13 May 2014

Tahniah! Anda Berjaya Ke.....

Assalamualaikum!

'sekali lagi tak ada kaitan langsung dengan entry :face4:'

Tak sampai setahun Daya aktif berblogging balik, Daya dah kena tinggalkan balik blog ni.. Dulu sebab SPM, sekarang sebab nak masuk U pulak.. Entah berapa lama pulak laa Daya tak update kan? huhu

Syukur Alhamdulillah, Daya dapat tawaran yang baik walaupun bukan ke situ kehendak Daya.. Perancangan Allah lagi baik kan ? hee ... DANNN Daya dapat tempat yang jauh dari family huhuhu (tak ada laa jauh sangat tapi jauh laa jugak) .. Lepas Daya pecah tengkorak otak memikirkan tentang masalah dalam entry INI , akhirnya Allah bagi tempat yang baik.. Alhamdulillah :17:


Alhamdullilah dapat course pun yang first-first pilih.. Tapi tulaa ke Pahang laa kita.. Haha teruja sebenarnya sebab Daya ni tak ada kampung.. Nenek dengan datuk den moden.. Bila dapat dekat Jengka ni teruja laa sikit sebab suasana dekat sana macam kampung.. Tak ada astro tak ada internet.. Fuhh kehidupan yang Daya nak sangat haha!

Yelaa kalau ada astro ada internet semua tu rasa macam tak ada life pun ada.. Setuju tak? Hehehe :face26:
So Daya dapat dekat UITM Raub cuma U tu belum siap so Daya ke UITM Jengka laa dulu.. Tahun depan baru pindah Raub..

Barang pun dah 85% siap beli.. Nak dekat RM2000 kau :face6:.. So Daya bagitau ibu, "Ibu, kalau ida malas belajar suruh ida bayar balik RM2000 tu confirm terus rajin" Hahaha banyak tu haih.. Daya pergi daftar 1 JUN.. Doakan Daya okey :)

Ada sesiapa ke yang sama dengan Daya? Hihi kalau ada bagitau laaa okey!

26 comments:

azifah yazid said...

tahniah ye :D

Daya The Sixth ! said...

@azifah yazid Terima kasih azifah :D

Tashira Sha said...

pergghh banyak rm2000 tu. hihi anyway,all the best and congrats :)

Daya The Sixth ! said...

@Tashira Sha Thanks :D

zakira afina said...

goodluck daya. memang banyak gileeee kan habis duit mak ayahhh haihh --'

kita kena balas balik dengan belajar belajar :D jadi orang yang berjaya.

Nini Hanini said...

belanja first time nak masuk u memang banyak kan? hehe,sama la,kak nini pun daftar 1 jun jugak dekat upsi. Good luck study nanti! all the best tau :)

Daya The Sixth ! said...

@zakira afina Tau takpe.. Daya pulak yang pening tgk duit banyak habis haha

Daya The Sixth ! said...

@Nini Hanini Say goodluck to her okey nini :) Terima kasih hihi

MiaLovetto ^^ said...

Alhamdulillah. Tahniah ! Saya dapat dekat UiTM Puncak Alam =)

Daya The Sixth ! said...

@MiaLovetto ^^ Tahniah to you too :D Goodluck okeyy hihi

Izzati Amira said...

tahniah ye daya. pasni belajar leklok okay. budak CS lah ni.. hee

Daya The Sixth ! said...

@Izzati Amira InsyaAllah akan belajar seelok yang boleh hihi :)

Daya The Sixth ! said...

@Izzati Amira InsyaAllah akan belajar seelok yang boleh hihi :)

Nurnadhira Afiqah said...

Tahniah, dik.Fyi, akak ada kwn study kt sana. Sama course dgn awk plak tu. Hehe :)

Daya The Sixth ! said...

@Nurnadhira Afiqah Seriously :D Nanti daya tanya sorang2 kenal tak Nurnadhira Afiqah heheh

Nurnadhira Afiqah said...

@Daya The Sixth ! Tak perlu la tanya sorang2. Buat penat je. Kawan akak tu seorang je. Hihi

Wana Seoby said...

Tahniah Daya !!!!! kita dapat kat Segamat.

Ibnu Ramli said...

Wahhh, sampai 2k je untuk barang.. mesti beli laptop baru semua ni kan? haha
good luck di sana, bittaufiq

Daya The Sixth ! said...

@Nurnadhira Afiqah Haha dah tak tahu nama kawan akak tu.. Tanya sorang2 laa :p

Daya The Sixth ! said...

@Wana Seoby Tahniah to you too wana :D

Daya The Sixth ! said...

@Ibnu Ramli Mmg ada beli laptop baru tapi rm2000 tu tk termasuk laptop huhuhu

Ninaa Hassan said...

tahniah daya.
time ni kena sabar skit duit mngalir macam air haha

Nurnadhira Afiqah said...

Awk cari je la akak yg namanya Farah Haris. In shaa Allah. Jumpa. Hikhik

Daya The Sixth ! said...

@Ninaa Hassan Terima kasih nina :).. memang laa daya pulak pening tgk semua duit keluar haha :p

anajingga said...

Tahniah Daya sama macam anak aunty , cuma dia ke kuala pilah..memang bayk yg perlu di uruskan sebelum masuk..all the best..

Daya The Sixth ! said...

@anajingga Terima kasih aunty :) Yelaa memang banyak sangat benda yang nak diuruskan..