29 December 2014

Nak Online Shopping Dekat Mana Ni ?!!

Assalamualaikum :)


This is really happening !! Tidakku sangka..

Sampai satu ketika kalian jugak akan merasai apa yang Daya rasai.. Hahaha bebajet menyeramkan sangat laa pulak kan..

Dulu Daya sebenarnya bukan kaki shopping.. Sekarang sampai dah pening nak shopping dekat mana.. Haa kau.. Dengar macam aku dah shopping setiap mall setiap online shopping dekat dunia ni kan.. Dompet pun berhabuk.Cisss

Yang peningnya nak cari tempat yang murah je hahaha.. Siapa nak beli dekat tempat yang mahal. Hehe..

Jadi bantulah Daya.. Dekat mana korang selalu online shopping?

Siapa jawab tesco aku sepak kang hahaha..

Erm Daya nak cari beg, dompet macam tu.. Tak kesah laa website or instagram ke apa ke.. Tolong Daya boleh? Bagitau mana korang online shopping eh?

Sangat sangat dihargai.. Sebab Daya nak belikan hadiah untuk yang tersayang sebenarnya haaa.. Sweetkan aku? Muahahaha.

15 November 2014

MC Mong [Miss Me Or Diss Me ALBUM]

Assalamualaikum ! :)

MC Mong

Yahoooo! My source of happiness is back. Sebenarnya dia dah buat comeback dalam seminggu lepas kott.. Nak buat entry tapi asyik lupa je.. Hee nak kata busy macam tipu sangat..Nyanyok mungkin betul haha..

Daya super excited bila dapat tau MC Mong buat comeback.. Tunggu 5 tahun kott sob sob :tears:

Tajuk album Mc Mong kalini pun buat Daya menjawab kembali soalannya.. Miss Me or Diss Me? Of course laa I miss you.. You pergi mana hahaha.. I forgive you so jangan ngada-ngada nak pergi lagi okey.. Promise me emoticon60



Album Miss Me or Diss Me dimulakan dengan lagu "The happiest time in my life" yang dinyanyikan bersama-sama dengan Huh Gak. Suara sweet lagu pun sweet.. OMG I'm in love 


Lagu seterusnya adalah lagu main laa.. Tajuk sama dengan album >> "Miss me or Diss me". Waktu tengok music video lagu ni tangkap leleh woo.. Lama tak tengok muka dia,. Rindu gila tengok muka dia senyum,, Dalam mv tu dia nampak sedih sangat..Actually tak adalah rindu sangat sebab Daya tengok balik 2Days And 1Night Season 1.. Haa peminat ketagih ni.

Untuk lagu ni MC Mong bergabung dengan Jinsil daripada kumpulan Mad Soul Child. Suara dia perghh superb.. Buat bulu mata waa meremang..Haa kau melampau kan.


Haa kenal kan kenal kan.. Ni laa Ailee! Untuk lagu ketiga iaitu "Be Strong" Ailee join sama nyanyi.. Uisyy syok bak hang.


Lagu keempat "New York" , MC Mong ajak Baek Ji Young (kiri) duet dengan dia..Lagu ni macam retro gitu.. Ecehhh.. Kelima pulak MC Mong ajak pulak Lyn (kanan) nyanyi.Dia kata "Hey Lyn jom nyanyi sama dengan aku nak tak nak tak?! Aku bagi tajuk dia "Run Away" "

Gary & Hyorin feat with my Mong nyanyi lagu "Faulty Fan" untuk lagu kelima. Yeayy Gary ada.. 2 dah member running man dalam album ni..Walaupun yang sorang lagi tak diiktiraf sangat.. And Hyorin ni fav Daya kalau dia nyanyi untuk ost drama..Perghh layan tu.


Ni Daya tak sure Bumkey ke tak.. Hahahah sebab first time dengar nama dia.. So sorry angat angat kalau salah orang.. Bumkey yang tidak ku kenali nyanyi lagu ke enam sama-sama dengan Mong yag bertajuk "What Could I Do". Lagu ke tujuh lagi sedih.. Waa tak jumpa gambar penyanyi pun hahaha :face21: Sebab nama penyanyinya The Channels. Keluar gambar kumpulan negro lama.. Sadis.
Apa-apa pun dorang nyanyi lagu "Scandal" untuk lagu ke tujuh.



