13 November 2012

'Running Man Episode 118 Geram Je Tengok

Assalamualaikum ! :)


Siapa yang tak kenal cerita ni sekarang , anak sedara Daya yang 6 tahun tu pon dah tau . Haha . Korang yang taktau tu haa ni laa cerita RunningMan .. Dari kiri 'Betrayal'/'Giraffe' KwangSoo , 'Commander'/'Sparta' Kim Jong Kook , 'Grasshopper' Jae Suk, 'Ace' Jihyo , 'Big Nose Hyung' Ji Suk Jin, 'Playboy Haroro' Haha, 'Clamface' Gary . Tu yang Daya ingat laa , hee..

Dekat tv SBS sekarang baru tunjuk episode 115 , Daya ni jenis yang tak berapa nak sabar so tengok dekat internet laa . Muahaha . Dah episode 118 dah Daya tengok .. Daya tengok dekat website --> INI

Dalam episode 118 tu , tetamu dia Park Bo Young . At first laa -,- Seronok je tengok mula2 tu kan sebab Bo Young tu comel je .. Ji Hyo pon cantik sangat .

Park Bo Young & Ji Hyo

Kali ni race pasal ' Saya nak jadi Monday Couple ' . Hee Jihyo berpasangan dengan Gary lepas tu Jong Kook berpasangan dengan Bo Young . Pasangan ditentukan dengan game payung . Haha Daya tak tau laa apa name game tu .

Kelakar jugak laa mula2 tu . Lepas tu tibe-2 Bo Young tu hilang . Hilang tibe2 pulak tu .. Dia digantikan dengan CHOI MIN SOO .. Oh Daya tak suka kalau dia datang . Haha sebab Jong Kook mesti kalah dengan dia . Lepas tu dia macam nak menang je tak bagi Running Man peluang langsung laa . Cissss -,- Haha

First dia datang , Jae Suk laa buat onar . Haha pegi keluarkan Min Soo tu .. Waktu tu episode 'RunningMan Hunter'.



Apa lagi Min Soo tu datang laa balas dendam dalam episode 'Grasshopper Hunter' .. Jae Suk buat hal lagi . Haha Jae Suk kata Min Soo tak hebat kott . Tak silap laa . Tak ingat . Hee


Kali ni dia datang lagi .. Jae Suk dibiarkan hidup sampai habis laa .. Tapi dalam episode ni Min Soo kejam laa . Kwang Soo paling kesian .. Huhuhu T.T Digantungnya Kwang Soo . Kalau Kwang Soo jatuh tag nama tercabut .



Sebelum game baju Kwang Soo Haha pegi cabut sampai separuh naked laa Kwang Soo tu . Bahahaha tu lawak .. 


Jong Kook rampas pasangan dia lagi . Haha kesian giler laa Kwang Soo dalam episode 118 ni .


Last sekali race ni patutnya Jae Suk dah boleh menang dah tapi Min Soo banyak sangat helah . Haha ..



Sikit je lagi huhuhu .. Harap2 119 nanti best laa .. Pemain besball datang .. Dah keluar dah link dia tapi internet lambat pulak .. Cisss tengok dekat tv jelaa jawabnya ..


2 comments:

Aimi Wardina ♥ said...

Jom join segmen ni :

http://aimi-wardina.blogspot.com/2012/11/segmen-tambahkan-followers-diblog.html

Mira Cikcit said...

Rindu jugak nak tengok running man ni, macam2 ragam diaorg ni