4 January 2014

To-Do List Sebelum Tidur

Assalamualaikum sahabat :)



Ada ustaz bagitau Daya semalam , tidur yang selena-lenanya
adalah tidur yang tak bermimpi.
Kalau kita tidur lena 3-4jam dah cukup untuk kita, manusia..
Bila bermimpi dalam tidur seolah-olah kita masih berjaga.
Roh kita kiranya macam merantau tu yang buat kita letih walaupun
dah berminggu kita tidur hehehe

So untuk tidur dengan nyenyak ustaz tadi bagi tips gitu dekat Daya..

 Kita jangan tidur dalam keadaan marah.. Maafkan semua orang bila kita nak tidur (:

 Sekurang-kurangnya berwuduk masa tidur

 Baca Al-Fatihah , Ayat Kursi & Tiga Kul

Kelebihan Tiga Kul  Boleh mengelak sihir lagi-lagi surah Al-Falaq

Al-Falaq

A001
Katakanlah (wahai Muhammad), " Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh

A002
Dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan

A003
Dan dari kejahatan malam apabila sudah gelap gelita

A004
Dan dari kejahatan orang-orang yang meniup-niup pada ikatan
(sihir)

A005
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki



 Ucapkan Alhamdulillah , Subhanallah & Allahuakhbar sebanyak 33 kali

 Lepas tu bacalah doa tidur

" Dengan nama Allah aku hidup dan dengan nama Allah aku mati "
 Jangan terlebih fikir waktu korang nak tidur or dengar lagu masa tidur (:

P/S :: Thanks Ustaz Azman

2 comments:

Akeyla Azmi said...

bismikallahu ma ahya wa amut.

dgn nama Allah, aku hidup dan dgn nama Allah aku mati :)
Thanks share ni kak dayah <3

Daya The Sixth ! said...

Sama-sama dik :)