3 May 2014

Review : The Amazing Spider-Man 2

Assalamualaikum :)


Macam biasa, Daya memang tak pandai nak review something. Lagi-lagi kalau cerita. Tu typing belum dengar Daya cerita depan-depan lagi.. Haa habis lari dari cerita asal hihihi

Tapi peduli apa den ..

Ini kami sebelum pergi wayang.. Lepas balik wayang muka macam roti canai.


Okey cerita dia mula macam ni,


Spider-Man atau Peter ni asyik terbayang je muka ayah Gwen (heroin) sebab ayah Gwen tu mati sebab dia. So gaduh-gaduh dengan Gwen, dorang ni pun break up. Dalam masa yang sama kawan Peter, Harry, ayah dia pun mati so Peter pergilah jenguk Harry ni.

Ayah Harry dengan ayah Peter bestfriend. So macam keturunan, Peter dengan Harry ni pun jadi bestfriend hihihi.. Nak dijadikan cerita, ayah Peter lari dengan research yang dia buat sampai kena tinggalkan Peter. Tapi dia mati dalam perjalanan nak lari tu dengan isteri dia. Research tu ayah Harry curi tapi dikhabarkan dekat semua orang, ayah Peter yang nak jual reasearch tu untuk jadi kaya sorang-sorang.

Peter sedih bila dapat tahu. Dah laa break up lepas tu tau ayah pulak jahat. Tapi Daya kagum sebab Peter dalam marah-marah tu dia still nak cari bukti pasal ayah dia. Orang jahat dalam cerita ni adalah seorang peminat Spider-Man yang obses tapi dia ni selalu kena palau.. Haa ayat aku, palau kayy.


Nak senang, dia ni jadi orang jahat sebab nak perhatian jelaa sebenarnya. Orang jahat kedua adalah Harry sendiri tapi tak banyak sangat pasal dia sebab akan sambung dalam The Amazing Spider-Man 3 hehehe.

Peter dengan Gwen pulak lepas tu Daya tak berapa faham sebab Gwen yang mintak putus tapi Gwen jugak yang ajak jumpa balik.. Hahaha ni laa kenyataannya. Perempuan ni walaupun dah break dia yang mulakan conversation dulu. Tapi kalau dia dah move on, haa cakap dengan kau pun tak mahu! Haha

Bagi Daya, Daya suka lagi The Amazing Spider-Man sebab hero dia banyak cakap lepas tu pandai buat lawak walaupun aku tau tu semua skrip tapi aku suka. Daripada Spider-Man dulu tu.. Poyo lagi. Tak pandai cakap pulak tu.. (Haha tak payah laa percaya ,aku suka yang baru ni pun sebab hero dia handsome sikit HAHAHA -,-)

Ending? Korang kenalah tengok sendiri.. Kang kata spoiler pulak. Daya review je.. Cerita dia memang gempak. Berbaloi RM16 aku tu (nak jugak mention berapa aku habis).. Tu belum lagi Daya belanja mak dengan adik.. Adehhh rabak dompet.

Yang belum tengok tu disarankan sangat pergi laa tengok ye ye? Gempak memang gempak. Tak boring. Tapi tulaa nak kena tunggu yang ketiga pulak.. Isyyy habis duit!


1 comment:

Syera Rahim said...

wah bestnya! hihi
tak berkesempatan nak tengok..insyaAllah nnti bila ada kelapangan

jemput singgah blog saya :
http://syerarahim.blogspot.com/
semoga bermanfaat