27 February 2014

Eeuw Tulis Diari?

Assalamualaikum ! :)


Tulis diari? Eeuww habis buat apa phone canggih-canggih. Kan ada diari dalam tu.. Eh eh Daya tak kisah laa apa orang nak cakap tapi psttt Daya tulis diari. Kolot? Kisah pulak hahah

Dulu Daya rasa kalau nak tulis diari ni waktu kita kecik macam tingkatan 1 ke macam tu. Tapi sekarang Daya rasa seseorang tu patut tulis diari bila dia faham betul-betul maksud kehidupan. Tapi lantak korang laa kalau korang nak tulis awal pun haha!

Daya start tulis tahun ni. Ermm mungkin sebab Daya rasa Daya dah matang ? Puihhh hahah tapi tulaa faktanya ok you alls.. Daya rasa tahun ni baru laa hidup Daya terasa hidup. Sebelum ni hidup Daya macam permulaan. Kalau ayat tv, macam iklan laa. Haa ambik kau 'iklan' hidup Daya ambik masa 17 tahun tu.

Daya rasa macam tu mungkin sebab tahun ni Daya kenal erti susah payah ibu. Yelaa dah 18 tahun. Kerja laa apa lagi.. Bila dapat gaji tu perghh semua nafsu shopping nafsu makan hilang terbang ke Afrika. Mungkin jugak sebab tahun ni Daya lebih mendalam nak kenal Allah. Mungkin jugak sebab tahun ni tahun pertama Daya hidup tanpa istilah pakwe pakwut ni. Konon bila tulis diari tu macam perjalanan Daya bertemu cinta sejati laa hahah berangan jadi heroin movie .Apa salahnya kan ? hahah

Tapi niat yang paling utama Daya rasa sebab Daya tulis diari ni sebab bila Daya dah berjaya nanti Daya nak tengok macam mana saat-saat Daya mula.

Korang nak tau tak satu cita-cita Daya yang sangat tinggi dan tak tercapai dek akal? Daya nak cipta movie sendiri. Daya nak movie Daya tu sampai orang Afrika pun tau.Takpe Daya bagi korang gelak hahaha. Lepas gelak tu doakan cita-cita Daya ni tercapai okey? Hehehe

-Aku dapat gaji pertama harini. Rasa nak nangis dia perghh tahan je.Penat weyy kerja.Sebab tu kott aku biul tulis diari semua hahaha-


24 February 2014

Tips Laptop Menjadi Ringan Seperti Bulu

Assalamualaikum !


*taktau kenapa kena libatkan bulu pun sebenarnya*

Moshi-moshi sahabat hehe ni Daya nak share laa sikit pengetahuan yang Daya tau. Tu pun ada yang baik hati nak megajar. Katanya " Ni basic, sekolah tak ajar ke?" TAK sekolah tak ajar Daya pun :wtf:

Apa-apa pun tips ni untuk cepatkan pergerakan laptop or komputer korang. Tak payah download apa-apa pun.. Senang pantas tangkas dan cepat hoaaa daebak ni haha!

:72: First sekali korang kena laa cleankan history korang. Buttonnya dekat sebelah kanan dekat belah atas tu ye bagi yang tak tau.

:72: Lepas tu korang tekan button start.. Haa natang bawah ni haa. Hahah!


:72: Dah bukak dah ? Now ikut step ni pulak.

ALL PROGRAM   ACCESSORIES  SYSTEM TOOLS  DISK CLEANUP


Dah klik Disk Cleanup akan keluar box macam dekat atas ni.
Klik OK.
Sekarang tunggu laa sampai dia habis bersihkan laptop korang tu hehe blogger-emoticon.blogspot.com
Ni untuk bersihkan spyware dalam laptop korang. Skpyware ni macam virus jugak.
Dia laa punca laptop korang lambat weyyyy :face59:

:72: Habis step yang atas ni. Tiba laa masanya untuk step yang paling lama dan boleh tumbuh uban kalau tunggu. Better buat waktu korang nak tidur laa hehe.

ALL PROGRAM   ACCESSORIES  SYSTEM TOOLS  DISK DEFRAGMENTER



Mula-mula korang Analyze Disk dulu lepas tu baru Defragment Disk.
Step yang ni pulak untuk susun balik file-file korang yang berterabur. Or file yang korang dah delete
tapi still ada dalam laptop.

Bila dah siap tu haaaa cepat laa laptop korang yehaaaaa !*bunyi cowboy.. Dah tu apa lagi blogwalking banyak-banyak muahahaha :a1: