23 June 2012

Kejadah Ada Cuti Putus Cinta ?!

Assalamualaikum ! ^^'


Terserlah comelnya orang Jepun ni . Dorang laa perkenalkan 'Cuti Putus Cinta' .. Agak menarik disitu ! Haha .. Kalau ada laa sekolah buat undang-undang macam tu , Daya rasa hari-hari Daya nak putus cinta ! ><

Apa pendapat korang pasal ni ?
Well , percintaan orang Jepun ni Daya tak tau laa macam mana kan
tapi Daya dah khatam dengan percintaan orang Malaysia ni .
Lagi-lagi remaja , haha macam aku bukan remaja sehh ...

Daya berfirasat kalau bagi cuti putus cinta lagi parah , teruk serta sadis ! Lagi laa banyak masa orang yang putus cinta ni nak bunuh diri yang sememangnya tak perlu -.- .. Berlainan dengan Jepun pulak , orang fikir kalau orang putus cinta ni tak boleh buat kerja dengan bagus so bagi cuti laa ~~ Wahh 

*tekan sama ini gambar untuk
melihat dia membesar dengan sihat dan kuat ! ^^

Percaya laa percintaan ni tak payah teruk-teruk pon sebenarnya . Just percaya dengan orang yang kita sayang tu . Kalau dia hilangkan kepercayaan kita , so dia bukan untuk kita . Senang ? Cehh Daya cakap macam pakar cinta sangat -.-

Seremuk mana pun hati kita ,
bentuklah ia semula ,
dan serahkan kepada Ilahi .

Haa ni lagi baik . Cinta je dekat Allah S.W.T .. Kita ni sejak lahir dah pilih jodoh kita so jangan meroyan macam tak ada orang lain . Terima hakikat , dan sebenarnya pengalaman tu membuatkan kita lebih tabah ^^

Bak kata satu lagu ni ,

Everything start from 'something' , but 'something' would be nothing . Just believe .

Okeyy korang pandai ni memang lagu Justin Bieber -.- , Haha mengaku sendiri .. Faham tak maksud dia ? Okeyy macam ni , semua yang jadi tu mesti bermula dengan sesuatu . Erm contoh berkenalan dalam facebook . Tapi sesuatu tu mungkin tak bawak apa-apa makna pon ..

So mungkin berkenalan dalam facebook tu ada makna tersendiri , mungkin tak ada apa-apa . Tapi kalau kita percaya benda tu takdir , semua berjalan lancar . Cewahh gitu ^^

Tengok lirik pon kadang-kadang mengajar kita sebenarnya bukan main nyanyi angguk-angguk kepala je . Cettt , haha ! *eh eh macam Daya laa ..

Apa yang Daya nak sampaikan , kalau kita putus cinta tak perlu cuti pon tak apa . Kerja still boleh buat dengan bagus . Kerja yang banyak laa sebenarnya buat kita lupa benda yang pahit . Haa amek kau , budak 16 tahun ni dah bagi ceramah pasal cinta . Tepuk tangan , muahahah !

Yang benar ,
Si Doktor Cinta Yang Tak Mahu Diketahui ><


2 comments:

ikaa sharin said...

untung laa ada cuti putus cintaa . ohsemm !

Asksn0w said...

wah? bebudak sekolah kita mesti selalu cuti kalau cuti ni ada kt M'sia.. haha .'D