20 June 2014

CS110 UiTM Jengka

Assalamualaikum !


Kita bertemu lagi! Muahehehe seronoknya dapat tengok blog.. Untuk pengetahuan Daya ada dekat Ampang waktu entry ni ditulis.. Jangan haraplah nak update blog dekat universiti kan.. Internet dia jangan ceritalah lembab dia macam mana hahah!

Setelah 3 minggu dekat Jengka barulah Daya bertemu semula dengan Ampang dan juga rumah.. Perghh rindu gila bak hang.. Macam mana nak duduk Korea ni baru kejap dekat Jengka dah menggelupur nak balik haha. Dalam masa 3 minggu tu jugaklah mesin basuh rumah gua dah tukar, karpet dah tukar.. Amboii buat semua waktu aku dah pergi kan haha terasa laa jugak hahah..

Erm nak cerita pasal study sangat pun macam tak ada benda nak cerita.. Sebabnya lecturer Daya asyik cancel kelas je.. Ada laa study sikit-sikit.. Haa buat pengetahuan, sains komputer ni ada akaun.. So macam Daya yang tak ada basic ni ternganga laa jugak waktu lecturer tu ajar.. :face47:

Haa pastu gua bertemu balik dengan musuh ketat.. Add math.. Huh otak dah berkarat kott pasal add math tiba-tiba belajar balik.. Memang tak laa..Tapi dekat u dia upgrade sikit nama.. Bukan add math dah tapi calculus

Ok dah cukup-cukup pasal study tiba-tiba rasa mual pulak cerita pasal study haha.. Ni nak cerita suasana dekat Uitm Jengka.. Universiti Khazanah Alam katanya.. Memang pun. Bukan main penuh dengan rama-rama.. Daya ada feeling princess sikit bila penuh rama-rama dekat keliling hahaha :face54:

Pastu jumpa laa haiwan yang korang tak pernah jumpa.. Macam-macam bentuk haha.. Lagi nak cerita betapa panasnya dekat Jengka.. Kulit gua dah sama dengan kuali.. Ye tahniah Daya..

Yang paling best, berat Daya turun 4kg sejak duduk Jengka hahaha!Mana taknya..Kelas jauh-jauh pastu dengan beg berat lagi.. Terasa macam mission The Biggest Loser..

Habis bab suasana.. Daya nak kenalkan classmate laa pulak eh eh eh? Well aku memang suka kenalkan kawan-kawan aku.. Apa motif tu tak tau laa haha :face6:

 Haa macam mana aku nak kenalkan pun taktau.. Yang depan sekali ni of course aku.. Tudung merah tu Syaf mereng.. Belakang dia Tira anime (sebab dia obses dengan anime :face34:).. Belakang dia Fahana yang double triple tak betul otak dia haha.. Next to her, orang first yang aku kenal dalam kelas.. Tepukan kepada Maryam.. Tudung pink tu Emy yang suka over. Sebelah dia Alia yang miang haha.. Last sekali Ruby
yang asyik tengok phone..

Terima kasih baca pengenalan yang sangat panjang hahah.


Gadis-gadis dah kenal.. So meh kenalkan jantan-jantan pulak hahah..
Ramai sebenarnya classmate lelaki tapi dorang ni yang kuat selfie.
Yang muka suci yang tak berapa nak suci tu Afiq namanya.. Dengan muka yang suci pun dia boleh kerek..
Yang tak reti duduk diam sampai gambar dia je goyang tu Shakir.

Haa nilaa serba sedikit pasal apa yang aku buat dekat Jengka.. Setakat ni alhamdulillah okey-okey je.. Dengan classmate Daya yang mereng tu, tak ada laa Daya homesick sangat huhu..

So bye-bye.. Semoga ada lagi entry akan datang :n: