28 December 2013

Pejuang Islam Atau Pengikut Dajjal ?

Assalamualaikum :)


Kiamat ? Gerun Daya setiap kali fikir pasal kiamat.
Dosa Daya terlalu banyak. Daya tak tahu amalan Daya diterima atau tidak..
Kuat ke iman Daya ?

Kita tau tanda-tanda besar kiamat akan keluar sejenis binatang yang dikenali sebagai Dabbatul Ardhi . Binatang ni akan menanda setiap manusia dekat bumi ni dengan Tongkat Nabi Musa dan Cincin Nabi Sulaiman.

 Binatang tersebut akan cap hidung orang kafir dengan tongkat manakala terangkan muka orang mukmin dengan cincin..

Awak yang mana ? Kita yang mana ? Daya yang mana ?
Cukup ke iman kita untuk diterangkan muka dengan cincin tu ? Kiamat dah dekat sayang tapi Daya sedih sangat.. Harini Daya keluar KL Daya tengok ramai.. sangat ramai mereka yang masih mendedahkan aurat, pegang-pegang tangan dengan yang bukan mahram dan Daya rasa berdosa sebab Daya tak dapat hentikan semua tu :(

Belum lagi dengan kemunculan Dajjal  . Allah S.W.T kurniakan banyak kuasa dekat Dajjal untuk keliru kan kita. Dajjal ni bermata satu , dia boleh menghidupkan orang dah meninggal dunia, hentikan pergerakan matahari, mengeringkan air sungai dan macam- macam lagi.

Kalau iman kita tak kuat kita mungkin jadi pengikut dia.. Subhanallah.. Kita hidup untuk tu ke ? Kita pergi sekolah agama , belajar sungguh-sungguh , solat , baca Al-Quran semua tu untuk jadi pengikut Dajjal ke ? TAK ! Ya Allah tetapkanlah iman kami.

Sabda Rasulullah S.A.W, untuk berlindung dari Dajjal bacalah Surah Al-Kahfi . InsyaAllah.. Ashabul Kahfi ni peristiwa beberapa orang pemuda yang tertidur bertahun lamanya dekat gua. Amalkan surah ni dan Rasulullah pesan berdoalah ::

Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada musibah Dajjal

Banyak awak, banyak sangat petanda-petanda kecik yang dunia ni dah menghampirinya.. Daya sure korang mesti selalu dapat or terbaca dekat twitter, moment wechat.. Daya nak tambah .

 Orang yang berharap untuk mati kerana kesengsaraan yang dihadapi 
 Masjid dijadikan tempat jalan-jalan sahaja bukan untuk solat 
 Menghias masjid dan membanggakannya
 Mengucap salam kepada yang dikenali sahaja 
 Warnakan rambut untuk nampak muda

Jangan takut awak. Kiamat tu tetap akan berlaku.. Sekarang bukan masanya untuk kita teka bila kiamat tu jadi. Solat lah , baca Al-Quran dan berdoalah..Kita yang tentukan kedudukan kita sama ada kita pejuang Islam atau pengikut Dajjal. Semoga kita akan sentiasa seorang Islam sehingga mati. Allahu Akbar !

Ya Allah. Semoga aku, keluargaku, kesayanganku serta semua umat Islam mendapat tempat di dalam syurga-Mu . AMIN

2 comments:

Akeyla Azmi said...

:( sama2 lah muhasabah diri kan dayah T_T

thanks <3

Daya The Sixth ! said...

InsyaAllah InsyaAllah :(