengok sedara semua dah ada dekat situ .. Daya tengok ibu dah bersimen kaki dia . Ya Allah rasa nak nangis . Ibu punya kaki retak and kemungkinan 3 bulan tak boleh berjalan . Ibu , sepatutnya Daya yang jalan depan pagi tu .. Hmm biar kaki Daya yang retak ..

Sekarang dah nak dekat dua minggu benda ni jadi , ibu macam tu jugak .. Tak boleh berdiri .. Hmm dua minggu nie jugak Daya tak makan masakan ibu . Rindu ibu ! Maksud Daya masakan tu . Huhu cepat sembuh ibu , makan masakan sendiri tak sedap laa . Dah laa Daya masak memang tak sedap --'

Tapi alhamdullilah ibu dah elok sikit walaupun kaki still bersimen . Daya redha , Allah jadi kan semua benda ni mungkin ada sebab . Allah nak Daya mahirkan masakan Daya kott .. :')

We capture this today . Mom looks great although in that situation . I love you mom . Hope you be well soon . 



You look amazing mom :')



Daya akan selalu jaga ibu . Sembuh cepat ibu .



Haha ni memang wajib . Bila kaki bersimen je mula la Daya menconteng ..
Wee Daya tulis Korea pulak tu .. Maksud >>
Hidayah , Lee Seung gi ( konon macam seung gi yang tulis sebab ibu minat dia :D )
Saranghae , Fighting Omma !
It's you , love <3
Apa Daya merepek pon tak tahu laa :D



Comel kan kiteorang berdua ? Muahaha
Syukur Allah dah bagi muka macam ni :)



Ni laa yang tak nak blah !
Heee nak jugak test tongkat tu elok ke tidak .. Haha poyo je kan ?


Daya nak mintak tolong boleh ? Doakan ibu Daya . Semoga dia cepat sembuh dan sihat selalu . Doa korang Allah je yang mampu balas :') Terima kasih .


4 comments:

Fatin said...

semoga ibu kak daya sembuh seperti sediakala!amin

Amirul Aimaduddin said...

ok,aimad doakan supaya mak daya cepat sembuh.amin.

Anis Sabrina said...

Muka Kak Yaya & mak serupa ~ ^^ Semoga mak Kak Yaya sembuh & sihat slalu ~

Nurul Nadiah Karim said...

semoga ibu akak cepat sembuh.tsk tsk,lap air mat :'(