5 November 2015

Bubblegum [KOREAN DRAMA]

Assalamualaikum


Cuti sem ni tak lengkap kalau tak drama hunting hihi. Nak food hunting duit pun dompet dah berlalat so hanya mampu mereput tengok drama

Drama ni aku recommand pun sebab ada Lee Dong Wook  Aku dah lama sebenarnya tak tengok drama. Mana ada masa wehh uwahhh. So yang masih bersekolah teruskan tengok drama korea tu eh. Tengok sampai berbuih.

Ni pulak orang orang yang berlakon dalam drama ni


Sinopsis
Cerita ni pasal orang yang kerja dekat hospital dengan station radio. Park Ri-Hwan (Lee Dong Wook) dengan Kim Haeng- Ah (Jung Ryeo Won) ni membesar sama-sama dari kecik sebab mak bapak Haeng-Ah tu dah mati. Tu jelaa yang aku tahu sebab baru episode 4 hahahah

Comel gila drama ni. Sebab dorang membesar sesama so dorang selalu gaduh lepas tu take care sesama sendiri

Make sure korang tengok tau. Aku cadang je hihihi 

28 October 2015

Doa Nabi Yunus

Assalamualaikum


Aku harini bukan nak cerita pasal kisah Nabi Yunus a.s.. Aku sure korang pun dah tahu kan kisah pasal ikan paus ni..

So aku tak payah cerita lagi.. Cumanya aku nak tekankan betapa Nabi Yunus berusaha mintak maaf dekat Allah. Kau bayang laa tinggal dalam ikan paus.. Nak makan apa? Nabi Yunus puasa tau.. Berbuka dengan tasbih je.

Mesti takut duduk dalam perut ikan tu, Nabi Yunus dalam tiga kegelapan.. Kegelapan dalam perut ikan, kegelapan dasar lautan dan kegelapan malam.. Aku ni bilik gelap pun dah gelabah.

Tapi Nabi Yunus bertasbih tak berhenti.. Sampai semua hidupan dekat laut tu keliling ikan paus lepas tu bertasbih sekali dengan Nabi. Nabi pun mintak maaf. Kita ni sehari sekali pun payah mm.

Tasbih Nabi Yunus:


Nabi tak terus mintak ampun dekat Allah tapi Nabi mengaku salah.. Merendahkan diri serendahnya dekat Allah. Ingatlah sahabat..Kita ni pendosa hmm

Entri ni aku buat untuk ajak korang semua amalkan tasbih Nabi Yunus..Pendek je. Ringkas. Tapi fadhilat dia banyak.

  Bacalah lepas solat sekurangnya 40 kali
  Setiap kali susah baca (Ambik exam, hutang dll)

Tasbih ni untuk tolong kita keluar dari kesusahan. Tapi mesti disertakan dengan usaha. Jangan lupa ye.

Sama-sama kita amalkan 

23 October 2015

The Walking Dead Season 6 Menguasai

Assalamualaikum


Bedo bedo bedo!

Actually dah lama season 6 ni kembali menyerang skrin tv rumah aku.. Tapi malang aku baru ada kesempatan nak post pasal.. Lama sangat tu tak laa. Sekarang baru ada dua episode.

Korang taktau betapa terseksanya aku duduk kolej amik final exam.. Terbayang bayang aku cerita ni hahahah.. Memandangkan sekarang aku tengah cuti sem.. Seronok laa aku bedal..

Season kali ni seronok bagi aku.. Sebab first episode dah gempak dengan lawan lawannya.. tak bagi hati aku rehat langsung. Debor selalu hahaha

Kali ni ada banyak jugak character baru yang dia tambah.. And Rick macam dah hilang kawalan.. Semua benda nak ikut cakap dia. MMM korang mesti tak faham aku cakap apa uwahh..

SESAPA YANG MINAT CERITA NI PLEASE TELL ME
I NEED FRIEND!

Cerita ni dah ada 6 season.. Kepada sesiapa yang tak tau.. Cerita ni pasal zombie.. Dongeng tapi aku rasa kalau jadi kat kita,, Macam cerita ni laa kita jadi. Aku suka cerita ni sebab dia tunjuk macam real situation tau.. Korang boleh kejar kalau nak hehehe (banyak tu)

Season ni yang jahatnya aku rasa ada satu group nama Wolves .. Dorang ni bunuh orang siap potong potong semua anggota..Tak faham aku.


Ni haa ketua dia.. W dekat kepala tu untuk Wolf laa kan

Korang boleh tengok

Hari: Isnin
Masa: 9pm -10pm (tak sure ni hahah)
Channel : 724 (kalau tak silap laa)

Banyak benda tak sure sebab aku tengok yang rekod punya haritu muahahah

28 April 2015

Girls Kena Ada Period Calendar

Assalamualaikum :)


:face12: Hai semua.. Hehe agak malu jugak nak tulis entry baru sebenarnya. Hilang kemain lama dehh.. Hahaha satu sem hilang.. Malu laa sikit.. Bahasa melayu pun macam dah karat sikit.. Duduk asrama kan. Bahasa macam macam hehehe..

Dah laa pulak tajuk entry mmm macam aku gatal? Aku gatal sikit je. Kalau nyamuk gigit aku gatal laa..

So aku nak bincang sikit laa pasal period calendar.. Aku ada laa satu apps bagus yang aku memang dah guna lama untuk kira period aku.. First aku nak cakap, aku malu jugak cakap pasal ni tapi dekat sekolah pun belajar so lelaki semua tahu kan? Well korang pun kena tahu jugak ni beb.

Kelebihan:

 Of course senangkan kau nak prepare awal-awal.. So tak ada laa kes bocor or what so ever.

 Kau tahu bila kau subur (Bagus untuk yang dah berkahwin. Yang belum, sabar laa nak masa mu         akan tiba)

 Senang bila kau sakit. Ada sekali aku pening gila kepala then pergi laa klinik pastu doc tu tanya         bila last period? Aku yakin jawab tak ingat. Setengah jam kena ceramah. Amik iktibar ye anak          anak.


Period Calendar


Korang boleh taip je dekat google play tu.



Dah download tu korang kena laa isi maklumat sikit. Contoh macam dia nak period length. Common 7 hari kan.. So buat je 7.. Kalau lebih takpe. Apps ni yang tolong kira kan.. Kita kan busy.. Buat assignment *acah

Then cycle length, yang ni aku letak 30. Nanti korang boleh setting nak dia remain kan period korang guna 30 hari tu ke or average period.. Kalau tak faham takpe.. Guna dulu.. Nanti faham laa tu.



Tadi aku cakap korang boleh tau kalau korang subur kan.. Nampak yang macam bentuk telur tu.. Haa tu laa waktu korang subur. Ahh nanti pepandai laa korang geladah apps tu.

Benda ni pun macam diari sakit korang laa.. Kalau sakit je boleh add note jugak dekat situ.. Apps yang menarik and membantu sangat bagi aku..

Aku cadang sangat korang try apps ni.. Hope dapat membantu semua hehehe.