"0904" budak atas ni yang nyanyi.. Waa tak kenal dan waa memang taktau laa kenapa lagu ni ada dalam album Mong sebab Mong tak nyanyi pun dalam lagu yang ni.. And lagu ni paling pendek.. 2 minit je..Suara budak ni jelas gila.. Sedap betul..Aku kecik ni nyanyi lagu sep sep tom tom je.

Yang ke sembilan pulak "Sick To Death Part 2". Kenapa part 2 Daya pun kurang pasti laa.. Mungkin sambungan lagu lama dia.. Sick Enough To Die? Andaian aku jelaa. Jangan saman,, Pakai teka je ni.. Haa lagu ni feat Sweden Laundry ..Kang sedih pulak waa tak mention nama dia.


Sampai ke lagu fav waa.. feat Minah .. Dalam lagu ni waa rasa waa ada dengar suara HaHa.. Alaa yang running man tu.. Rancak je lagu ni.. Yang paling penting Daya boleh ikut nyanyi sekali hahaha..Dengan gaya yang gedik aku boleh bagi haa amik! "Whatever" tajuk pun dah whatever so whatever laa.

Dua lagu yang terakhir ni waa dah penat sebenarnya hahaha.. malas nak cari gambar.. Korang cari sendiri laa eh.. Orang kata usaha tangga kejayaan heheh..

lagu ke 12 tajuk dia "Cintaku" hahaha.. Dalam omputih laa.. Didendangkan oleh Sung Yoo Jin. Manakala yang terakhir pula adalah lagu lama Mong.. "E.R" waa tak tau laa ni maksudnya Emergency Room ke ? Haha taktau taktau.. Ni The Channels nyanyi lagi.. Dua lagu dia masuk tapi waa tak dapat jumpa pulak gambar dia.. Jangan sedih naa.. Nanti selfie banyak-banyak bagi waa.. Haha

Excited sangat dengan album ni..Terima kasih MC Mong sebab terus nyanyi.. Haters gonna hate..Shake it off..Eh?

25 October 2014

Perfume Murah Sebagai Hadiah Untuk Ibu

Assalamualaikum :)



Daya tahu. Daya faham. Entah apa entah yang aku tahu dan faham tu hahah.. Kali ini Daya nak selesaikan hal korang yang tengah dibelenggu dan keliru nak beli apa untuk mak kan.. Well mak ni special sikit.. Hadiah dekat dia mesti kena gempak ye dak? Hehehe.. *Mesti makcik-makcik seluruh dunia tengah berterima kasih dekat aku sekarang.

Dalam list korang mesti ada kan :

pencil Baju

pencil Beg

Well tu common laa..But paling complicated.. Baju nak kena tengok saiz lagi.. Kalau tak muat, mak boleh kecik hati tau..Haa elok-elok niat kita baik nak bagi hadiah dekat mak.. Mak nangis pulak..

Kalau beg pun kena ikut cita rasa mak jugak..Ada mak yang suka beg kecik..Ada yang suka beg besar..Huh payah ni hehehe

So mari Daya kenalkan satu instashop yang jual PERFUME!

For your information, semua perempuan suka perfume.. Tak kira umur okey.. Bilik dorang akan penuh dengan perfume je.. Jadi perfume adalah pilihan terbaik..

Haa korang aku bagi tips ni hadiah untuk ibu.. Beli untuk awek ke pakwe aku sekeh kang..Kalau nak beli untuk awek ke pakwe beli untuk mak sekali..Haa tu baru aku maafkan.. *tak pasal pasal membebel

Korang boleh terus tekan nama insta dekat atas ni untuk terus ke webstagram dorang hehehe.. Kak Nadya sangat sangat baik.. Daya mintak tolong dia pilih hadiah utnuk ibu Daya.. Huhu Kak Nadya layan je tanpa banyak tanya..

Barang Daya sampai harini.. Meh tengok..


Haa jenama Paris Hilton.. Bukan ori tapi gred 5A..
Bau sedap je.. Tahan lama pulak tu..
Cuba teka berapa? Haa teka teka hehehe

RM40 je! Termasuk postage okay..


Haa ni banyak lagi Kak Nadya jual.. Korang check laa sendiri eh.. Harga memang murah.. RM 40 -45 je..

