15 November 2014

MC Mong [Miss Me Or Diss Me ALBUM]

Assalamualaikum ! :)

MC Mong

Yahoooo! My source of happiness is back. Sebenarnya dia dah buat comeback dalam seminggu lepas kott.. Nak buat entry tapi asyik lupa je.. Hee nak kata busy macam tipu sangat..Nyanyok mungkin betul haha..

Daya super excited bila dapat tau MC Mong buat comeback.. Tunggu 5 tahun kott sob sob :tears:

Tajuk album Mc Mong kalini pun buat Daya menjawab kembali soalannya.. Miss Me or Diss Me? Of course laa I miss you.. You pergi mana hahaha.. I forgive you so jangan ngada-ngada nak pergi lagi okey.. Promise me emoticon60



Album Miss Me or Diss Me dimulakan dengan lagu "The happiest time in my life" yang dinyanyikan bersama-sama dengan Huh Gak. Suara sweet lagu pun sweet.. OMG I'm in love 


Lagu seterusnya adalah lagu main laa.. Tajuk sama dengan album >> "Miss me or Diss me". Waktu tengok music video lagu ni tangkap leleh woo.. Lama tak tengok muka dia,. Rindu gila tengok muka dia senyum,, Dalam mv tu dia nampak sedih sangat..Actually tak adalah rindu sangat sebab Daya tengok balik 2Days And 1Night Season 1.. Haa peminat ketagih ni.

Untuk lagu ni MC Mong bergabung dengan Jinsil daripada kumpulan Mad Soul Child. Suara dia perghh superb.. Buat bulu mata waa meremang..Haa kau melampau kan.


Haa kenal kan kenal kan.. Ni laa Ailee! Untuk lagu ketiga iaitu "Be Strong" Ailee join sama nyanyi.. Uisyy syok bak hang.


Lagu keempat "New York" , MC Mong ajak Baek Ji Young (kiri) duet dengan dia..Lagu ni macam retro gitu.. Ecehhh.. Kelima pulak MC Mong ajak pulak Lyn (kanan) nyanyi.Dia kata "Hey Lyn jom nyanyi sama dengan aku nak tak nak tak?! Aku bagi tajuk dia "Run Away" "

Gary & Hyorin feat with my Mong nyanyi lagu "Faulty Fan" untuk lagu kelima. Yeayy Gary ada.. 2 dah member running man dalam album ni..Walaupun yang sorang lagi tak diiktiraf sangat.. And Hyorin ni fav Daya kalau dia nyanyi untuk ost drama..Perghh layan tu.


Ni Daya tak sure Bumkey ke tak.. Hahahah sebab first time dengar nama dia.. So sorry angat angat kalau salah orang.. Bumkey yang tidak ku kenali nyanyi lagu ke enam sama-sama dengan Mong yag bertajuk "What Could I Do". Lagu ke tujuh lagi sedih.. Waa tak jumpa gambar penyanyi pun hahaha :face21: Sebab nama penyanyinya The Channels. Keluar gambar kumpulan negro lama.. Sadis.
Apa-apa pun dorang nyanyi lagu "Scandal" untuk lagu ke tujuh.



"0904" budak atas ni yang nyanyi.. Waa tak kenal dan waa memang taktau laa kenapa lagu ni ada dalam album Mong sebab Mong tak nyanyi pun dalam lagu yang ni.. And lagu ni paling pendek.. 2 minit je..Suara budak ni jelas gila.. Sedap betul..Aku kecik ni nyanyi lagu sep sep tom tom je.

Yang ke sembilan pulak "Sick To Death Part 2". Kenapa part 2 Daya pun kurang pasti laa.. Mungkin sambungan lagu lama dia.. Sick Enough To Die? Andaian aku jelaa. Jangan saman,, Pakai teka je ni.. Haa lagu ni feat Sweden Laundry ..Kang sedih pulak waa tak mention nama dia.


Sampai ke lagu fav waa.. feat Minah .. Dalam lagu ni waa rasa waa ada dengar suara HaHa.. Alaa yang running man tu.. Rancak je lagu ni.. Yang paling penting Daya boleh ikut nyanyi sekali hahaha..Dengan gaya yang gedik aku boleh bagi haa amik! "Whatever" tajuk pun dah whatever so whatever laa.

Dua lagu yang terakhir ni waa dah penat sebenarnya hahaha.. malas nak cari gambar.. Korang cari sendiri laa eh.. Orang kata usaha tangga kejayaan heheh..

lagu ke 12 tajuk dia "Cintaku" hahaha.. Dalam omputih laa.. Didendangkan oleh Sung Yoo Jin. Manakala yang terakhir pula adalah lagu lama Mong.. "E.R" waa tak tau laa ni maksudnya Emergency Room ke ? Haha taktau taktau.. Ni The Channels nyanyi lagi.. Dua lagu dia masuk tapi waa tak dapat jumpa pulak gambar dia.. Jangan sedih naa.. Nanti selfie banyak-banyak bagi waa.. Haha

Excited sangat dengan album ni..Terima kasih MC Mong sebab terus nyanyi.. Haters gonna hate..Shake it off..Eh?