21 January 2014

Cara Block SMS Yang Tak Dikenali

Assalamualaikum sahabat (:


..Teruk benar muka bahahah..

Cara ni hanya lah untuk pengguna maxis sahaja sebab Daya pengguna Maxis so yang lain Daya tak tau hehehe
Daya nak ajar sebab lately ada mesej yang tak dikenali asyik mengacau.. Menyampah kawe haha so Daya selidik punya selidik Daya jumpa laa cara ni.. Dushh dushh sharinggg << dah pehal
Dan sangat bagus untuk bagi mereka yang nak block mesej dari orang yang sangat annoying dan tak faham bahasa.

  Nama benda ni adalah Message Plus so korang perlu subscribe dulu. Apa yang korang perlu buat adalah bukak tempat korang type mesej lepas tu type Menu dan hantar ke 21000 . Korang akan dapat reply. Jawab text tu dengan 1. Sekarang korang dah subscribe ! Tahniah laa

 Kali ni korang type mesej baru lepas tu type BLMENU dan hantar ke 21000 sama macam tadi . Reply akan diterima, korang balas dengan 1 jugak. Lepas tu masukkan laa nombor yang korang tak berkenan ke yang korang menyampah or yang tak dikenali.

Siap ! Korang boleh block sampai 100 nombor dan orang yang di-block tu takkan tahu.. Haa suspen gitu.
Setiap mesej yang korang hantar dan terima tak dikenakan charge so sangat berbaloi. Tapi dalam beberapa hari macam tu akan kena charge setiap bulan sebanyak 50 sen.

Hope post ni membantu awak awak awak dan juga awak di kampung tak lupa juga awak di bandar ataupun di bulan or di bintang dengan pesanan 'buat apa dekat bintang tu? petik untuk awek ke muahaha'.. Sekian..