21 May 2014

Eh Hati-Hati Dia Tipu Tu! (Video)

Assalamualaikum ! :)

Apa macam? Ada ala-ala tajuk drama tak tajuk entry Daya kali ni hahaha.. Ok kali ni malas nak main-main. Daya dengan serious nak bagitau apa tujuan entry kali ni..

Daya perasan kebanyakan blogger yang ada blogwalking dekat blog Daya ni sebaya dengan Daya. So Daya sure mesti semua pun pernah kena macam ada surat tawaran pergi sana pergi sini kan? Tapi kebanyakan universiti pun dah pandai, surat tawaran semua online so purata nak kena tipu tu rendah laa hihihi.

TAPI kali ni Daya bukan nak cakap pasal tu.. Daya nak cakap pasal penipuan guna phone.. Orang macam ni dalam bahasa orang putihnya dipanggil con artist (tau pun sebab Gag Concert muahaha. Gag Concert tu apa? Google kan ada)

Lepasan SPM macam Daya sekarang ni sibuk laa tengah buat kad bank senang mak ayah nak transfer duit tu semua kan.. So Daya bersyukur ada family yang banyak gila bagi nasihat.. Mula-mula rasa macam membebel HAHA -,- tapi aku siap jumpa bukti so terima kasih family !


Ni contoh kad Bank Islam yang baru.. Daya punya pun macam ni hihi (BANGGA).. tapi yang atas ni dah sah-sah laa bukan Daya punya.. Jumpa dekat Google Image ngeh ngeh..

Mangsa selalunya umur macam Daya laa.. Ok penipuan dia bermula macam ni..

Si CA (con artist) akan sebut 8 nombor pertama kad korang.. Ok contoh macam dalam gambar dekat atas tu 4199 5700.. Lepas tu dia akan mintak kita sambung nombor seterusnya.. Selalunya budak-budak macam Daya ni terpedaya sebab si CA tau 8 nombor pertama.. Nanti si CA ni cakap laa dia mintak kita sambung untuk confirmation laa konon.. Puihhh

Katakan kita tertipu.. Then dekat belakang kad bank tu ada satu space untuk kita tandatangan.. Sebelah space tu ada lagi 3 nombor.. si CA akan mintak no tu pulak.. Kalau kita bagi, alamatnya sedap laa si CA tu pergi shopping dekat Pavi.

Disebabkan kita ni unmatured lagi so memang mudah sangat tertipu.. Haa bawah ni video seperti yang dijanji-janjikan dalam tajuk entry hehe.. But actually bukan video pun.. Tak ada gambar orang gerak-gerak.. Suara je.. Dengarkan lahhhhhhhhh

VIDEO 
(better called it Audio maybe)


Part1
Part2
Part3
Part4
Part5
Part6
Part7
Part8
Part9
Part10
Part11
Part12
Part13
Part14

The girl called him bodoh. Eh dia yang menipu dia pulak marah haha

P/S:: Terima kasih kepada pemilik insta KamiBenciKakiTipuOnline .(amik video dekat insta sebab tu banyak part huhu)

6 comments:

eyqa yushaiza said...

lawak betul perempuan tu. berasap je dengar yang last sekali. 'eh bodoh dengar dulu'.. ehh. tetiba dia ja..

nasib baik lelaki tu pandai. lain kali memang kena berjaga-jaga dengan agen2 macam ni.

thanks daya for the sharing :DD

p/s: tengok jugak gag concert XD

Daya The Sixth ! said...

@eyqa yushaiza Tulaa dia pulak yg naik angin.

Tak salah berkongsi hihihi..

Hahaha sepp sikit satu geng laa ni :D

anajingga said...

good info dear... sekarang ni semua nak cepat kaya...kena waspada selalu..

Daya The Sixth ! said...

@anajingga Yup tak boleh percaya sangat :)

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

Daya, i'm 18 ! hehee
and i do watch gag concert XD
daya dpt uitm kan? so mmg kena bukak akaun bank islam XD

Daya The Sixth ! said...

@Nur Haziqah Mohd Rosli Hahaa yeayy another gag concert fan :D ohh so semua budak uitm guna bank islam ye? baru tau haha