22 February 2014

Bahasa Tu Baik Sikit Boleh?

Assalamualaikum......


Daya nak bagitau yang dalam dunia ni semua orang ada perasaan. Tak payah hebat subjek sains pun kita semua tau fact ni kan.

Apa yang Daya cuba nak sampaikan adalah Daya ada tengok banyak situasi dalam hidup Daya di mana orang menyakiti perasaan orang lain macam satu habit. Dan Daya tak suka!

Contoh paling selalu jadi laa kan. Mengejek orang yang gemuk. Berdosa ke jadi gemuk? Hina laa kalau gemuk? Walaupun kata-kata kita tak macam ada niat pun or sebenarnya nak bergurau je tapi agak-agak laa.

" Ni apa gemuk sangat ni aku tengok kau tak ada laa makan banyak pun "
" Isy kau asyik makan je patut laa gemuk"
" Kau ni selalu sakit. Mana tak nya tak reti nak kuruskan badan"

Orang yang kena ejek tu memang senyum. Hati dia kita boleh x-ray tengok dia kisah ke tak. Maybe kalau sekali dua dia pun rasa kelakar tapi lama-lama murung orang tu beb.

Maybe orang yang kita ejek tu memang ada niat nak kuruskan badan tapi tengok laa support keliling macam mana? Mulut masyarakat pun tak boleh harap. Maybe dia makan sikit tapi dia gemuk sebab dia sakit or makan ubat. Tolong laa tahu ada ubat memang buat orang jadi gemuk. Taktau pergi google.

Lepas tu kita tegur orang asyik makan banyak. Mungkin dia stress mungkin dia memang suka makan. Food lover. Dan mungkin dia gemuk bukan sebab dia makan makanan tak sihat. Dia makan sayur. Tolong jugak tahu memang ada orang yang gemuk sebab makan sayur. Daya kenal sorang dan dia tak ada satu penyakit pun.

Kita pun selalu judge yang orang kurus ni sihat dan orang gemuk ni tak. Cuba pergi hospital tengok pesakit kurus ke gemuk lagi banyak ? Ok mungkin laa dia memang gemuk sebab makan junk food. Dah tu tolong laa dia berhenti. Tolong dia ubah life dia.

Contoh lain dan yang paling Daya benci. Membezakan perempuan bertudung dengan free hair.Daya tak sokong orang free hair tapi kalau kita asyik cakap "Kau ni masuk neraka nanti ni" "Tak takut ke masuk neraka" "Neraka kirim salam" ingat dia nak berubah ke ? Sama macam cikgu dengan murid laa. Kalau cikgu asyik cakap murid dia bengap ingat murid dia tu nak usaha jadi pandai ke.

Sama jugak dengan perempuan bertudung.Tak semua baik tapi dorang dah tunaikan satu perintah Allah. "Harap je pakai tudung tapi perangai buruk".Perangai dan pakaian dua perkara berbeza! Dia dah pakai tudung tak semestinya dia dah sempurna. Dia still mencari akhlak yang baik tapi dia mulakan dengan pakai tudung dulu. Dia bertudung sebab fesyen ke or terpaksa still dah tutup aurat. Cuma kita kena tolong betulkan niat dia.

Dan lagi satu! Jangan judge muka orang. Allah cipta dengan baik. Kadang-kadang orang yang kita ejek muka dia tulaa yang baik hati yang penyayang 100x lagi ok dari laki handsome or perempuan cantik.

Jaga laa bahasa sebab dalam dunia ni ramai yang sensitif. Kata-kata kita boleh ubah orang jadi murung jadi jahat jadi pendiam jadi pemarah. Allah ada sebut dalam Al-Quran Dia tak suka kata-kata yang tak baik. So sebelum bergurau tu fikir dulu. Sebab tu lebih baik diam.

Tolong tahu di akhirat nanti bukan orang kurus or orang gemuk jadi ukuran. Bukan cantik or handsome jugak. Kita semua tahu apa dia kan?

19 February 2014

Eh RM4 Je Handsock Tu!

Assalamualaikum ! (:

Daya bersyukur dekat Allah. Allah beri peluang untuk Daya dekat dengan Dia. Daya tengok ramai jugak ladies-ladies yang cuba berubah. Alhamdulillah . Yang pakai baju lengan pendek dah pakai lengan panjang. Yang tak bertudung jumpa-jumpa je aik dah pakai tudung. Daya suka sangat serious ni hehehe

Nak dijadikan cerita haritu Daya godek-godek laa instagram. Nak online shopping laa kononnya. Eceh bajet poket banyak duit je kan. Daya gali punya gali sekali jumpa satu instagram yang memang buat Daya senyum sampai terkoyak rabak. Hahah!

Mana taknya. Kakak tu jual satu handsock RM4 je! Haa rambang mata laa Daya pilih colour kan. Mula-mula tu ragu-ragu jugak kenapa murah sangat. Kain dia tak elok ke ? Then pos laju pott pott depan rumah. Maksudnya barang Daya dah sampai laa haha.

Daya salah. Kain dia totally lembut. Sejuk pulak tu. Warna dia pun cantik sangat. Kakak tu jual handsock jejari dengan handsock curly. Bezanya handsock jejari tu tutup sampai tapak tangan.

Tangan Daya nampak pelik -,-
Yang merah tu handsock jejari yang kanan tu handsock curly.
Serious Daya tak menyesal beli.

Ni colour lain yang Daya beli
Nak sama warna dengan blog kononnya muahaha

Banyak lagi colour lain korang boleh pilih. Support kakak ni dekat instagram okey.. Selamat menutup aurat ladies. InsyaAllah syurga untuk kita. Amin :)

18 February 2014

Alhamdulillah Customer Bertambah Hee

Assalamualaikum ! ^^

Akhirnya Daya ada peluang pun nak tulis entry yehaaaaa. Sebelum ni tak ada laa busy buat apa pun, busy tengok cerita korea. Hahah tengok movie lagi aduhh. Busy cuci mata tengok artis korea. Ye tulaa life budak lepas habis SPM macam Daya ni T.T

Sebenarnya entry ni untuk berterima kasih kepada followers Daya yang tolong like page business Daya hehe. Maybe ada yang beli so terima kasih sangat-sangat.. Terharu laa jugak.

Semalam Daya bungkus segala order. Penat tu tak payah cerita laa. Jalan pun dah macam orang mabuk lepas bungkus semua order tu. Tapi Daya happy dan bersyukur sebab ramai yang order hehehe


Sabah,Johor,Melaka, Korea Selatan, Korea Utara semua ada yang order.. (ada tipu sikit tu) hehehe .. Thank you guys for support. Daya dah recharge tenaga Daya balik so jum order order adik kakak manis. Makcik pun manis juga hahah jum jum

Nak tau Daya jual apa haa ni tengok bawah ni ye. Sekali lagi terima kasih . Alhamdulillah.