19 February 2014

Eh RM4 Je Handsock Tu!

Assalamualaikum ! (:

Daya bersyukur dekat Allah. Allah beri peluang untuk Daya dekat dengan Dia. Daya tengok ramai jugak ladies-ladies yang cuba berubah. Alhamdulillah . Yang pakai baju lengan pendek dah pakai lengan panjang. Yang tak bertudung jumpa-jumpa je aik dah pakai tudung. Daya suka sangat serious ni hehehe

Nak dijadikan cerita haritu Daya godek-godek laa instagram. Nak online shopping laa kononnya. Eceh bajet poket banyak duit je kan. Daya gali punya gali sekali jumpa satu instagram yang memang buat Daya senyum sampai terkoyak rabak. Hahah!

Mana taknya. Kakak tu jual satu handsock RM4 je! Haa rambang mata laa Daya pilih colour kan. Mula-mula tu ragu-ragu jugak kenapa murah sangat. Kain dia tak elok ke ? Then pos laju pott pott depan rumah. Maksudnya barang Daya dah sampai laa haha.

Daya salah. Kain dia totally lembut. Sejuk pulak tu. Warna dia pun cantik sangat. Kakak tu jual handsock jejari dengan handsock curly. Bezanya handsock jejari tu tutup sampai tapak tangan.

Tangan Daya nampak pelik -,-
Yang merah tu handsock jejari yang kanan tu handsock curly.
Serious Daya tak menyesal beli.

Ni colour lain yang Daya beli
Nak sama warna dengan blog kononnya muahaha

Banyak lagi colour lain korang boleh pilih. Support kakak ni dekat instagram okey.. Selamat menutup aurat ladies. InsyaAllah syurga untuk kita. Amin :)

9 comments:

eyqa yushaiza said...

wah cantik gila handsock warna biru tu.. yus ada yang warna peach. hehe.. :DD

Daya The Sixth ! said...

@eyqa yushaiza Cantik kan kan kan :D

Hana(sya) said...

Assalamualaikum. whoaaaaaaaa, murahnyaaaaaa! Nanti saya pun nak beli dengan akak ni sebab terlampau murah :D Whoaa excited saya dibuatnya hehehehe :DThanks saya sebab review instagram ni dekat blog. :D

Daya The Sixth ! said...

@Hana(sya)Waalaikumussalam.. hehe gembira dpt tolong bagitau. Kita sama2 laa happy sebab murah haha

SHAHIRAsulaiman said...

Waah cantik sangat :)

Daya The Sixth ! said...

@SHAHIRAsulaiman Cantik kan dear :)

mira aida said...

Assalamualaikum. Saya ada menjual handsock jejari dan pelbagai lagi jenis handsock. Inner neck labuh. Stokin dan lain2. Berminat ? Whatsapp sy: 0139233273

Atau : visit ig : @ainmuslimahonline

mira aida said...

Assalamualaikum. Saya ada menjual handsock jejari dan pelbagai lagi jenis handsock. Inner neck labuh. Stokin dan lain2. Berminat ? Whatsapp sy: 0139233273

Atau : visit ig : @ainmuslimahonline

Nur Mujahidah said...

bleh pilih warna tk ?? kalau bleh pgi fb sya dn pm

https://www.facebook.com/Nisa.5112