Memang puas hati laa.. First time Daya bagi perfume dekat ibu.. Nasib baik ibu suka.. Terima kasih Kak Nadya hehe :n::n:



16 October 2014

Okay Tak Cerita "Its Okay Its Love"?

Assalamualaikum ! :)


Maka dengan ini berakhirlah sem satu.. Yeayyy cuti semester!
Inilah masa yang sangat baik untuk aku tengok cerita korea.. Pedih wooo tinggalkan habit
tengok cerita korea.. Setiap hari murung hahaha..

Its Okay Its Love.. cerita ni aku tau sebab Kwang Soo.. Well peminat Running Man laa katakan..So ada sekali tu ada news dia berlakon cerita baru.. Waktu tu tak masuk u lagi.. Ingat sempat laa tengok..
Sekali tak jugak blogger-emoticon.blogspot.com

Lagi waa sedih bila waa tau Jo In-sung yang berlakon.. Cisss bedebah hahah.. Handsome tu.. Tertarik dengan dia sejak The Winter That Wind Blows.. Huhuhu

Sedih kali ketiga bila Gong Hyo-Jin pulak heroin dia uwahhhh... Heroin cerita Master Sun.. Wee dorang saja ni.. Macam tau-tau aku nak masuk u..

So Daya nak mintak pendapat ni.. Sesiapa yang dah tengok cerita ni? Best tak? Berbaloi tak Daya tengok? Sesiapa help me! :rusrs:

Sementara tunggu korang balas.. Entah bila laa tu.. Entah-entah tak ada pun hahaha.. Baik Daya tengok The Walking Dead dulu ye.. Chawww haha :81:


5 October 2014

The Walking Dead Season 5 Serang !

Assalamualaikum :)


Aku je ke excited? Ke kau sekali? Kalau tak pun meh tumpang sekaki muahehehe..

Tu dia.. Cerita favourite waa dah kembali lagi.. Dah berapa tahun aku tengok cerita ni..
Cerita ni start tahun 2010.. Daya miss dua episode waktu tu and now dah
4 tahun laa Daya setia dengan cerita ni.. Wuuuuuu waa couple pun tak sampai 4 tahun tau..
Tolong laa bangga hahah..

So TWD kali ni Daya rasa setiap hari Isnin maybe.. Rasa dorang ni kurang ajar laa sebab siarkan TWD waktu waa masih dekat Jengka.. Dengan tak ada astronya dekat sana.. Tengok yang rekod jelaa jawabnya huhuhu sedih kau.. Selama ni waa tengok live.. Huhuhu


So here we go.. Start 13/10 dimana waa tengah final exam huhu.. Pukul 9 malam..

Tak sabar sangat nak tau macam mana Rick jumpa dengan Judith balik.. Macam mana dorang terselamat daripada orang-orang dekat Terminus tu.. And Daya ada baca dalam season 5 ni kita akan tau punca virus zombie tu jadi..Yehaaa 4 tahun aku tunggu nak tau benda alah tu hahaha..

Yang penting waa taknak tengok hero kesayangan waa Daryl dengan Gleen mati.. Dorang mati memang punah laa hati.. Dorang paling cool kott.. Rick waktu zaman season 1 dengan 2 smart lagi laa.. Ni dah serabai hahah.. Tapi aku minat gak hehehe..

So pesanan ringkas bergembiralah sebelum anda masuk u dan tak boleh tengok cerita favourite anda macam saya.. 

Nah desert.. Trailer TWD hehehe.. Daya suka tengok ulang-ulang.. Tak sabar..


24 September 2014

Siapa Kata Sains Komputer Tak Okay

Assalamualaikum :)


Haa siapa kata sains komputer tak best angkat tangan!!! Berani angkat laa angkat hahahah.. Post ni Daya nak tujukan kepada adik-adik (adik laa sangat) yang nak sambung belajar.. Sains komputer adalah computer science (CS) in english but you already knew that so I skip the introduction hahah bajet sikit..

Dulu mula-mula pun Daya ragu-ragu jugak.. Alaa biasa laa tu.. Dengan petunjuk dari Allah, alhamdulillah Daya di Jengka sambung pelajaran dalam bidang ni.. Korang tak payah risau laa.. Kalau korang dengar ada orang cakap budak CS susah dapat kerja haa bagi budu dekat dia..

Ada ke macam tu? Tell me, apa je tempat yang tak perlukan coding? Apa je tempat yang tak perlu komputer? Haa jawab jawab.. Tu semua kerja budak budak CS laa.. Kau boleh kerja dekat bank, shopping mall, kalau nak advance kau boleh kerja dekat google lagi.. Haa memang laa agak mustahil tapi kalau Allah izinkan siapa boleh tolak?

Ni untuk menaikkan keyakinan korang sebenarnya.. Bidang ni tak susah kalau korang usaha.. Berlambak kott classmate Daya yang memang mengamuk laa bila dapat result upu..Sekali tengok bidang CS.. Tapi perghh dia lah yang selalu bedal highscore dalam kelas.. Tu baru budak yang benci, belum yang minat betul-betul.. Boleh dekan kau..

Mesti korang macam tertanya-tanya kan apa yang korang akan belajar.. Haa tengok bawah ni tengok..


Terkejut tak tengok ada account? Hahaha sabar sabar.. Semua course pun macam tu.. Budak Business Managment kena belajar bahasa Arab.. Haa memang dalam setiap course tu mesti ada laa selit subjek yang kita taktau pun kenapa kita kena belajar.. Budak Civil Engineering pun akan belajar coding.. So nak lari mana? Memang semua susah tapi tu semua yang buat kita ingat apa yang Maha Besar.. Kita nak belajar ilmu Dia, mintak tolong Dia laa.. Faham?

So conclusionnya, tak ada benda nak takut.. Kalau korang suka, minat amik je.. Yang penting minat,, Jangan dengar cakap orang.. Berdesing jugak laa dengar kalau orang kata budak sains komputer ni lopek.. Daya belajar okey je.. Seronok.. daya dengan komputer mana boleh pisah..

Kalau korang ada baca post sebelum Daya masuk u, haa banyak drama.. Tentangan keluarga laa semua.. Last-last Daya tetap pilih ni.. Daya happy.. Kita yang nak belajar.. Kenapa ikut cakap orang kan?

Apa-apa pun goodluck untuk yang second in take.. Or yang SPM tahun ni? GOODLUCK sisters and brothers.. May Allah bless you all..

Kalau ada apa-apa nak tanya pasal sains komputer jangan segan-segan nak komen.. Segan jugak? haa ni email Daya >> yayah.miss9377@gmail.com .. Boleh email insyaAllah Daya ada kalau internet ada muahahaha..

31 August 2014

Final Exam !

Assalamualaikum :)


Rasa macam baru je Daya rasa excited nak masuk Uitm.. Tup tup dah nak final exam dah kau hahahah debar ni debar..

Sekejap sangat.. Daya rasa memang Daya banyak main laa pun.. Belum lagi dengan kisah bercinta heheh.. Jadual pun Daya dah tengok tadi.. Takdelaa pack sangat.. Ada banyak masa nak study..

Untuk korang yang belum check, boleh laa check dekat Student Portal .. Tak payah masuk student login pun..

Korang boleh terus tekan Examination dekat atas tu..


Lepas tu korang pilih laa korang Group A ke Group B..
Pilih course and then tadaaaaa keluar laa jadual yang berlambak-lambak..
Heh seram pulak..

Assignment dah laa tak settle lagi.. Dengan speaking testnya..
Quiz lagi..Test jangan lupa.. Weee tercabut otak den..

Sabar eh blog.. Lepas je final exam kita akan date selalu.. Aku akan tukar colour kau semua hehehe.. Sabarlah menanti ye blogku tercinta..

Mohon jasa baik.. Doakan Daya ye kawan-kawan semua.. Daya akan dapat pointer tinggi InsyaAllah.. go go chayokkkkk !

29 July 2014

Selamat Hari Raya Awak!

Assalamualaikum


Selamat hari raya! Hari untuk kita bersuka ria! walaupun assignment ada kita lupakan saja! :pain:

Jujur laa tahun ni memang Daya tak feeling raya tau.. SPM dulu pun waktu raya jugak kalau tak silap.. Relax je tak baca buku.. Ni dah masuk u ada rasa tanggungjawab sikit hahahaha podahhh.. Setiap masa waa fikir assignment waa. Adehh

Tetapi selepas Daya mercun dengan jayanya, fikiran tentang assignment telah hancur pupus muahahah.. Langsung tak fikir dah.. Lagi-lagi lepas jumpa sedara mara perghh bertambah tambah mood nak raya tu.. Letih memang letih.. Biasa laa tu kan.. Kalau raya tak letih ajaib namanya..

Haa lepas ni korang dah tau laa apa Daya nak buat kan ? Gambar laa ape lagi hahahah.. Jum laa tengok.. Malas nak taip banyak-banyak ni.. Kalau tak cantik boleh muntah terus.. Dah tak puasa laa katakan 

Raya Pertama

Cakkk! Haa gambar yang ni layak muntah.. Riben tu bajet-bajet je.. Pakai untuk tangkap gambar je hahaha


Ayah dah taktau nak buat pose apa agaknya..Bersangka baik hahahah

Lovely ibu :n:




Raya Kedua

"kita kena duduk dekat dengan tingkap baru muka berseri seri" kata aku kepada dia

ayat yang sama jugak kepada dia




Tu jelaa gambar setakat ni.. Raya ketiga macam tak ada rumah dah je nak pergi hahaha.. Assignment laa kita huaaaaa :face59:

Aku sesungguhnya puas hati dengan makanan di hari raya.. So aku makan sepuasnya sebelum balik ke Jengka.. Serious talk laa.. Aku tak kenyang langsung harini dan semalam.. Lapar memanjang.. Nampak tak syaitan dah menunjukkan kepulangannya.. Ok bye nak makan lagi hahaha blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com

P/S :: Selamat hari raya awak.. Hope tahun depan kita raya bersama lagi.. Hahaha poyo tak poyo

25 July 2014

Bulan Puasa Dekat U

Assalamualaikum


Kira sebulan jugak laa Daya tak update kan.. Faktor-faktor internet yang tak berapa nak berfungsi.. Sedih betul gua hahah.

Selama sebulan ni memang aku belajar benda pelik-pelik haha.. Coding laa calculus laa.. Mintak nangis je semua subjek huhu.. Belum masuk bab test ke quiz ke.. Terus sebak laa.. Disebabkan aku tak study mana so tak layak laa kott nak rasa sebak..

Ni Daya nak cerita analisis puasa Daya dekat Jengka ni.. Daya ni jenis tak makan pedas kalau nak tau so hari-hari lauk sama je.. Kau bayang laa macam mana.. Yang tak pedas lauk sup dengan kurma je.. Bayangkan laa Daya tahan sebulan makan dua lauk tu je.. Perghh rasa macam orang tak ade gigi makan sup hari-hari..

Ada je KFC dengan Pizza Hut dekat situ tapi sebab pokai punya pasal hmm memang tak merasa laa.. Yang duit PTPTN pulak bijak sangat , masuk bila dah nak balik raya.. Makan sedap sehari je hahah sadis tak sadis..

Lek lu tu baru makanan punya cerita.. Bab air laa yang seronok.. Air tebu dia rasa memang terbaik.. Tak dapat dekat KL rasa macam tu.. Air kelapa dia macam pelik sikit.. Rasa macam cendol hahah.. Pastu ada air asam boi, epal, tembikai.. Haa nasib korang laa kalau baca entry ni waktu puasa haha.

Paling bangang waktu sahur laa.. Sorang classmate Daya datang tidur bilik.. Selalunya sahur ibu kejutkan or alarm laa.. Haritu aku tak ade laa pasang alarm sebab dia ada sekali dia tak kejut gua! Aku bangun je tengok dia duduk atas kerusi depan katil aku tengah makan roti.. Freak doo! Hahah sakai Alia. Tu nasib baik aku terjaga kalau tak memang kena tampar budak tu haha..

The best part mestilah buka puasa dengan classmates kan? Dengan orang tersayang lagi heheh.. Dari situ kita tau sape yang nafsu kuda.. Aku tengah cakap pasal kau ni Amir.. Baca tak? hahah stalker!

Takat tu jelaa kott so Selamat Hari Raya laa.. kepada Amir selamat mengacau rendang haha.. kepada zombie aku bersimpati sebab kau tak balik lagi.. to Luqman , kau kurang ajar balik-balik je cakap kau tengah tengok 3 wayang straight.. Syaf, tahniah laa dapat balik awal.. Mar, kesian asyik sangkut dalam jam je bas kau.. Papa Afnan dengan Mama Emy jangan melalak je kerja.. Untuk Afiq , erm jangan jadi sakai sangat haha..

