23 May 2014

Penyakit Albino Tak Berjangkit!

Assalamualaikum,


Daya disini berdiri untuk seorang kawan yang Daya sayang sangat-sangat. Seseorang yang paling baik pernah Daya kenal tapi dilayan dengan cara berbeza disebabkan rupa dia. Bila dia berbeza tak semestinya korang perlu layan dia berbeza.

This girl ada satu penyakit yang dipanggil albino. Rupa orang albino ni macam kawan Daya ni laa.. Putih pucat, mata biru dan rambut perang. Ada sesetengah orang tu hanya mata saja. Penyakit ni diturunkan oleh gen dari ibu bapa. DAN ITU TAK BERMAKNA IA BERJANGKIT!

Mereka ni tak ada berbeza pun dengan kita. Cuma rupa je.. Dorang membesar dengan normal. Tak ada cacat pun. Tahap IQ pun sama je. But Daya merayu kalau kenal mereka yang berpenyakit albino, please tolong mereka. Mereka ada kesukaran untuk belajar sebab dorang ni rabun jauh or rabun dekat. Mereka perlukan seseorang untuk bacakan untuk mereka. Mereka tak nampak dengan jelas.

Daya sangat pantang kalau ada orang yang tengok orang albino dengan pandangan jijik.. If pandangan pelik Daya tak kisah sebab ramai yang tak tahu penyakit ni. Tapi please jangan pandang macam dia ni berdosa or something. As far as I know, dia ni laa yang paling banyak membantu Daya dalam tempoh Daya berhijrah.

Jangan pernah sesekali fikir kalau korang dekat dengan orang albino korang akan berjangkit. Means nanti anak korang tu jadi macam ni laa apa laa..Badan kita ada satu sistem yang badan orang albino tak boleh buat. Tu je. Tak ada bezanya mereka dengan kita, so JANGAN SEKALI PUN layan mereka berbeza.

Daya memang pantang dan Daya harap sangat lepas baca entry ni korang akan sedar. Mereka tak minta jadi macam ni. Mereka ni ada perasaan jugak. Apa perasan korang kalau ada orang pandang macam kita ni jijik? Tulaa apa mereka rasa. Even kalau korang pelik, jangan laa tunjuk. Not only for albino people.. Apa-apa penyakit pun laa. Kita semua tetap hamba Allah.. Iman kita je yang berbeza. 

Sebelum Daya lupa, kawan Daya ni Islam.

13 comments:

Lollipop Manis said...

bagaimanapun kita berbeza di dunia. di sisi Allah nanti kite tetap sama. :)

Daya The Sixth ! said...

@Lollipop Manis Kan bagus kalau ramai orang macam kamu :')

Aisyah Az said...

semua orang sama je. kita sebenarnya xlayak nk layan manusia dgn layanan berbeza sebab smua manusia sama disisi Allah.

Daya The Sixth ! said...

@Aisyah Az can't agreed more :')

Izzaty Zaty said...

kat sekolah kita pun ada sorang budak form 3 ada albino. masa dia sekolah rendah dulu, dia tak pakai tudung, tengok rambut dia cantik je. hihihi :D

Daya The Sixth ! said...

@Izzaty Zaty Yup cantik je dorang ni kan :)

cik lisa said...

semua sama saja di sisi Allah.. :) adik kawan lisa pun dia albino jugak. parent india tapi anak putih. ketentuan Allah, sape yang tahu kan. hehe

Daya The Sixth ! said...

@cik lisa Yup semua rahsia Allah.. tak semestinya mereka ni lagi rendah lagi kita.. sama je ^^

anajingga said...

Alhamdulillah Daya antara mereka yang terpilih memiliki hati yang luhur...

Anis Farhana said...

xpernah lagi jumpa orang albino ni. kalau jumpa inshaAllah saya layan elok2 ehehe.

Daya The Sixth ! said...

@Anis Farhana Layan elok2 okey :)

Ibnu Ramli said...

Subhanallah, jadilah sahabat yang baik dengan mendampingi orang-orang yang memerlukan bantuan ^^

Daya The Sixth ! said...

@Ibnu Ramli InsyaAllah :)