30 April 2014

Sebab Aku Suka Marvel Sangat

Assalamualaikum :)

Disaat korang bukak entry ni mesti korang dah nampak header Daya kan? Haa ni namanya obses. Tahap apa pun aku dah tak tahu dah hahah.. Actually aku baru terhegeh-hegeh nak ikut siri Marvel ni.. Baru laa haritu aku tahu kenapa ada macam lampu dekat dada si Iron Man. Hahaha sadis.

Mungkin jugak bila korang bukak entry ni header Daya dah tukar header (sebab malu sangat).. So bawah ni laa header yang Daya tengah khabarkan .. Janganlah gelak haha :11:


Jangan ditanya mana Hulk, mana Hawk Eye, mana Thor dan mana Black Widow.. Aku dah edit semalam header yang ada semua sekali.. Macam sampah hahah. Semak je dan nampak sangat aku kurang matang jadi aku tukar.. Ada Captain America dengan Iron Man je.. Well aku memang suka Iron Man.. Ada jugak cita-cita nak jadi macam dia.. Tapi fizik pun fail jadi aku lupakan cita-cita tu :face36:

Captain America ada dekat situ sebab Daya suka dia yang baik hati.. Uwekkk padahal sebab dia handsome hahah! So sekarang Daya nak tunjuk pulak header yang macam sampah tu.. Yang ni aku bagi izin korang gelak sebab mak aku pun gelak.. Sila silaaaaa


BAHAHA adik Daya kata macam hero girly sebab background aku bunga-bunga kan.. Kesian laa hero-hero ni nampak macam anak dara pulak.. Hilang macho haha.

Lepas tu bukan header je aku tukar.. Dengan post title semua hampeh.. Tak lama lagi nama blog ni pun tukar agaknya.. Bukannya Daya The Sixth lagi.. Jadi Daya The Marvel.. Tak pun Daya America hahahah.. Daya Man? Daya Eye? Daya Widow? HAHAHA hambar weyy lawak aku


Macam ni laa bila aku dah obses.. Ni dah ada niat nak tukar cover phone Iron Man :face6:

Belum cerita pasal Marvel Agent of S.H.I.E.L.D lagi.. Korang tahu tak cerita ni? Haa kalau tak tahu ni Daya nak bagi spoiler. Agent Coulson hidup lagi! Haa terkejut tak terkejut tak? Alaa yang mati kena tikam dengan Loki dalam cerita  Avengers tu. Cerita Marvel memang macam ni.. Suka main-mainkan jiwa sensitif aku. Dah mati tiba-tiba dia hidup pulak.. Macam Nick Fury mati dalam cerita Captain America tu.. Aku dah nangis sebakul tiba-tiba hidup balik.. Tu nak kena maki tu hahah

Aku tengok cerita Agent of S.H.I.E.L.D pun haruslah sebab ada lelaki handsome kan haha.. Ni laa perempuan kalau nak tahu.. Letak je lelaki handsome lekatlah dia.

Mau aku tak lekat dengan muka macam ni?


Jom laa tengok sama-sama.. Tak adalah aku obses sorang-sorang haha.. Kalau dekat tv Daya tak tahu laa tv apa.. Daya download je semua hihihi.. Dah laa cerita pasal marvel ni. Kang muntah pulak ye kiki

Ohh ohh lupa.. Amazing Spiderman 2 dah keluar kan? Haa tu lagi satu yang Daya lekat. Haha sabtu ni ke wayang laa kita ngeh ngeh ngeh :face26:

10 comments:

Puteri said...

hahaha time mula mula bukak blog daya ni, terkejut jugak sebab tetiba je ada iron man dengan captain america. ingatkan masalah teknikal ke apa. hahahaha

zakira afina said...

wahhh biar betul? haha cayaalahhhhh :D :D

Niena Reen said...

Amboi amboi.. Minat sangat lah ni ya! Hehe.. :D

Iola said...

waaa..my favourite too hehe..

Daya The Sixth ! said...

@Puteri Hahah bukan main masalah teknikal ><

Daya The Sixth ! said...

@Niena Reen Ni bukan minat lagi.. Dah obses sangat namanya xD

Daya The Sixth ! said...

@Iola Siapa tak minat marvel kan hihihi

Daya The Sixth ! said...

@zakira afina Macam budak-budak kan ? -,- hahah

Tashira Sha said...

serious? haha. biasalah tu kalau kite dah obses mmng macam ni lah. kahkah. tapi sampai skrang blom tengok lagi agents of shield. >.<

Daya The Sixth ! said...

@Tashira Sha Hahah tak lama lagi tengok ada laa pulak spiderman ke G.I Joe ke dalam blog ni ;p