7 September 2012

Kawan-Kawan Yang Mereng

Assalamualaikum ! ^^


Kita ni hidup dekat dunia mesti berkawan kan . Kawan tempat mengadu bila kita malu nak bercerita masalah dekat family . Daya rasa sepanjang Daya bersekolah laa kan takde sorang kawan pon yang Daya tak suka .

Semua kawan Daya buat Daya happy all the time , nak touching dengan dorang pon tak boleh . Haha rasenya korang pon faham .. Setiap tahun mesti ade laa kawan yang gila , mereng , senget , tegak . Wee sebab dorang laa wayar dalam otak Daya ni dah tercabut ! :p

Lelaki ke perempuan ke same je laa perangai nya pon -.- Haha aku tak kutuk korang eh .. Puji laa kott ni .. Dah jom Daya kenalkan dorang dekat korang *agak pelik ayat ni kan

 Nabil Shah 

Tahun ni baru Daya kenal dia . Sebelum kenal Daya gila menyampah dekat dia . Haha ! Bile dah kenal haa amek semua rahsia Daya dia pegang . Wee abang bahang ><

Yang aku tau aku suka touching dengan dia . Hee kadang-2 dia pon fed up lepas tu terus taknak pujuk . Hampehh -.-



Faizal Ruslan

Sebenarnya Daya taknak laa letak gambar ni kan . Muka dia pon agak senget . Actually dia sangat handsome *cough* . Tapi semua gambar dia dah macam ni nak buat macam mane . Haha ! Sorry Pejal ..

Erm Pejal ni mereng kalau nak tau laa kan , dalam kelas raja bunyi pelik bagi laa dekat dia . Raja buat muka pon dia . Raja buat orang gila pon dia . Agaknya dia ni keturunan ape -.- Muahahaha!

Tapi sama macam Nabil , rahsia Daya dia pegang :)


 Kathiravan & Sheran

Jujur laa Daya cakap kan . Dorang ni laa first kawan india Daya yang Daya rasa sangat macho dan handsome sekali . Haha !

Dorang ni BM pon okey , otak pon sama taraf je dengan Daya . Memang ngam laa ><



Siti Fauzana Fatimah 

Fauzana ni memang jangan cakap laa mentel dia . Rasenya sejak dua tiga empat menjak ni , dah macam-2 tarian dia ajar Daya .. Weee ! Jangan salah faham bukan tarian yang stylo tau . Haha ..

Dia ajar Daya tarian 'K-Pop Wave' yang sangat pelik -.- Tangan beralun , masa menari tarian tu muka kena sewel . Bahaha dah sebijik beruk dalam zoo tu haa ..





How Sim Yan a.k.a Eygpt ???
Satu kelas ejek dia Eygpt sebab rambut dia . Haha Daya pulak panggil dia Chibi Maruku Chan tu . Same kan ? Haha .

Satu-2nya budak cina yang tau problem Daya . Muahaha walaupun dia agak blur waktu Daya bercerita asalkan dia faham sudah . Hee .. Btw birthday kiteorang sebelah-2 je .. 26 & 27 Jun .. Memang ngam laa !

Najibah , Daya , Emi , Adilah & Azreen

Actually kiteorang sama sekolah dari sekolah rendah tapi waktu sekolah menengah baru rapat . Friend sejak form 1 lagi .. Nak dekat 4 tahun dah Daya kenal dorang ni . Hee memang nampak suci dan baik semuanya . Tapi believe me perangai dorang , Ya Allah tak terlayan -.- Hahah macam perangai aku baik sangat


Akuu Akim

Daya rasa sesapa yang ikut blog Daya ni mesti dah kenal dah dengan dia ni kan -.- Mamat kepoh . Haha ..
Dia ni kalau dengan Faizal memang satu kepala otak . Buat Daya jadi tak siuman tau tak . Tahun ni je dah dua gelaran dia bagi Daya ..Kalau sedap takpe ni macam haremmm -.-!

Dia ni kata je tak minat KPOP tapi lagu Big Bang layan jugak :p Erm cuma sekarang Daya makin jauh dengan dia tak tau laa kenapa .. Kayy akim , aku selalu cakap 'blah ,jangan kacau hidup aku!' .. Now kau betul-2 blah and aku rindu kau :')

Adek Rahimi

Tak payah nak adek pon takpe sebab sama umur je pon . Tapi sebab faktor ketinggian tu . Haha faham-2 jelaa .. Dia pon tak kesah Daya panggil dia adek so okeyy lohh . Weee ..

Rahimi ni sopan je perangai , hee suka kawan dengan dia tapi kalau dia dah cari pasal tu memang terbakar jugak hati ni . Haha ! 





Ni baru kenal sikit je kawan Daya , tu pon yang sama umur. Kita kena ada ramai kawan baru laa menjadi hidup kita ni . Baru ade penyeri hidup , pelita hidup , pape jelaa tu kan .. Hee so don't be sad , ramai dekat luar tu yang nak tengok kita senyum cuma kita tak tau . Kadang-2 senyuman kita ni boleh buat orang lain happy tau . Kajian Daya ni terbukti berkesan eh :p Well Proffesor Hidayah . Muahahaha !

5 comments:

priyadarshini said...

Wah, kawan2 kakak semua 1 Malaysia.. :D

duniafana said...

bagitau je dia...nnt awak jgk yg trlepas

Ain said...

hebat arr kawan kak daya !

Mira Adzlia said...

rmi geng dier yer ;)

Candish _ Izzah said...

Kak Daya ! Izzah ingatkan Akim tu your Bf . Izzah ingat Kak Daya kapel nan dia . Sebab semua gambar Kak Daya rapat dengan dia kan ? Btw , korang nampak sweet la :D