24 September 2014

Siapa Kata Sains Komputer Tak Okay

Assalamualaikum :)


Haa siapa kata sains komputer tak best angkat tangan!!! Berani angkat laa angkat hahahah.. Post ni Daya nak tujukan kepada adik-adik (adik laa sangat) yang nak sambung belajar.. Sains komputer adalah computer science (CS) in english but you already knew that so I skip the introduction hahah bajet sikit..

Dulu mula-mula pun Daya ragu-ragu jugak.. Alaa biasa laa tu.. Dengan petunjuk dari Allah, alhamdulillah Daya di Jengka sambung pelajaran dalam bidang ni.. Korang tak payah risau laa.. Kalau korang dengar ada orang cakap budak CS susah dapat kerja haa bagi budu dekat dia..

Ada ke macam tu? Tell me, apa je tempat yang tak perlukan coding? Apa je tempat yang tak perlu komputer? Haa jawab jawab.. Tu semua kerja budak budak CS laa.. Kau boleh kerja dekat bank, shopping mall, kalau nak advance kau boleh kerja dekat google lagi.. Haa memang laa agak mustahil tapi kalau Allah izinkan siapa boleh tolak?

Ni untuk menaikkan keyakinan korang sebenarnya.. Bidang ni tak susah kalau korang usaha.. Berlambak kott classmate Daya yang memang mengamuk laa bila dapat result upu..Sekali tengok bidang CS.. Tapi perghh dia lah yang selalu bedal highscore dalam kelas.. Tu baru budak yang benci, belum yang minat betul-betul.. Boleh dekan kau..

Mesti korang macam tertanya-tanya kan apa yang korang akan belajar.. Haa tengok bawah ni tengok..


Terkejut tak tengok ada account? Hahaha sabar sabar.. Semua course pun macam tu.. Budak Business Managment kena belajar bahasa Arab.. Haa memang dalam setiap course tu mesti ada laa selit subjek yang kita taktau pun kenapa kita kena belajar.. Budak Civil Engineering pun akan belajar coding.. So nak lari mana? Memang semua susah tapi tu semua yang buat kita ingat apa yang Maha Besar.. Kita nak belajar ilmu Dia, mintak tolong Dia laa.. Faham?

So conclusionnya, tak ada benda nak takut.. Kalau korang suka, minat amik je.. Yang penting minat,, Jangan dengar cakap orang.. Berdesing jugak laa dengar kalau orang kata budak sains komputer ni lopek.. Daya belajar okey je.. Seronok.. daya dengan komputer mana boleh pisah..

Kalau korang ada baca post sebelum Daya masuk u, haa banyak drama.. Tentangan keluarga laa semua.. Last-last Daya tetap pilih ni.. Daya happy.. Kita yang nak belajar.. Kenapa ikut cakap orang kan?

Apa-apa pun goodluck untuk yang second in take.. Or yang SPM tahun ni? GOODLUCK sisters and brothers.. May Allah bless you all..

Kalau ada apa-apa nak tanya pasal sains komputer jangan segan-segan nak komen.. Segan jugak? haa ni email Daya >> yayah.miss9377@gmail.com .. Boleh email insyaAllah Daya ada kalau internet ada muahahaha..