Bajet je macam semua ni dorang baca hahah.. Selamat beli baju raya.. Selamat buat kuih raya.. Selamat Hari Raya lagi 2 hari Daya ucap okey.. Tak baik ucap awal-awal.. Kesian yang tak balik lagi hahaha.. Kejam tak kejam aku ni..

20 June 2014

CS110 UiTM Jengka

Assalamualaikum !


Kita bertemu lagi! Muahehehe seronoknya dapat tengok blog.. Untuk pengetahuan Daya ada dekat Ampang waktu entry ni ditulis.. Jangan haraplah nak update blog dekat universiti kan.. Internet dia jangan ceritalah lembab dia macam mana hahah!

Setelah 3 minggu dekat Jengka barulah Daya bertemu semula dengan Ampang dan juga rumah.. Perghh rindu gila bak hang.. Macam mana nak duduk Korea ni baru kejap dekat Jengka dah menggelupur nak balik haha. Dalam masa 3 minggu tu jugaklah mesin basuh rumah gua dah tukar, karpet dah tukar.. Amboii buat semua waktu aku dah pergi kan haha terasa laa jugak hahah..

Erm nak cerita pasal study sangat pun macam tak ada benda nak cerita.. Sebabnya lecturer Daya asyik cancel kelas je.. Ada laa study sikit-sikit.. Haa buat pengetahuan, sains komputer ni ada akaun.. So macam Daya yang tak ada basic ni ternganga laa jugak waktu lecturer tu ajar.. :face47:

Haa pastu gua bertemu balik dengan musuh ketat.. Add math.. Huh otak dah berkarat kott pasal add math tiba-tiba belajar balik.. Memang tak laa..Tapi dekat u dia upgrade sikit nama.. Bukan add math dah tapi calculus

Ok dah cukup-cukup pasal study tiba-tiba rasa mual pulak cerita pasal study haha.. Ni nak cerita suasana dekat Uitm Jengka.. Universiti Khazanah Alam katanya.. Memang pun. Bukan main penuh dengan rama-rama.. Daya ada feeling princess sikit bila penuh rama-rama dekat keliling hahaha :face54:

Pastu jumpa laa haiwan yang korang tak pernah jumpa.. Macam-macam bentuk haha.. Lagi nak cerita betapa panasnya dekat Jengka.. Kulit gua dah sama dengan kuali.. Ye tahniah Daya..

Yang paling best, berat Daya turun 4kg sejak duduk Jengka hahaha!Mana taknya..Kelas jauh-jauh pastu dengan beg berat lagi.. Terasa macam mission The Biggest Loser..

Habis bab suasana.. Daya nak kenalkan classmate laa pulak eh eh eh? Well aku memang suka kenalkan kawan-kawan aku.. Apa motif tu tak tau laa haha :face6:

 Haa macam mana aku nak kenalkan pun taktau.. Yang depan sekali ni of course aku.. Tudung merah tu Syaf mereng.. Belakang dia Tira anime (sebab dia obses dengan anime :face34:).. Belakang dia Fahana yang double triple tak betul otak dia haha.. Next to her, orang first yang aku kenal dalam kelas.. Tepukan kepada Maryam.. Tudung pink tu Emy yang suka over. Sebelah dia Alia yang miang haha.. Last sekali Ruby
yang asyik tengok phone..

Terima kasih baca pengenalan yang sangat panjang hahah.


Gadis-gadis dah kenal.. So meh kenalkan jantan-jantan pulak hahah..
Ramai sebenarnya classmate lelaki tapi dorang ni yang kuat selfie.
Yang muka suci yang tak berapa nak suci tu Afiq namanya.. Dengan muka yang suci pun dia boleh kerek..
Yang tak reti duduk diam sampai gambar dia je goyang tu Shakir.

Haa nilaa serba sedikit pasal apa yang aku buat dekat Jengka.. Setakat ni alhamdulillah okey-okey je.. Dengan classmate Daya yang mereng tu, tak ada laa Daya homesick sangat huhu..

So bye-bye.. Semoga ada lagi entry akan datang :n: