10 January 2014

The Return Of Superman

Assalamualaikum !


*chop chop chicken chop paddle pop
sebelum korang terlebih fikir pasal superman tu haa baik Daya hentikan hehehe

sebabnya Daya bukan nak cerita pasal dia.. Ni nak cerita pasal cerita korea
Muahahah!


The return of superman tulaa tajuk ceritanya.. Dan sebabkan dia cerita korea banyak lagi laa tajuk-tajuk yang lain macam Superman is back or Superman return .. Cerita ni macam running man jugak cuma dorang ni kena jaga anak masing-masing tanpa isteri dorang haha.. Tu kira mission laa.. So superman tu bukan bapak-bapak tapi mak-mak hehe

Kibut dorang nak menjaga.. Kelakar dan anak dorang cute sangatttt ! *.*

image

Lee Hwi Jae ni anak kembar haa amek kau haha
dengan tak boleh tidurnya.
Isteri dia suruh buat lain, lain dia buat..
Sakit terus anak tu ><

image

Jang Hyun Sung.. Anak dia dah besar so
senang sikit nak jaga tapi still so cute (:

       


Ni favourite Daya.. Cho Sung Hoon dengan anak dia Sarang
(:
Kalau korang ingat dia ni pernah datang Running Man.
Dia kahwin dengan orang jepun so anak
dia boleh cakap tiga bahasa Jepun, Korea dengan
English.. Adorable seriously!

Rapper Tablo Explains Why His Daughter Haru Has Short Hair
Haru Long Hair

Ni Tablo dengan anak dia Haru..
Ramai yang salah anggap Haru ni lelaki mula2
Daya pon terpedaya haha sebab rambut anak dia pendek


Cerita ni dekat tv KBS 392 setiap hari ahad pukul 4 petang.. Tapi rasanya dah nak dekat habis so korang pandai-pandai laa tengok online eh hehehe..

 Short video daripada show ni (:

:: Budak habis SPM memang macam ni laa tak korea movie semua Daya balun.. Tu belum campur hindustan. Melambung bil oiii!

7 January 2014

Aku Jatuh Cinta Dengan Laksamana Sunan!

Assalamualaikum (:


Laksamana Sunan. Seorang lelaki yang sangat menjaga solat. Tak pernah lari fikiran dia daripada mengingati Allah. Sungguh Daya jatuh cinta sangat watak yang Ramlee Awang Murshid reka ni !

Mana weyy nak jumpa orang macam ni lagi zaman sekarang. 1 dalam sejuta. Mungkin Daya terlalu taksub tapi bila baca novel Ramlee Awang Murshid (RAM) memang Daya bayang muka Laksamana Sunan ni macam mana.

Siapa yang ikut novel-novel ni mesti faham laa perasaan Daya.


Daya memang hormat gila dekat RAM. Jujur Daya cakap kalau korang baca novel-novel dia memang rasa insaf sangat. Rasa waktu tu jugak nak tambahkan amalan sunat. Buat kita ingat selalu dekat Allah , ingat mati.

Macam watak Laksamana Sunan, Daya rasa macam nak suruh RAM ni jangan stop tulis novel pasal dia.. hehehe*sesuka hati je. Rasa rindu. Sikap watak ni buat Daya rindu dekat Rasulullah S.A.W.. Sungguh tak tipu. Kalau baca novel pon dah rasa jatuh cinta apa lagi kalau jumpa dengan Rasulullah kan ? Mesti hebat gila feeling waktu tu.

Baru bulan lepas means tahun lepas laa Daya habiskan buku terakhir RAM iaitu Magis.. RAM pergi gabungkan semua watak-watak dalam novel dia.. Haa memang gila laa Daya kan.. Rasa teruja sangat.. I love the ending bila Mikail dengan Ryu-Watanabe jumpa balik! Uwahhh rasa macam real *ok korang yang tak baca tu tak faham ok ok i'll stop now -,-

Daya actually nak promote korang pergi laa baca novel-novel RAM ni.. Sure tak rugi Daya cakap. Satu yang Daya minat cara penulisan RAM ni dia suka cerita pasal orang ni sikit lepas tu cerita pasal orang lain then patah balik dekat orang tadi hahaha.. Buat pembaca tegar macam Daya ni tak bosan baca 10 kali pon. Sebab mesti tak ingat.. hehehe


Lastly *eceh, Daya nak berterima kasih sangat RAM sebab dialah
Daya tau benda yang Daya taktau.. dan buat cinta Daya dekat Allah S.W.T dan
Rasulullah S.A.W bertambah kuat.. Walaupun memang laa Allah yang bagi hidayah dekat Daya
tapi RAM sangat membantu. Terima kasih (:

And psttt Daya terbaca haritu katanya nanti keluar novel
pasal Laksamana Sunan lagi hehehe .. Semoga bertemu lagi Laksamana Sunan. Kau buat
aku tak tidur malam sebab nak baca kau haha kchoww !