25 April 2014

MSU, UPU atau UNIKL? Tolong!!

Assalamualaikum ;)

Gambar yang tak ada kena mengena.. Yang pasti aku takkan sampai sana huhu

Saja nak bagitau yang Daya tengah keliru atau sebenarnya tak tahu tempat mana yang lagi better untuk Daya sambung study..

Sesiapa yang dah habis SPM akan tahu bahawanya hampir selori surat yang dihantar ke rumah.. Sampai juling bijik mata tengok nama aku je atas surat tu.. Walaupun sebelum ni Daya laa yang paling excited kalau dapat surat tapi ni dah hampir-hampir nak muntah rainbow pula.

First sekali Daya dapat tawaran daripada MSU iaitu swasta laa kan.. Yang aku tak mampu tulaa kan. Tapi course yang sangat menarik laa kan. Pastu aku macam nak paksa mak aku hantar ke situ jugak laa kan.. Tapi tak mampu kan.. Macam kena pinjam along kan.. Kan kan kan


Computer forensic tu beb! Baru laa berangan sikit nak buat kerja macam si Adam dalam citer CSI New York tu alahai.. Segala bayaran mahai nak mampuihhh..

Lepas tu harini pulak Daya dapat tawaran daripada UNIKL.Half government half swasta.. Bayaran boleh tahan.. Dekat pun dekat.. Jalan depan sikit jumpa Sogo. Depan lagi ada syurga shopping dunia (Jalan TAR).


Buat masa ni tawaran ni laa yang terbaik tapi den ni nak mintak tolong kalian semua yang baik hati bagi pendapat.. Tolong laa kawe yang anak sulung ni dan yang pastinya tak tahu apa-apa sebab tak ada abang or kakak. Kesian kan saya?

Lastly UPU laa.. Tapi lambat sangat laa pulak result nak keluar.. 4/17/19 Mei (Ini kerana aku confuse yang mana satu).. Deadline untuk dua-dua offer ni 5 dengan 9 Mei.. Ni laa yang aku confuse nak pilih yang mana.. Korang rasa patut ke aku tolak lepas tu tunggu result UPU ?

Atau terima UNIKL atau MSU yang aku tak mampu tu (nampak sangat aku kena tolak tawaran yang ni kan. S.E.D.I.H !)

Dengan baik hatinya tolong laa saya ye. Nampaknya korang kena bagi pendapat pasal UNIKL dengan UPU jelaa kan? Bantu ye..? Hehehe :3


22 April 2014

Gay Dan Lesbian? Aku Tak Boleh Terima!

Assalamualaikum ! :)


Disebabkan Daya sangat boring tahap tak ada tahap sewaktu Daya tengah bekerja, Daya telah pon menemui cerita di atas secara tidak sengaja.. Well sebenarnya aku tengah cari movie-movie yang boleh aku download.. Al maklum lah baru pandai guna torrent hahaha

Mula-mula tengok poster cerita ni agak tertarik jugak lah.. Dalam fikiran aku membayangkan cerita kisah abang dan adik yang kehilangan kekasih or berebut kekasih or what so ever laa.. Satu habit Daya bila nak tengok movie, Daya suka tengok trailer dia dulu.. Daya tak simply suka satu cerita tu kalau orang lain cakap cerita tu best. Biar Daya tengok trailer dia dan Daya yang decide sendiri cerita tu best ke tak.. Bajet orang tetap pendirian sangat :face23:

Samalah dengan cerita ni Daya tengok trailer dia dulu.. Nasib baik tak download! Rupanya cerita pasal gay yang sedih parent tak kasi kahwin sesama sendiri.

Yang kanan tu nama dia Tom, yang kiri Sam kott.. Daya ingat yang Tom tu sebab dia mati terjatuh daripada bumbung then parent si Tom yang dari dulu tak restu hubungan dorang ni tak bagi si Sam pergi pengkebumian Tom. Lebih kurang gitu laa cerita dia.

Yang Daya tak tahan, dorang boleh-boleh nak buat cerita tu nampak sweet and sedih. Well aku tak rasa sedih pun! Ok maybelah sedih sebab orang yang kita sayang dah mati kan tapi tetap tak nampak sweet weh.

Besides, ramai yang sokong cerita dorang ni. Oh lupa nak bagitau ni kisah benar. Orang dalam cerita tu pon benar. Dan si Sam ni ada post video dekat youtube suruh gay-gay sekalian yakinkan orang ramai untuk macam 'halal'kan perkahwinan sama jenis. Kepala dia :14:

Well aku faham laa ada je lelaki sama lelaki yang sayang sesama sendiri. Tapi dorang tak ada jadi gay pun. Elok je jadi bro seumur hidup. Maksud Daya tak semestinya kalau kita sayang seseorang tu gila-gila kita kena kahwin dengan dia.. Tak kiralah bermakna macam mana pun seseorang tu untuk kita.

Negara kita? I say man berlambak je.. Pergi je Times Square tu haa. Macam-macam spesis ada. Aku memang tunjuk muka babun habis dekat 'mereka-mereka' ni. Kalau tak faham lagi taktau laa den nak kato apo.

Macam cerita Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Aku suka gilak lagu dia. Sekali bila tengok wayang cerita hampeh. Gay pun ada. Aku tak boleh terima! Arghhh

Yang penting, semua gay tu handsome-handsome pulak. Membazir sangat kurniaan Allah tu. Dan Daya still tak boleh cerna perangai mereka yang sokong hubungan sejenis ni. Korang tak tergolong kan ? Haa baguihh.

Kalau terasa nak sokong ke apa tolonglah ingat kisah Nabi Luth. Apa balasan dekat kaum tu? Allah terbalikkan tempat dorang. Hancur lebur. Apa pun tak dapat. Sikit pun tak sweet. Sweet apa hancur sama-sama dalam keadaan berdosa.


Say no to gay and lesbian marriage! Tak lupa jugak pengkid. Sekadar peringatan, azab Allah tu panas sakit pedih 1000 kali ganda dari sakit yang kita rasa sekarang.

P/S:: Aku dah tak tertarik dengan cerita BrideGroom tu. Tak jadi download. Baik tengok cerita Agent Of Shield.. ngeh ngeh :face2: