7 January 2014

Aku Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan!

Assalamualaikum (:


Laksamana Sunan. Seorang lelaki yang sangat menjaga solat. Tak pernah lari fikiran dia daripada mengingati Allah. Sungguh Daya jatuh cinta sangat watak yang Ramlee Awang Murshid reka ni !

Mana weyy nak jumpa orang macam ni lagi zaman sekarang. 1 dalam sejuta. Mungkin Daya terlalu taksub tapi bila baca novel Ramlee Awang Murshid (RAM) memang Daya bayang muka Laksamana Sunan ni macam mana.

Siapa yang ikut novel-novel ni mesti faham laa perasaan Daya.


Daya memang hormat gila dekat RAM. Jujur Daya cakap kalau korang baca novel-novel dia memang rasa insaf sangat. Rasa waktu tu jugak nak tambahkan amalan sunat. Buat kita ingat selalu dekat Allah , ingat mati.

Macam watak Laksamana Sunan, Daya rasa macam nak suruh RAM ni jangan stop tulis novel pasal dia.. hehehe*sesuka hati je. Rasa rindu. Sikap watak ni buat Daya rindu dekat Rasulullah S.A.W.. Sungguh tak tipu. Kalau baca novel pon dah rasa jatuh cinta apa lagi kalau jumpa dengan Rasulullah kan ? Mesti hebat gila feeling waktu tu.

Baru bulan lepas means tahun lepas laa Daya habiskan buku terakhir RAM iaitu Magis.. RAM pergi gabungkan semua watak-watak dalam novel dia.. Haa memang gila laa Daya kan.. Rasa teruja sangat.. I love the ending bila Mikail dengan Ryu-Watanabe jumpa balik! Uwahhh rasa macam real *ok korang yang tak baca tu tak faham ok ok i'll stop now -,-

Daya actually nak promote korang pergi laa baca novel-novel RAM ni.. Sure tak rugi Daya cakap. Satu yang Daya minat cara penulisan RAM ni dia suka cerita pasal orang ni sikit lepas tu cerita pasal orang lain then patah balik dekat orang tadi hahaha.. Buat pembaca tegar macam Daya ni tak bosan baca 10 kali pon. Sebab mesti tak ingat.. hehehe


Lastly *eceh, Daya nak berterima kasih sangat RAM sebab dialah
Daya tau benda yang Daya taktau.. dan buat cinta Daya dekat Allah S.W.T dan
Rasulullah S.A.W bertambah kuat.. Walaupun memang laa Allah yang bagi hidayah dekat Daya
tapi RAM sangat membantu. Terima kasih (:

And psttt Daya terbaca haritu katanya nanti keluar novel
pasal Laksamana Sunan lagi hehehe .. Semoga bertemu lagi Laksamana Sunan. Kau buat
aku tak tidur malam sebab nak baca kau haha kchoww !

5 comments:

Akeyla Azmi said...

alahai sweetnyaaa huhuhuhu <3

Daya The Sixth ! said...

muahaha sweet gaponya ? ><

aisya said...

betul2. ada lagi Laksamana Sunan lepas ni. tak sabarnyeeeeee.. hehe

Pu Huiren said...

setuju, novel psl saifuddin mmg best . sy pun baru baca last school holiday, tu pun novel my sis . and yes, sy pun jatuh cinta kat laksamana sunan ni . :)

Daya The Sixth ! said...

yeayy sepp semua.. kita geng laksamana sunan haha :p