22 February 2014

Bahasa Tu Baik Sikit Boleh?

Assalamualaikum......


Daya nak bagitau yang dalam dunia ni semua orang ada perasaan. Tak payah hebat subjek sains pun kita semua tau fact ni kan.

Apa yang Daya cuba nak sampaikan adalah Daya ada tengok banyak situasi dalam hidup Daya di mana orang menyakiti perasaan orang lain macam satu habit. Dan Daya tak suka!

Contoh paling selalu jadi laa kan. Mengejek orang yang gemuk. Berdosa ke jadi gemuk? Hina laa kalau gemuk? Walaupun kata-kata kita tak macam ada niat pun or sebenarnya nak bergurau je tapi agak-agak laa.

" Ni apa gemuk sangat ni aku tengok kau tak ada laa makan banyak pun "
" Isy kau asyik makan je patut laa gemuk"
" Kau ni selalu sakit. Mana tak nya tak reti nak kuruskan badan"

Orang yang kena ejek tu memang senyum. Hati dia kita boleh x-ray tengok dia kisah ke tak. Maybe kalau sekali dua dia pun rasa kelakar tapi lama-lama murung orang tu beb.

Maybe orang yang kita ejek tu memang ada niat nak kuruskan badan tapi tengok laa support keliling macam mana? Mulut masyarakat pun tak boleh harap. Maybe dia makan sikit tapi dia gemuk sebab dia sakit or makan ubat. Tolong laa tahu ada ubat memang buat orang jadi gemuk. Taktau pergi google.

Lepas tu kita tegur orang asyik makan banyak. Mungkin dia stress mungkin dia memang suka makan. Food lover. Dan mungkin dia gemuk bukan sebab dia makan makanan tak sihat. Dia makan sayur. Tolong jugak tahu memang ada orang yang gemuk sebab makan sayur. Daya kenal sorang dan dia tak ada satu penyakit pun.

Kita pun selalu judge yang orang kurus ni sihat dan orang gemuk ni tak. Cuba pergi hospital tengok pesakit kurus ke gemuk lagi banyak ? Ok mungkin laa dia memang gemuk sebab makan junk food. Dah tu tolong laa dia berhenti. Tolong dia ubah life dia.

Contoh lain dan yang paling Daya benci. Membezakan perempuan bertudung dengan free hair.Daya tak sokong orang free hair tapi kalau kita asyik cakap "Kau ni masuk neraka nanti ni" "Tak takut ke masuk neraka" "Neraka kirim salam" ingat dia nak berubah ke ? Sama macam cikgu dengan murid laa. Kalau cikgu asyik cakap murid dia bengap ingat murid dia tu nak usaha jadi pandai ke.

Sama jugak dengan perempuan bertudung.Tak semua baik tapi dorang dah tunaikan satu perintah Allah. "Harap je pakai tudung tapi perangai buruk".Perangai dan pakaian dua perkara berbeza! Dia dah pakai tudung tak semestinya dia dah sempurna. Dia still mencari akhlak yang baik tapi dia mulakan dengan pakai tudung dulu. Dia bertudung sebab fesyen ke or terpaksa still dah tutup aurat. Cuma kita kena tolong betulkan niat dia.

Dan lagi satu! Jangan judge muka orang. Allah cipta dengan baik. Kadang-kadang orang yang kita ejek muka dia tulaa yang baik hati yang penyayang 100x lagi ok dari laki handsome or perempuan cantik.

Jaga laa bahasa sebab dalam dunia ni ramai yang sensitif. Kata-kata kita boleh ubah orang jadi murung jadi jahat jadi pendiam jadi pemarah. Allah ada sebut dalam Al-Quran Dia tak suka kata-kata yang tak baik. So sebelum bergurau tu fikir dulu. Sebab tu lebih baik diam.

Tolong tahu di akhirat nanti bukan orang kurus or orang gemuk jadi ukuran. Bukan cantik or handsome jugak. Kita semua tahu apa dia kan?

4 comments:

Niena Reen said...

Setuju sangat dengan kak daya! Kalau bercakap tu baik2 dan fikir2lah dulu. Memang kadang2 orang nampak macam tak kisah, tapi dalam hati dia kita tak tahu...

Dalilah Othman said...

Hmm sy yg kurus ni pon terasa. Haha. Pegi mana pon dalam dunia ni org akan cakap n tny " shari makan bpa kali ?" " tak mkn ka ?" "Awt kurus sgt?" Bila dh lama2 stress jgk lah. Haha

Daya The Sixth ! said...

@Niena Reen Yup. Macam mana kita tak suka orang ejek kita, macam tu jugak orang lain :)

Daya The Sixth ! said...

@Dalilah Othman Apa nak buat mulut orang tak boleh ditutup tapi jangan kita buat sekali hehe ^^