26 October 2012

Tutorial Application Lock Untuk Pengguna Android

Assalamualaikum ! :)


Awak , awak , awak dan saya , semua orang laa mesti ada perasan tak suka bila orang tengok gambar , text , mini dairi kita tanpa kebenaran kan .. Angkat rambut kalau korang pon tak suka -.-

Kalau korang pengguna android semua perasan tu boleh disangkal .! Haha poyo tak poyo ayat Daya .. Apa yang korang perlu buat ialah download satu benda ni je ..

First thing , korang mesti laa pergi dekat Play Store dalam phone canggih manggih korang tu .. Search APP Lock lepas tu tekan laa download guna jari manis ke telunjuk ke .. Ibu jari pon boleh .

Setelah mengharungi cabaran meng-download , install segala bagai tu App Lock tadi sudah boleh digunakan .. Isi segala maklumat yang dia nak . Kalau tak silap Daya dia mintak password , repeat balik password , soalan kalau lupa password dengan clue password korang . Haa tu jelaa rasenya .. Yang tu korang pandai2 laa isi eh .. ^^



Sekarang korang boleh laa lock application yang korang
nak rahsia kan daripada masyarakat umum tu .

Senang je kan ^^ .. Segalanya mudah dengan Android . Haha .. Okey sebelum terlambat Daya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha :) Semoga gembira disisi keluarga eh .. Have a happy and lovely day <3 p="p">

22 October 2012

Game Yang Awesome Untuk Pengguna Android

Assalamualaikum ! :)


Elele comel je patung tu . Macam Wall-E . Hee

Ramai yang dah guna Android sekarang . So Daya ingat nak ajar laa korang macam mana nak guna android ni . Banyak kott kegunaan dia . Beberapa minggu lepas Daya ada ajar macam mana nak tukar twitter korang dalam phone tu jadi lagi comel . Kalau korang terlepas tutorial tu pergi --> SINI

Hee okey harini taknak ajar benda berat-2 laa , Daya bagitau game yang best-2 je okeyy ? Daya memang pemain game yang tegar sampai makan pon skip .. Haha tak ada laa teruk sangat sampai macam tu .

Yang paling Daya rasa best , game Rail Rush . Tu memang syokk main kalau phone tak tersekat-sekat -.- Dia main kutip emas guna kereta api . Tapi bukan kereta api . Haha Daya pon tak tau macam mana nak cakap . Korang kena main sendiri laa kan baru faham .



Lepas tu game zombie . Haa siapa yang baca blog Daya daripada mula memang kenal laa Daya yang peminat no 1 zombie . Haha so memang tak sah laa kalau Daya tak amek game zombie dalam phone kan . 
Satu Daya amek game Zombie Runaway . Ni bukan game bunuh zombie . Kita yang gerakkan zombie tu . Haha zombie dia muka nak comel je ..

Muka zombie bajet comel ><

Yang kedua , Daya download game SAS3 .. Ni baru laa kita yang bunuh zombie tu . Kita ditugaskan menjadi askar yang menyelamatkan dunia . Muahahaha ayat poyo dah keluar .. Yang ni seram sikit laa kott . Sebab ada zombie yang super duper laju . Dia makan pelari atlet olimpik kott..

Okey untuk makluman The Walking Dead Season 3 dah keluar dekat chanel 413.
Setiap hari ahad . Hee sempat lagi promote ..

Okeyy tadi dah seram kan so kita tukar sikit laa . Daya bagitau game daripada movie apa macam ?
Daya rasa memang banyak game daripada movie . Tapi kalau nak download game jenis macam ni , korang memerlukan space yang BESAR dalam phone korang .. Game yang Daya cakapkan ialah Men In Black 3. Best gila kott , gambar clear !


Dalam game ni korang kena luaskan kawasan , bunuh alien lepas tu latih agent . Yeahh !

