2 June 2012

Tutorial Letak Kotak Follower Dalam Blogskin * New Style

Assalamualaikum >3<


Dah 3 hari Daya tak update , berjalan je kerja memang laptop pon tak pegang . So dalam 3 hari ni ramai laa cakap ' Kak Daya , OMG macam mana ni Friend Connect tu dah retired . Dah tak boleh guna . Macam mana ?! ' *ayat reka sendiri tapi soalan same . Heee

Yes ! Friend Connect Google tu memang dah bersara 1 March yang lepas . So macam mana ? Daya pon biul memikirkannya , so entry yang >> INI kira tak boleh pakai dah laa . Penat jugak Daya fikir last-2 Daya buat keputusan untuk ajar korang 2 cara ni , tapi follower memang tak nampak . Memang tak ada cara lain .

Cara 1


Daya akan ajar korang yang betul-2 sama dengan gambar dekat atas ni .
Thank you tu sekali . Cara ni letaknya dekat sidebar .


Kao Emoticon Dashboard > Template 

Kao Emoticon Ctrl+F , cari tajuk sidebar korang yang first sekali . Contoh Daya punya ' Meet The Boss ' so cari laa tajuk tu . Tak semestinya tajuk sidebar yang first , tu terpulang dekat korang laa nak letak box follow tu dekat mana .

Kao Emoticon Paste code yang Daya nak bagi ni bawah code first tajuk sidebar korang or mana-2 tajuk sidebar yang korang pilih tadi . Contoh ::

*boleh klik gambar untuk bagi besar macam Giant !

Okey nampak code yang highlight warna oren tu . Tu first tajuk sidebar Daya . Daya nak korang paste code bawah code tu *anak panah merah .

Kao Emoticon

<div class="sid">
<div class="tit">Follow Me Here</div>
<center><a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG-ID-HERE" target="_blank" title="Follow With Google Friend Connect"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-_EJeg5vVW6M/TeYuaeSR1MI/AAAAAAAAEOU/cYnnBxJtw7U/s1600/google-followers-button.png" /></a></center>
<center><img src="http://www.graphicsgrotto.com/clipartpictures/comments/thankyou/images/cacthankyou1.jpg" width="230" height="100"><br><br>
</div><br>


Kao Emoticon Merah > Tajuk sidebar . Nak tukar boleh , taknak tukar pon tak apa ^^
Biru > Masukkan blog ID korang . Contoh ::

Cara amek code ID blog .

Nombor tu tetap ada walaupun korang dekat tempat edit . Tapi ingat !
Amek yang nombor sahaja .


Kao Emoticon Save !


Cara 2


Follow yang ni letaknya dekat atas header dan akan ikut scroll
bila korang scroll ke bawah .

Kao Emoticon Dashboard > Template

Kao Emoticon Ctrl+F , cari code <head>

Kao Emoticon Paste code ni atas code yang korang cari tadi tu .

<div style='position: static; top:0px; right: 0px;left: 0px; width:fixed;position:fixed; padding:3px;border-radius:5px; background:#F294E4; opacity:0.8; color:#000000; font-size:13px;'><center>Welcome to my world. Be nice here. Thank you. <a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=YOURBLOGID">+Follow</a>  |  <a href="http://www.blogger.com/home">Dashboard</a></center></div>

Kao Emoticon Merah > Tukar warna dekat > SINI
Pink > Buat laa ayat korang sendiri .
Hijau > Gantikan dengan code ID blog . Cara-2 dia ada dekat atas bahagian Cara 1 .

Kao Emoticon Save !

Daya harap dua cara yang Daya ajar ni memuaskan hati korang dan dapat membantu korang seadanya okey ? ^^ Terima kasih ~

29 May 2012

Ahh Mereka Dah Tak Sayang Aku !

Assalamualaikum ! :')


Kisahnya bermula macam ni ....

'Aku ada 2 orang kawan . Aku biasa-2 je tapi kawan-2 aku pandai bergaya , pandai pulak tu . Keseluruhannya dia memang perfect ! Aku nak jadi dia . Cikgu aku selalu sanjung dia . Apa-2 pon dia . Aku apa ada ? Hanya hati yang ikhlas mengharapkan kasih sayang .

Muka aku tak lawa sangat ke ? Aku bersyukur dengan apa yang TUHAN bagi dekat aku . Tapi kenapa orang tak boleh terima aku . Isy tak baik kau ni mungkin dorang tak tunjukkan je . Aku selalu tenangkan hati macam tu laa .

Satu hari tu , sorang kawan aku buat majlis hari jadi dia . Memang meriah ! Aku jadi waiter . Hee bawak air bagi dekat orang . Tapi aku memang cuai ! Aku rosakkan segalanya . Aku terpijak seluar aku sendiri dan tak sengaja tumpahkan air atas baju kawan aku .

Aku cuak aku berundur ke belakang tapi sekali lagi aku cuai . Kek hari jadi dia ada belakang aku . Habis ! 

Malam tu 'masak' aku kena marah dengan kawan-2 aku . Dorang tak bercakap dengan aku lama . Kutuk belakang , maki aku . Akhirnya aku ambil keputusan untuk pergi dari situ ! Biarlah siapa peduli pon ! Semua orang tak kesah !!

