11 March 2014

Mana Pesawat MH370 Ya Allah?

Assalamualaikum :')


Bangun je setiap pagi Daya memang rasa sedih gila bila "MH370 Telah Dijumpai" bukan tajuk utama. Sebak je rasa. Selalunya Daya tak hadap berita ni. Dah bertahun kott.. Ni pukul 7 pagi dah terpacak depan tv. Sungguh Daya tak sabar nak jerit dekat family "Ibu dorang dah jumpa kapal terbang tu!" Ayat yang Daya termimpi-mimpi nak sebut.

Entah laa sedih laa weyy macam ni. Rasa sebak dada ni walaupun tak ada family Daya dalam tu. Apa dorang tengah buat sekarang? Cukup makanan ke untuk semua? Dua orang baby tu macam mana pulak? Hmm

Dan Daya tak faham kenapa ada jugak manusia yang ambik kesempatan. Nak jadi famous laa kononnya.. Buat akaun fake tipu satu Malaysia. Marah sebab asyik berita pasal MH370 je.. Heyy fikir laa perasaan family dorang. Korang ni heartless ke? Daya baca tweet pun sampai menangis korang sempat main-main.. Woaa serious gua tak faham.

Dalam masa 4 hari pesawat ni hilang Daya jumpa dua je ayat yang Daya memang respect. Satu ayat daripada kapten tu. Dua ayat bro Wan Hazel.


Deep. Dan Daya totally terasa sebab Daya antara orang yang
merungut bila terlalu sejuk waktu tu

Rasa lifeless laa. Buat semua pun tak kena. Rasa nak pergi tolong pasukan penyelamat tu. Tapi apa boleh buat. Doa jelaa yang boleh Daya kirim..

Daya harap kerajaan tak tunggu dah seminggu pesawat tu hilang baru nak guna kaedah agama. Jangan menyesal nanti. Apa salahnya cuba, kita semua tau yang Allah tu Maha Hebat. Teknologi kita ke luar negara ke tak tercapai dek ilmu Allah. Aku merayu tolong buat sesuatu not just panggil bomoh. Ustaz ada kan?

Result SPM Daya lagi berapa hari tapi hati ni dah macam tak ada feeling dah. Dah tak peduli. Perasaan gementar tu hilang. Kiamat terasa dekat. Apa guna kalau result bagus menggunung pun kan.


4 hari dah. Aku menanti berita gembira
#MalaysiaBersedih #PrayForMH370