24 September 2014

Siapa Kata Sains Komputer Tak Okay

Assalamualaikum :)


Haa siapa kata sains komputer tak best angkat tangan!!! Berani angkat laa angkat hahahah.. Post ni Daya nak tujukan kepada adik-adik (adik laa sangat) yang nak sambung belajar.. Sains komputer adalah computer science (CS) in english but you already knew that so I skip the introduction hahah bajet sikit..

Dulu mula-mula pun Daya ragu-ragu jugak.. Alaa biasa laa tu.. Dengan petunjuk dari Allah, alhamdulillah Daya di Jengka sambung pelajaran dalam bidang ni.. Korang tak payah risau laa.. Kalau korang dengar ada orang cakap budak CS susah dapat kerja haa bagi budu dekat dia..

Ada ke macam tu? Tell me, apa je tempat yang tak perlukan coding? Apa je tempat yang tak perlu komputer? Haa jawab jawab.. Tu semua kerja budak budak CS laa.. Kau boleh kerja dekat bank, shopping mall, kalau nak advance kau boleh kerja dekat google lagi.. Haa memang laa agak mustahil tapi kalau Allah izinkan siapa boleh tolak?

Ni untuk menaikkan keyakinan korang sebenarnya.. Bidang ni tak susah kalau korang usaha.. Berlambak kott classmate Daya yang memang mengamuk laa bila dapat result upu..Sekali tengok bidang CS.. Tapi perghh dia lah yang selalu bedal highscore dalam kelas.. Tu baru budak yang benci, belum yang minat betul-betul.. Boleh dekan kau..

Mesti korang macam tertanya-tanya kan apa yang korang akan belajar.. Haa tengok bawah ni tengok..


Terkejut tak tengok ada account? Hahaha sabar sabar.. Semua course pun macam tu.. Budak Business Managment kena belajar bahasa Arab.. Haa memang dalam setiap course tu mesti ada laa selit subjek yang kita taktau pun kenapa kita kena belajar.. Budak Civil Engineering pun akan belajar coding.. So nak lari mana? Memang semua susah tapi tu semua yang buat kita ingat apa yang Maha Besar.. Kita nak belajar ilmu Dia, mintak tolong Dia laa.. Faham?

So conclusionnya, tak ada benda nak takut.. Kalau korang suka, minat amik je.. Yang penting minat,, Jangan dengar cakap orang.. Berdesing jugak laa dengar kalau orang kata budak sains komputer ni lopek.. Daya belajar okey je.. Seronok.. daya dengan komputer mana boleh pisah..

Kalau korang ada baca post sebelum Daya masuk u, haa banyak drama.. Tentangan keluarga laa semua.. Last-last Daya tetap pilih ni.. Daya happy.. Kita yang nak belajar.. Kenapa ikut cakap orang kan?

Apa-apa pun goodluck untuk yang second in take.. Or yang SPM tahun ni? GOODLUCK sisters and brothers.. May Allah bless you all..

Kalau ada apa-apa nak tanya pasal sains komputer jangan segan-segan nak komen.. Segan jugak? haa ni email Daya >> yayah.miss9377@gmail.com .. Boleh email insyaAllah Daya ada kalau internet ada muahahaha..

5 comments:

Mahidah Mahali said...

Sis, saya pelajar part 1 UiTM Segamat, Johor. Saya pun amek course sains komputer. Serious best ! Ramai jugak yg kata course ni tak seronoklah, susah dpt kerja lah, susah dapat pointer tinggi lah. LOL. nak tanya jugak, course lain tu yakin ke senang? Yakin ke krja berlambak? Accountant, engineer dh tak byk kerja. Byk dah full. Tu yg ramai menganggur.Kira nak selamat amek course Sains Komputer or Business Management kot sbb kat luar, skop pekerjaan luas :))

Daya The Sixth ! said...

@Mahidah Mahali Eh dear jangan pggil sis.. Haha daya part 1 jugak dekat uitm jengka.. Salam kenal hihi.. Btul sgt kata awak tu.. ramai org tk fikir dulu sblum cakap.. dorg buat org yg minat komputer ni hilang keyakinan..

Aaieyna Aqieyla said...

hai daya! akq dah part 4 kat UiTM baru Jasin, Melaka dulu belaja kat UiTM Lendu. Course cs nie memang agak susah sikit (akq jujo lah).. maklum lah.. nak berinteraksi dengan komputer.. tp once kita dah tahu pasal coding moding nie.. nothing is imposible bila berkaitan dgn komputer.. lagi2 subject HTML, bagi sesape yg dah ade blog.. kompom bertambah mahir.. in sya Allah.. acc, ekonomi, math, management semua tu kita belajar gak untuk tambah kemahiran nak apply kerja nanti.. bg sesape yg kate CS tak de peluang pekerjaan.. Hello, dunia teknologi.. semuanya berkaitan dengan programming nowadays.. apa2 pun akq doakan semoga Daya berjaya.. nak tanya apa2 pasal coding, tweet me.. in sya Allah akq bantu.. majulah CS!! wooo!! *semangat sikit*

Daya The Sixth ! said...

@Aaieyna Aqieyla Hai kak! Wahh ade jugak belaajr pasal HTML eh? Tak sabar nya hihihi.. Terima kasih kak.. Rasa semangat baca komen akak.. MAJULAH CS hahah :p

Teena Tna said...

Yeah! Kite pun student uitm gak. Gud luck & all the best in your studies :)

Uitm di hatiku. Ahaks!