9 April 2014

Senarai Barang Untuk Ke Universiti

Assalamualaikum ;)

Terasa macam dah besar pulak bila tulis entry pasal ni *lebih tepat terasa tua :face6: Sekarang ni Daya dah getarlah kepala lutut nak tunggu tawaran. Nak tengok cerita korea bersiri dekat tv pun takut.. Kang dapat masuk u boleh nangis kott kalau tak sempat habiskan cerita korea tu hahaha

Kayy serious serious. Daya nak listkan senarai barang yang Daya terfikir nak bawak.. Kalau rasa ada yang tercicir tolong laa adik mu ini ye senior-senior? hehe

Pakaian atau bahasa omputihnya clothing --> Baju kurung,jubah,sweater,skirt maybe,baju tidur, baju hangout eh? :face4: segala jenis seluar, baju bola MU,Arsenal,Chelsea dan pasukan yang lain.. Kira aku tak racist laa. Aku sokong semua hahah

Tudung --> Semua jenis tudung. Shawl, wide shawl, tudung bawal, tudung kangaroo, tudung mangkuk, tudung ular lilit penuh atas kepala. Tudung sarung erm tak kott muka aku ni tak boleh matching dengan tudung-tudung macam tu. Serious macam nenek.

Untuk tutup aurat --> Inner baju, handsocks,stoking, kain dalam, kain batik? Erm tutup aurat sangat kain batik tu dah laa aku tak reti pakai buatnya terlucut hahah :face36:

Kasut --> Kasut sukan, selipar jepun, selipar malaysia, high heels (konon-konon nak buat catwalk), selipar jamban *serious penting

Barang bilik air --> Bakul, Shampoo,ubat gigi, berus gigi, gayung (kalau dapat U dekat dengan laut ke hahah), pencuci muka, sabun, pencuci Daia, berus, sabun basuh pinggan?

Ibadah --> Telekung of course,sejadah, Al-Quran

Barang tidur --> Cadar, bantal peluk, bantal kepit, selimut dan kesayangan :face9:

Harus ok..

Barang belajar laa sangat --> Pen,pensel, pemadam pembaris dan seangkatan dengannya, stapler,gunting, gam,satu lori A4 paper dan test pad, apa lagi apa lagi?

Make-up --> Aku natural beauty *perasan tak ada tahap

Barang elektrik --> Iron, water heater, erm aku akan rindu periuk nasi, peti ais, tv.

Lain-lain --> Plaster, Handphone (gila kau kalau tak bawak), charger, earphone,pengetip kuku,cungkil telinga muahaha,tisu, laptop, power bank, maggie , botol air gambar GDragon, tupperware gambar 2pm :face22: , hanger, payung, sudu garfu, kopi, nescafe (sangat diperlukan untuk belajar *laa sangat) ,torchlight

Total semua barang = RM 2000 kata ibu. 200 orang diperlukan. RM10 seorang. Silalah bayar ye.. Tolonglah adikmu ni.. Nak no akaun bank sila cakap.

Ada yang Daya lupa tu tolong-tolong laa ingatkan ye? huhu.. Selamat maju jaya laa ye untuk ke universiti *pesanan untuk diri sendiri pesanan untuk korang tak ada! hahaha :face15:


7 comments:

Lollipop Manis said...

semangatnye yayayayaya. hehehe
jgn lupe kasot bertutup. kdg2 tu penting jugak. ;)

Daya The Sixth ! said...

@Lollipop Manis InsyaaAllah Daya akan bawa semua jenis kasut heheh

Atiqah H. said...

dah dapat tawaran pergi mana-mana ke?

Daya The Sixth ! said...

@Atiqah H. belum pun lagi hahaha

Atiqah H. said...

@Daya The Sixth ! samalah..tunggu UPU ke? Saya pun tengah tunggu ni hah..hahaha

Daya The Sixth ! said...
This comment has been removed by the author.
Daya The Sixth ! said...

@Atiqah H. Hahaha samalah.. nanti kalau dapat bagitau laa kita ye.. mana tau sama ke hehehe