7 June 2014

Semua Kena Buat Sendiri!

Assalamualaikum ! :)


Haa akhirnya bertemu balik.. Sepanjang di Uitm Jengka Daya sangat merindui internet haha! Yelaa dekat rumah wifi bapak laju. Ni tiba-tiba lambat pastu boleh main hilang-hilang pulak tu internet dia..

Untuk pengetahuan Daya baru habis minggu MDS.. Kira macam minggu orentasi laa.. Sorry tak ada gambar nak tunjuk sebab memang blank gila dekat sini.. Semuanya baru.. Dengan rindu ibu lagi huaaaaa.

Entry kali ni Daya nak sharing je apa yang memeningkan kepala Daya dekat sini.. Haha tapi jangan pulak korang taknak masuk sini.. Sini best je.. Pagi laa terutamanya. Sejuk nak mampus haha

Apa yang pening tu? Semua benda kena buat sendiri.. Maksud Daya bukan lah basuh baju semua tu.. Tu haruslah korang buat sendiri. Takkan nak bawak bibik pergi sana kan hihi.. Benda yang kena buat sendiri tu kena register course sendiri.. Kena register kokurikulum sendiri.. Jangan nak mimpilah pensyarah ke nak tolong buatkan..

Waktu minggu orentasi memang ada terangkan semua pasal semua benda ni tapi memang tak ada maknanya nak dengar haha! Mana taknya dah bangun pukul 4 pagi balik bilik pukul 11 malam.. Korang memang akan tertidur punya waktu ceramah.. Tahan laa macam mana pun memang tidur jugak haha..

Daya tak pasti semua U ada benda ni atau UiTM je.. Tapi tetap nak share ngeh ngeh..

Ni laa yang korang kena buat.. Cehh sekarang banggalah ada student ID sendiri kan. hihi


Ni yang paling pening laa mula lepas tu okey je.. Senang kacang sebenarnya.. Jadi susah sebab
Daya tidur waktu ceramah tu hahaha! Kantoi disini kan.. So kepada student-student yang bakal tertidur.. Haa nah baca..

 eHEP = tempat korang check kalau-kalau ada saman ke apa.. Or nak mohon insentif makanan untuk dapat RM 150 sebulan. Mohon stiker untuk barang elektrik yang korang bawak. Kalau tak buat yang ni korang boleh kena tindakan tatatertib.. Alaa bukan mahal pun.. RM10 untuk satu barang.. Pastu untuk setiap semester je bukannya setiap bulan.

 i-Learn = haa ni penting.. Ni tempat di mana group course. Jadual, quiz, assigment dan macam-macam lagi.. Semua sekarang online.. Dah tak ada guna kertas.. Nak jimat pokok laa kononnya -,-.. So kira macam hari-hari kena tengok kalau pensyarah ada bagi assigment ke apa.. Kena alert laa. Bukan macam sekolah lagi dah.

e-Academic = ni pun sama je pentingnya.. Korang kena daftar course sendiri.. maksudnya setiap benda yang korang belajar tu korang kena register sendiri.. Contoh macam math ke calculus ke.. Setiap satu kena register.. Kalau tidak tak ada laa korang punya nama dalam system. Dekat sini jugak tempat korang register kokurikulum.. Dulu zaman sekolah contoh yang famous kadet polis.. Haa lebih kurang je kalau U pun :)

Benda alah yang lain tu gua belum masuk lagi.. Yelaa Daya nak bukak continuation studies buat apa.. Baru masuk U dah nak ngada-ngada pergi degree haha melampau -_- Exam result pun nak buat apa.. Study pun belum.. Email pun daya belum bukak.. Takkan nak email "Kenapa MDS memenatkan?" "Tapi kenapa aku macam rindu MDS?" Huaaaaa

Memang MDS penat! Aku mengaku.. Tapi lepas tu rindu.. MDS Daya baru habis semalam. Harini dah rindu.. Sebabnya? Semua dah buat hal masing-masing.. Susah nak jumpa budak course lain kecuali laa roomate. Abang kakak OC yang sporting, cheerful.. Rindu doo..