5 February 2014

Sofea Scarf By Daya

Assalamualaikum ! (:

Hai sahabat-sahabat blogger. Haa korang ingat lagi tak Daya cakap yang Daya sekarang tengah kerja jual-menjual inner magic. Kepada yang tak tahu tu sekarang dah tahu kan? Hehehe

Sebelum ni Daya macam tolong sikit-sikit je tapi pada hari ni pada saat ini Daya telah menjadi pekerja yang betul-betul punya tak main-main gua cakap sama lu.. Yeayyy for me hahah :shylaugh: Daya sangat seronok sebab kerja dekat rumah je.. Pakai baju tidur pun boleh.. << Pekerja tak boleh nak harap sangat laa

So Daya nak promote dekat kaum Hawa yang tengah baca entry ni sekarang. Kepada kaum Adam jangan rasa terpinggir beb! Jangan keluar dari entry ni.. Belikan laa untuk mak ke adik ke akak ke sepupu sepapat ke. Haa kan baik hati tu haha..

Jangan risau dompet tak rabak punya. Tak mahal pun. Daya jual 1 pieces RM 6 tak termasuk postage ye.. 

Daya tau mesti ramai yang risau. Mesti ada hati yang terdetik "Muka aku ni tak sesuai, muka aku ni besar sikit" No worry sisters. Actually belakang inner magic tu ada getah dan sis sekalian boleh gunting je getah tu supaya besar dan boleh bentuk jadi lagi tajam. Tak ada laa melekat dekat dahi.. Sesuai untuk yang pakai spek jugak (:

KLIK GAMBAR UNTUK BAGI BESAR PUNYA
Kasi Like Sikit Dekat Page Jualan Daya ni :inlove:
                                               

Atas ni senarai warna yang ada. Korang boleh pilih.. Kalau korang nak tanya apa-apa silalah ke page >> SOFEA SCARF .. Tapi kalau korang dah pasti nak beli tak ada ragu-ragu lagi hehehe boleh laa submit order ke 012-6529717 (sms ye) :n: *ni no bos jangan panggil Daya pulak tau hehe

P/s  Daya ada closed group facebook korang boleh request dekat >> SINI .. Tujuannya kalau ada sale inner magic ni ahli group je tau.. Rahsia kita-kita je hahah. Terhad untuk 5000 orang je so cepat request !

Cara submit order blogger-emoticon.blogspot.com

Nama: Hidayah Ya Ya
Alamat : No 26, Jalan Melor 31, Taman Melor Ampang 68000 Selangor
Warna Pilihan: Peach -1 , Mint Green-3 , Black-4
Daya tunggu order dari korang :67:
Please love Sofea Scarf and please love me hahaha!

3 February 2014

10 Kekasih Dan 2 Crush

Assalamualaikum ! (:


Kisah yang Daya nak cerita ni bagi effect besar dalam hidup Daya .. Serious.. :face61: Muka Daya sangat serious sekarang ni *jangan percaya ngeh ngeh ngeh sebab sebenarnya Daya tengah makan cekodok yum yum

Ni kisah pasal seorang gadis yang baru nak mengenal cinta.. Memang fitrah manusia nak rasa disayangi kan?
Gadis ni takde laa suka dekat sesiapa pun waktu tu tapi dia jealous tengok kawan-kawan couple.. Dia rasa sweet so hati gadis ni terdetik " Siapa je yang mintak couple dengan aku, aku akan terima "

Lelaki   

Lelaki ni gempal. Tapi gadis tadi tu tak peduli, dia still terima bila lelaki pertama ni ajak couple sebab lelaki ni je yang datang dekat dia. Kesian lelaki ni sebab dia sayang sangat dekat gadis tadi. Gadis tadi walaupun dia tak suka dekat lelaki ni dia tetap rasa lelaki ni baik.. Lama-lama gadis ni sayang tapi dia tertarik pulak dengan kawan lelaki tadi.. Apa-apa pun lelaki pertama ni tetap cinta pertama si gadis. Daya nicknamekan lelaki 1 as Lelaki Gempal.
Lelaki  

Lelaki 2 ni kawan Lelaki Gempal.. Well gadis tadi sangat kejam sampai tak peduli  perasaan lelaki gempal.. Gadis tu hanya fikir perasaan sendiri.. Lelaki 2 dikenali sebagai Lelaki Kurus. Hubungan si gadis dengan Lelaki Kurus bertahan lebih setahun. Si gadis sangat gembira tapi mak si gadis tak.. Si gadis dengan Lelaki Kurus telah dibawa ke bilik disiplin sebab dorang ni bercinta macam nak bagi satu dunia tau.. Air mata mak si gadis mengalir.. Akhirnya si gadis memilih mak berbanding Lelaki Kurus.. Meraka pun putus.
Lelaki  

Tak lama lepas putus tu si gadis tukar selera pulak.. Lelaki Gangster menjadi pilihan lepas dia rasa Lelaki Gempal dengan Lelaki Kurus tu macam baik sangat.. Si gadis suka sangat dekat Lelaki Gangster tapi tak bagi Lelaki Gangster. Cinta bagi si lelaki tadi hanyalah mainan sedangkan Lelaki Gangster ni laa lelaki pertama yang buat jantung si gadis macam nak keluar dari tempat dia **:face10: hiperbola gila. Putus jugak akhirnya.
Lelaki  &  

