27 February 2014

Eeuw Tulis Diari?

Assalamualaikum ! :)


Tulis diari? Eeuww habis buat apa phone canggih-canggih. Kan ada diari dalam tu.. Eh eh Daya tak kisah laa apa orang nak cakap tapi psttt Daya tulis diari. Kolot? Kisah pulak hahah

Dulu Daya rasa kalau nak tulis diari ni waktu kita kecik macam tingkatan 1 ke macam tu. Tapi sekarang Daya rasa seseorang tu patut tulis diari bila dia faham betul-betul maksud kehidupan. Tapi lantak korang laa kalau korang nak tulis awal pun haha!

Daya start tulis tahun ni. Ermm mungkin sebab Daya rasa Daya dah matang ? Puihhh hahah tapi tulaa faktanya ok you alls.. Daya rasa tahun ni baru laa hidup Daya terasa hidup. Sebelum ni hidup Daya macam permulaan. Kalau ayat tv, macam iklan laa. Haa ambik kau 'iklan' hidup Daya ambik masa 17 tahun tu.

Daya rasa macam tu mungkin sebab tahun ni Daya kenal erti susah payah ibu. Yelaa dah 18 tahun. Kerja laa apa lagi.. Bila dapat gaji tu perghh semua nafsu shopping nafsu makan hilang terbang ke Afrika. Mungkin jugak sebab tahun ni Daya lebih mendalam nak kenal Allah. Mungkin jugak sebab tahun ni tahun pertama Daya hidup tanpa istilah pakwe pakwut ni. Konon bila tulis diari tu macam perjalanan Daya bertemu cinta sejati laa hahah berangan jadi heroin movie .Apa salahnya kan ? hahah

Tapi niat yang paling utama Daya rasa sebab Daya tulis diari ni sebab bila Daya dah berjaya nanti Daya nak tengok macam mana saat-saat Daya mula.

Korang nak tau tak satu cita-cita Daya yang sangat tinggi dan tak tercapai dek akal? Daya nak cipta movie sendiri. Daya nak movie Daya tu sampai orang Afrika pun tau.Takpe Daya bagi korang gelak hahaha. Lepas gelak tu doakan cita-cita Daya ni tercapai okey? Hehehe

-Aku dapat gaji pertama harini. Rasa nak nangis dia perghh tahan je.Penat weyy kerja.Sebab tu kott aku biul tulis diari semua hahaha-


6 comments:

Semantic Sepia said...

akk ade online diari je. dlm satu blog yg diprivatekan. hihi.dulu mase tecik2 (remaja) wujud la diari tu. rajin je tulis, tp skrg tulis kat blog ja. senang takdela buku hilang ke, org baca ke. ^^

zakira afina said...

hihi, dulu pernah tulis diari :3 tpi bile duk bace balik yg past story rase malu hahaha. skrg dh tkde diari. dh buang ):

Daya The Sixth ! said...

@Semantic Sepia Mula-mula fikir macam tu jugak kak tapi terfikir kalau takde internet tak boleh bukak hahah terus tak jadi T.T

Daya The Sixth ! said...

@zakira afina Tulaa kan?hahaha sama laa yg dulu punya dah buang sekarang buat yg baru :)

N-fiq :D said...

Hye!
Jemput join Giveaway saya ini :)
http://superpapaya.blogspot.com/2014/02/the-superpapaya-giveaway.html

Wana Seoby said...

saya tulis diary dari kecik lagi.. sampai sekarang. hahaha XD tapi bila baca yang lepas lepas memang malu sangat nak bako je