Malam tu aku panjat bumbung rumah dengan semua beg yang penuh dengan baju aku . Tapi mana aku nak pergi . Dorang je kawan aku . Aku menumpang pon dekat rumah sewa yang dorang bayar . Nak pergi kolej balik nanti macam mana . Ahh aku tak peduli dah ! :(

'Wey , kau buat apa tu ? Nak terbang ke ? ' Kuss semangat . Siapa pulak laa potong stim cerita aku ni -.- .. Aku tengok jiran rumah sewa aku rupanya . 'Arr aku nak nak ...'
'Takpe-2 aku faham , kawan-2 kau still marah kau kan ? Setiap malam aku dengar , tangan kau tu pon dah luka aku tengok asyik jadi babu dorang . Kalau tak kesah duduk laa sekali dengan aku . Kawan-2 aku pon mesti tak kesah ' 

Eh pandainya dia teka ,ada sixth sense ke ? Hmm tapi kenapa dia baik sangat :( 'Kau serious weyy ? Selama ni aku tak pernah tegur kau ' ..' Alaa tak kesah laa tu , kita saudara sesama islam , lagipun kitaorang suka kau bukan macam kawan-2 kau tu . Berlagak dengan apa yang ada '

Sejak tu aku lebih rapat dengan dorang . Baru aku sedar aku tersalah pilih kawan . Lagi satu , kawan-2 baru aku cakap yang kawan lelaki dorang ada hati dekat aku . Heheh aku ada secret admire ? Wahh hidup ni hebat ! dan aku mula bergantung dekat si jejaka tadi dan kawan-2 baru aku . Kami kawan sejati :') '



*not my story -.-

Apa macam ? Nangis tak ? Haha actually Daya tak buat entry ni untuk korang nangis ke terharu ke . Daya nak korang ingat walau betapa ramai pon yang benci dekat korang , masih ada insan yang menghargai dan menyayangi korang . So korang jangan risau kalau kena palau or single . Just korang belum jumpa yang sejati <3

Sayang mereka yang menyayayi korang .
Kawan yang baik takkan hancurkan korang or abaikan korang 
Malah selalu ada dengan korang .
Hidup Daya ada ibubapa , adik , dan saudara :3
Yang penting Allah selalu memerhati dan beri yang terbaik untuk kita .


Freebies Header 3 Warna

Assalamualaikum ! >3<

Memandangkan Daya tak tau nak update ape harini 
hee Daya ingat nak bagi freebies header laa .

Tapi ada tiga warna je . Tu je idea yang datang . 
Hope korang suka sampai melompat-lompat laa ye ^^




http://i.imgur.com/onX3n.png



http://i.imgur.com/NR3f9.png



http://i.imgur.com/mOLjo.png

Cara-cara amek header

1 . Copy code yang Daya bagi tu .

2 . Paste code tu dekat new page .

3 . Right-click , lepas tu save as .

Korang boleh tambahkan link blog korang dalam header yang Daya bagi tu . Edit laa guna photoscape . Tu yang paling senang laa . Hee harap korang suka eh . 

Kalau ada yang puas hati , meh komen sikit bagitau Daya . Daya boleh perbaiki diri :)


28 May 2012

Tidak ! Aku Kalah , Kalah Dengan ....

Assalamualaikum ! ^^


No no no way man ! Sampai bila ni . Daya habak mai dekat korang naa yang Daya dah kalah . Serious kalah teruk beb . Kalau sampai ke pengetahuan orang ramai , muka Daya confirm macam buah delima merah kemain .. Tidakk !

Daya ingatkan dulu Daya dah menang habis dah , sekali cuti panjang ni Daya kalah lagi . Kenapa ?! Apa puncanya . Dia .... dia kejam giler -.-

Daya terpaksa tidur pukul 5 pagi semata-mata nak 'jumpa' dia . Ni pon dah menunjukkan yang Daya kalah . Choii ~ Tak tau laa ubat guna-2 apa yang dia pakai .. Ada sekali tu sampai terbawak-bawak dalam mimpi . Rase nak report polis , kalau laa polis boleh handle kes Daya ni .. Tapi Daya tau dorang tak boleh ..

Eh nanti-2 , yang korang baca dengan serius ni kenapa ? Risau pasal Daya ke ? Haha korang SALAH FAHAM ni .. Takde gaduh-2nya .. 

Actually Daya kalah dengan .....




Sekarang faham ? Haha waktu sekolah Daya buat pertaruhan dengan dia *Gila . Syarat pertaruhan tu , kalau Daya tengok dia Daya kalah . Kalau 5 bulan Daya tak tengok dia , dia kira menang laa . *KOREAN DRAMA U KILLING ME -.-

Dah 3 bulan laa Daya tak hadap dia sekali cuti dua minggu ni , hamek mu ! Kalah teruk punya !! Hadap dia sampai pukul 5 pagi . Ni lebih ni -.- Jadi selama ni sia-2 jelaa Daya menahan hawa nafsu yang ke-3 Daya .

Puncanya ?! Dah kalau dorang comel , hensem sangat . Mana taknya Daya hadap dorang . Sejak ada One Hd tu lagi laa . 24jam korea je beb!

Tulaa gatal buat pertaruhan lagi , kan dah kalah . Tapi apa-2 pon sekarang Daya memang layan habis tengok citer yang ni .. Kalau tinggal tu boleh berguling-2 atas tangga *melampau .


Miss Ajumma 



Rooftop Prince 

Daya obses dengan dua cerita ni laa . Teruk obses Daya tu . Daya abaikan makan , minum , masa ke tandas . Tapi bukan masa solat ^^

Oh jangan lupa Daya pon obses dengan cerita lagi satu ni and Daya tau semua orang dah tau dah pasal ni ! Weee


The Walking Dead 

Well ada sesiapa gegurl dekat luar sana yang ada masalah drama fever same macam Daya ? Yeay sepp sikit . Kita sama ^^ Happy Holidayy ! <3