Si gadis ni tiba-tiba rasa hilang keyakinan.. Dia rasa orang yang nak putus dengan dia semua tu rasa dia tak cantik so lelaki 4 dengan lelaki 5 dikenali sebagai Lelaki Facebook. Si gadis rasa kalau bercinta dalam facebook tak payah jumpa kalau pilih yang jauh-jauh. Biasalah kan gambar facebook mesti edit baik punya so si gadis dapat perhatian.. Tapi berapa lama laa sangat cinta jarak jauh ni bertahan. Lelaki 4 rupa-rupanya fake dan Lelaki 5 pulak beza umur jauh beb gua cakap sama lu haha.. Cinta facebook tak jadi jugak.
Lelaki  &  

Selera si gadis bertukar lagi. Kali ni hati dia cakap dia akan couple dengan lelaki yang berani letak relationship dorang dekat facebook.. FOUND ! Lelaki 6 dengan 7 berani buat apa yang si gadis nak.. So si gadis ni rasa 'Woaa sangat romantik' !!! But wait wait.. Lelaki berdua tadi tu perangai sama je.. Dua-dua Lelaki Gila Popular. Dorang ni nak couple dengan si gadis sebab nama si gadis makin naik dekat sekolah dorang.. Nampak kan betapa bangangnya lelaki macam ni.. Sorry tangan Daya yang taip Daya tak cakap apa-apa hahah so konklusinya cinta ni pun tak berjaya.
Lelaki  

Kali ni si gadis cari cinta muda ngeh ngeh ngeh.. So perkenalkan Lelaki Muda. *bunyi drum sikit.. Tapi si gadis tak nampak keserasian hubungan dorang ni.. Grrr lagi-lagi lelaki ni muda lagi.. Bercinta pun main-main je.. Pstt nak tau tak dorang ni actually macam kakak dengan adik angkat so dah kenal lama laa.. Tapi couple sehari je hahahah alahai kesian.
Lelaki  

Ni pulak Lelaki Tak Masuk Akal dipendekkan jadi Lelaki Nonsense ! Lelaki ni memang suka dekat si gadis tapi sebab dia takut kehilangan si gadis dia buat cerita nonsense macam ada secret admire si gadis yang tumbuk dia sampai patah gigi laa apa laa.. Cerita yang buat si gadis kesian laa kiranya tapi serious tak masuk akal.. Sebelum ni lelaki yang bercinta dengan si gadis elok je :face30:.. Tapi Lelaki Nonsense ni memang baik.
Crush  &  

Crush 1 adalah Lelaki Popular dan Crush 2 adalah Lelaki Obses. Dua-dua suka balik dekat si gadis. Kiranya cinta crush yang berbalas. Tapi kesian dah nama pun lelaki popular memang ramai laa peminatnya. Lelaki Popular tak jahat cuma yelaa ramai perempuan yang lagi cantik dari si gadis so senang cerita Playboy ! Haha hamek kau jahat betul jari Daya ni menaip. Lelaki obses lain pulak ceritanya.. Si gadis suka dengan lelaki obses yang sangat ambil berat TAPIIIIIII obses dia kalah macam si gadis tu ratu cantik dunia beb. Huh tak jadi tak jadi
Lelaki  

Akhirnya si gadis putus asa dengan cinta. Dia rasa dia kejar cinta yang salah.. Si gadis macam rasa hilang something tapi taktau apa dia. Si gadis berazam taknak bercinta lagi tapi lelaki 10 ni datang.. Lelaki Peramah. Lelaki peramah suka bercakap dengan ramai perempuan dan semuanya cair termasuk si gadis. Tapi mula-mula si gadis tak mahu sebab Lelaki Peramah ni crush kawan si gadis. Mati-mati si gadis tolak Lelaki Peramah tapi kawan si gadis ni bagi izin laa kononnya so mereka pun bercinta.. Seksa bercinta dengan crush kawan ni.. Lagipun Lelaki Peramah ni tak berubah sikap dia.. Dia yang kejar cinta si gadis tapi bila dah dapat ditinggalkan pulak.. Ni pun tak jadi.. akhirnya berakhirlah cinta si gadis tadi.

Berakhirnya cinta si gadis tadi berakhirlah jugak persekolahan si gadis.. Waktu tu si gadis berumur 17 dan sekarang 18 laa kan.. Nak akhir-akhir tahun tu dengan bimbingan kawan-kawan si gadis sedar apa yang dia hilang.. CINTA ALLAH. Subhanallah si gadis lupa yang kalau Allah yang beri cinta Allah jugak boleh tarik cinta tu.. Memang manusia suka disayangi tapi bukan oleh manusia, oleh Allah. Cinta dan sayang Allah takkan mati. Dalam banyak-banyak lelaki yang si gadis suka tak ada satu pun kerana Allah.. Allah masih sayang si gadis dan membawa dia ke jalan yang benar. Si gadis dah letih mencari. Sekarang dia yakin dengan janji Allah. Jodoh tu akan datang sendiri.

Si gadis rasa sangat bersyukur kerana dapat rasa cinta Allah. Si gadis tak pernah rasa segembira ni seumur hidup dia. Si gadis diberi hidayah. Dan si gadis ni adalah Daya. Ye, Nur Hidayah Bt Saiful Azmi :h: :face64:

Yakinlah sayang. Si Hawa dan Si Adam carilah sesiapa pun
jumpalah lelaki seperfect mana pun
tiada siapa dapat lawan Cinta Allah
sebetul-betul cinta sejati
kekasih dan crush yang tak akan pernah lepaskan, tak kan kecewakan
dan akan sentiasa sayang kita.

-Kisah dari tingkatan 1 - 5 tamat-