4 April 2014

Shawl RM10 !

Assalamualaikum ! :)

Okey sekarang blog aku ni dah jadi macam blog jualan laa pulak eh cisss hahaha! Daya buat entry ni sebab ramai bagi feedback yang baik dekat entry >> Handsock RM4 .. Walaupun memang bukan kedai Daya tapi apa salahnya kongsi-kongsi kan heheh.

Sebelum apa-apa pun Daya nak mintak maaflah sebab dah lama tak update.. Busy kott fikir masa depan puihh haha! Fikir bidang apa nak ambik laa fikir duit fikir kahwin EHHHHH? Baik hentikan sebelum lebih mengarut kelaut.

Muka aku nampak sangat ke kena paksa jadi flowergirl ermmm

Shawl yang Daya pakai dalam gambar atas tu laa salah satu shawl RM10 yang Daya beli.. Sabar kejap lagi Daya bagi insta dia.. Bagi Daya puji dia dulu heheh.. Lebih kepada puji shawl sebenarnya.. Shawl tu supah dupah dope besar dia.. Waktu mula-mula shawl ni sampai rumah mula laa gelabah sebab besar gila tapi tu laa kelebihannya kan? Dapat tutup aurat dengan baik. Hehehe

Haaa nah ambik instagram dia



Sis ni memang jual semua shawl RM10 okey. Sangat murah dan Daya terpaksa menahan nafsu sebab tak ada duit cehhh. Real life budak lepas SPM huhuhu.. So selamat maju jaya laa kepada anda-anda yang berduit untuk shopping dengan akak Elanor ni okey..

Happy shopping ladies and gentleman maybe? :p

6 comments:

Mazni Munawar said...

comellah kak yaya pakai shawl tu. murahnya harga RM10 je, tapi cantik :D

Daya The Sixth ! said...

@Mazni Munawar Cantik kan? Hahaha pergi shopping :D

Nurulee said...

bestnya rm10 jeeeeee. but i dont have insta acc. malasnya nak create. hahaaha.

Daya The Sixth ! said...

@Nurulee Hehe create lah banyak insta shop best best hahaa

Puteri said...

alolo cantiknya flower girl tu. hoho

Daya The Sixth ! said...

@Puteri Budak kecik jadi flower girl memang cantik. Daya dah 18 kottt hahah