11 April 2014

Penyanyi Rap Islam : Mo Sabri

Assalamualaikum :)

MO SABRI

Pada satu hari yang tenang ketika Daya tengah godek-godek video dekat youtube ada satu ads keluar. Daya abaikan "isy semak je" hahaha tulaa yang Daya cakap dalam hati.. Lepas tu ads tu tak faham bahasa hati so dia keluar lagi.

Yang menarik perhatian Daya bila dia tulis Rapper Islam. Daya pun klik laa ads tu. SubhanaAllah suara Mo Sabri ni memang sedap. Lagu dia pulak memang bagi pengajaran walaupun dalam versi rap. Lagu dia yang pertama Daya dengar Heaven Is Where Her Heart Is (Aisha)


Korang boleh klik je video dekat atas ni ataupun pandai-pandailah korang cari dekat youtube sendiri hehe. Aduhh Daya memang tak pandai nak promote-promote orang ni. Orang dia memang berbakat tapi entry Daya buat dia macam tak berbakat kan ? Huh :face25: Seriously guys korang kena dengar lagu-lagu dia. You won't regret. Cehh bajet orang putih !

Lagu lain yang Daya dengar adalah The Laylat Al-Qadr Song. Satu lagu yang best pasal bulan Ramadhan and Daya memang rasa tenang bila dengar lagu tu.

Bila Daya dah minat tiba-tiba Daya terjumpa sesuatu pasal dia yang Daya tak suka.. Satu lagu bertajuk I Believe In Jesus. Mulalah nak mengamuk kan. Lepas tu Daya terus taknak dengar dah. Tapi hati ni asyik kata pergi laa cuba bukak video tu. So in the end Daya bukak laa jugak.


:face29: Tiba-tiba Daya terasa sangat. Daya dah jadi orang yang Daya taknak jadi. Orang yang "judge book by its cover". Rupa-rupanya lagu ni pasal nabi kita Nabi Isa A.S.. Apa yang dia maksudkan dengan tajuk lagu ni adalah dia percaya apa yang Nabi Isa ajar bukannya Jesus yang diagungkan oleh orang Kristian. Lirik lagu dia membuatkan kita berfikir dengan cara yang baru so make sure check it out okey?

Ahh korang tak faham kan? Tau dah. Pergilah bukak lagu tu dekat youtube. Dekat bahagian description ada lirik dia. Nanti korang faham laa bila dah baca. Tapi still Daya tetap rasa macam tak kena je tajuk tu dengan lagu dia. Rasa serba salah je nak download. Membazirlah lagu sedap macam tu tapi tajuk salah :face32:

Tu jelaa apa lagi..Hahaha tarikh lahir semua tu Daya tak tau laa pulak kan. Yang Daya tau dia artis hip hop daripada Johnson City,Tennessee..So sorry Daya memang tak pandailah nak buat review-review ni hahaha!

4 comments:

siGadis Purple said...

nanti nak cari la lagu2 dia.. XD

siGadis Purple said...

Ada sebab kenapa dia letak tajuk lagu macam tu sebenarnya..mungkin nak menarik lebih ramai orang Kristian yang dengar, kira boleh berdakwah jugak la...dia nak tekankan kita Umat Islam pun sayangkan dan percaya Nabi Isa a.s jugak :)

Daya The Sixth ! said...

@siGadis Purple Yup bila fikir balik betul jugak ;)

Atiqah H. said...

nanti nak check lah pasal this guy..hihi