7 June 2012

Prince Charming !

Assalamualaikum ! ^^



Prince Charming macam ni wujud lagi ke ? Eleh wujud pon dalam 
cerita kartun gitu . Hee

Tapi dalam dunia ni semua perempuan laa termasuk Daya *memang tak dinafikan lagi , nak kan lelaki yang ala-2 gambar dekat atas tu . Haha kira nak anak raja laa jadi teman hidup . Cewahhh . Haha kata orang baru ada style !

Kalau orang perempuan ni pergi jenguk mak saudara ke apa , mesti kena tanya " Kau nak kahwin dengan orang kaya kan , nak yang handsome kan " Haa masa tu muka macam kena bakar dalam microwave bersuhu 360 darjah ! Goreng telur pon hangus !

Daya ingat lagi masa Daya balik beraya tahun lepas . Mak saudara tanya " Eh Daya , kau ni mesti nak kahwin cepat . Anak kawan makcik ada sorang . Handsome ! Kau nak ? " Daya pon pura-2 tidur . Haha !' Makcik , kalau semua orang nak yang handsome , kaya , yang sederhana tu nak campak mana ? ' hatiku berbisik . * ayat novel je

Lagipun korang rasa Prince Charming ni wujud lagi ke ? Kalau buat carta dekat sekolah pon yang dapat tempat first mesti yang handsome yang kaya . Baik jahat tak tau pon kan ?

Bukan semua orang perfect . Korang pon tau , siap tulis status facebook , siap tweet tapi macam tak faham je . Tak fokus kepada perangai je sebenarnya . Muka dia , harta dia . Termasuk sekali laa tu .

So Daya rasa seseorang tu akan jadi perfect kalau kita sayang dia dengan ikhlas . Kita automatik rasa yang tak handsome pon nampak handsome , yang tak perfect pon nampak perfect sebab cinta tu BUTA kan ? Hee sekali gus orang tu jadi Prince Charming kita ! *tapi dalam hati kita jelaa -.- bagi orang lain dia biasa-2 je . Haha

Prince Charming , mana-2 lelaki pon boleh jadi . Actually kan kalau korang tanya Daya pasal ciri-2 lelaki idaman or Prince Charming ni Daya kejang otak jugak nak jawab ::

Soalan >>

Si Misteri : Kak Daya , apa ciri-2 lelaki yang akak suka eh ?
Daya : Akak nak yang kuat sembahyang boleh ? Handsome ke tak akak tak kesah . Tua sikit pon tak pelaa janji agama kuat .
Si Misteri : Haa amek laa pakcik sebelah rumah saya !

* Arr okey ni nak mainkan aku ke budak ni -.- Daya kata tua sikit . Tu dah beruban dek . Haha ade-2 je ! Yang kuat sembahyang tak semestinya atuk-2 , pakcik-2 kan ? ^^

Untuk menggelakkan aktiviti tak bertauliah macam tanya soalan untuk kena kan Daya ni terjadi sekali lagi , haa meh laa Daya senaraikan ciri-2 Prince Charming yang Daya nak * blushing ><

Ciri-2 lelaki idaman (macam ayat diari je)


1 . Baik , well semestinya . Nakal sikit takpelaa tapi kalau yang menaikkan darah Daya sampai hujung tanduk , cehh rasa nak campak laut je . Tak mau !

2 . Kuat agama . Boleh laa didik Daya yang tak seberapa ni *jujur beb

3 . Bentuk badan tak kesah ! Cehh padahal nak jugak yang berketul-ketul ala-2 The Rock gitu . Nak tinggi macam galah . Kurus cekeding tak nak . Perempuan biasa laa :D

4 . Ni yang paling penting ! Daya suka mata lelaki yang tenang je nak pandang . Haha mata ade lain-2 ke eh ? Hee perempuan je yang tau pasal ni .

Lepas ni jangan nak tanya soalan merepek lagi naa ? Hee tapi ni kira angan-2 jelaa . Macam mana rupanya jodoh kita tu Allah dah tentu kan dan Daya masih mencari Prince Charming Daya ! Well sekarang dah jumpa , kalau panjang jodohnya jadi laa . Hee ><

Korang pon jangan laa cerewet , kita cari pasangan bukan nak tunjuk dekat orang . Nak bagi kita je tengok pon . Satu buku pernah kata ,

Seseorang tu tidak sempurna untuk dicintai 
tapi dia sempurna kerana dicintai <3

*tibe-2 jiwang harini , layan ~~~~

6 June 2012

Youtube Player Beratkan Blogskin ? Mari Cuba Player Baru !

Assalamualaikum >3<

*Now playing :: Big Bang - Monster <3

Duk sibuk goyang-2 kepala dengar lagu Big Bang tu , Daya teringat ada sorang kawan Daya ni cakap youtube player buat beban blogskin je ! Haa amekmu , depan Daya dia cakap . Haha nak marah laa tu sebab Daya yang ajar dia pasal youtube player ni . Wakaka ><

Ahh tak kesah laa , yang penting Daya kesian ni . Berat eh kalau letak youtube player ? Daya mana laa tau -.- So apa macam kalau kita guna SCM Music Player ? Haa ape bestnya guna player ni ?

Actually , player ni sebenarnya boleh jadi traffic sources blog kita ! Wahh teruja ye dak ? Hee , Daya cakap sebab Daya pon guna player ni . Believe me ^^

Okey cara-2nya pilihan player::

 Mula-2 korang pergi --> SINI

 Dah tu korang pilih skin yang sesuai dengan warna blog korang .



 Tekan edit playlist pulak . Masukkan tajuk lagu yang korang nak dekat ' Song Title ' , untuk 'Song URL' korang masukkan url dekat youtube tu . Hasilnya ::


Korang boleh letak sebanyak mana lagu yang korang nak okey .


 Last sekali edit dekat configure setting . Untuk auto start , klik 'Yes' .. Volume tu 30% sudah . Hee kang heart attack pulak orang dengar kalau kuat sangat . Untuk Placement of player bar tu terpulang laa samaada korang nak letak atas or bawah . Dah siap semua klik DONE ! ^^

Cara-2 edit dalam blogskin ::

 Dashboard --> Template

 Ctrl+F , cari code <body>

 Pastekan code yang korang dapat dari SCM player tadi tu , bawah code <body> .

 Maaf korang tak boleh preview so terus save ! Confirm jadi jangan risau . Hee

SCM player ni kalau dah letak dalam blogskin korang memang tak boleh preview so dah edit satu blogskin tu baru laa letak eh ? Senang sikit kerja ^^

So Daya harap cara ni dapat meringankan blogskin korang laa eh ? Peace yo <3