Sekarang kita pergi pulak untuk game yang paling famous sekarang .. Temple Run ! Alaa game yang beruk kejar tu . Haha ! Tak sure laa tu layak dipanggil beruk . Rupanya lebih dasyat . Ni best . Hee Daya semua pon best -.-



Untuk sesiapa yang minat Skater , download laa game Skater Boy . Budak skate ni memang hebat laa kan dapat skate atas tangga , bangunan , bas ? -,- Haha dia dapat buat semua yang korang tak dapat buat . Muahaha !


See ? Skate atas bas . Haha

Game yang lepas ni Daya tak tau nak kategori kan sebagai apa so korang tengok laa sendiri . Kalau rasa best download dulu , tak best install laa balik . Hehewhe :3

Ninja Jump

Korang kena kumpul 3 benda yang sama baru dapat kuasa . Contoh dalam tu ada burung ,
tupai dengan shuriken . Kalau dah kumpul burung jangan kumpul yang lain . Tak faham kan ? Haa main sendiri . Haha !

Where's My Water ?

Mengisahkan buaya yang nak mandi , then kita yang kena tolong cari air untuk dia -.-
Haha macam kelakar tapi best okeyy . :)

*download semua game ni dekat Play Store*

Kalau ada rasa nak tambah game selain daripada game yang atas ni , komen laa . Nanti Daya update dalam entry ^^
So enjoy the games !


Trip Bersama Kawan-Kawan ! Eh ?

Assalamualaikum ! ^^


Rindunyaa cek dekat blog ni . Rindunyaa nak update . Yang selalu blogwalking dekat blog Daya ni Daya mintak maaf laa ye sebab tak update . Dah tu macam mana kalau exam akhir tahun sangat merunsingkan kepala -.-

Hee Daya selalukan update pasal kawan-2 , taktau laa kenapa tapi seronok nak kenalkan kawan-2 Daya dekat orang . Haha semua perangai mintak kaki saiz 5 ni je .. Haa baru-2 ni , erm takdelaa baru sangat .. Kiteorang buat rombongan . Memang excited gile ! Sekali bas tak datang . Choii~~ Nak je ku hampuk kepala tu pemandu bas .

Tapi okeyy laa tu at least kiteorang dapat tangkap gambar many-many . Haha. Amaran gambar selapas ni mengandungi unsur kegilaan . Harap maklum ..

- Depan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik -


Ni waktu mula-2 nak pegi . Muke nak excited je . Dengan beli
ice-blendednya . Yumyum ><




 Huixin ! Dia ni comel ohh . Geram dengan pipi dia tu . Macam pau kaya . Haha rambut pon boleh masuk iklan ' Guna jari pon boleh '


Sim Yan :)

Dia ni bestfriend Daya .. Sebenarnya Daya lagi tinggi daripada dia tapi taktau kenapa dalam gambar ni nampak sama tinggi . Haha bajet tinggi je kan..




Profile :

Kanan : Adilah Bt Abdullah
Tengah : Semestinya Daya ><
Kiri : Siti Fauzana Fatimah Binti Mokhtar .

Haha macam dalam movie tak ? Bagi profile segala bagai . Hee ..
Faizalofa . Haha rindu nak panggil dia macam tu .



Haa ni Kathiravan .. Dia je kawan India yang pegang
rahsia Daya . Haha tapi taktau laa dia ingat ke tak rahsia tu . Haha !

EXCITED DAH HILANG . START BORING SEBAB BAS TAK DATANG

Tengok kanan , hmm mana bus ni aku dah pongeh tunggu ni -.-

Tengok kiri , tak ada jugak bas .. Kayy fed up !

SMKTT style ! Haha waktu ni memang dah sewel laa tunggu bas .

Lepas je tangkap gambar ni semua balik . Haha terbaik laa..
Tunggu depan sekolah semata-mata nak tangkap gambar je .
Stylo kan ? Haha

Pengajaran : Lain kali kalau nak buat rombongan naik kapal terbang je . Woaaa :0