28 April 2015

Girls Kena Ada Period Calendar

Assalamualaikum :)


:face12: Hai semua.. Hehe agak malu jugak nak tulis entry baru sebenarnya. Hilang kemain lama dehh.. Hahaha satu sem hilang.. Malu laa sikit.. Bahasa melayu pun macam dah karat sikit.. Duduk asrama kan. Bahasa macam macam hehehe..

Dah laa pulak tajuk entry mmm macam aku gatal? Aku gatal sikit je. Kalau nyamuk gigit aku gatal laa..

So aku nak bincang sikit laa pasal period calendar.. Aku ada laa satu apps bagus yang aku memang dah guna lama untuk kira period aku.. First aku nak cakap, aku malu jugak cakap pasal ni tapi dekat sekolah pun belajar so lelaki semua tahu kan? Well korang pun kena tahu jugak ni beb.

Kelebihan:

 Of course senangkan kau nak prepare awal-awal.. So tak ada laa kes bocor or what so ever.

 Kau tahu bila kau subur (Bagus untuk yang dah berkahwin. Yang belum, sabar laa nak masa mu         akan tiba)

 Senang bila kau sakit. Ada sekali aku pening gila kepala then pergi laa klinik pastu doc tu tanya         bila last period? Aku yakin jawab tak ingat. Setengah jam kena ceramah. Amik iktibar ye anak          anak.


Period Calendar


Korang boleh taip je dekat google play tu.



Dah download tu korang kena laa isi maklumat sikit. Contoh macam dia nak period length. Common 7 hari kan.. So buat je 7.. Kalau lebih takpe. Apps ni yang tolong kira kan.. Kita kan busy.. Buat assignment *acah

Then cycle length, yang ni aku letak 30. Nanti korang boleh setting nak dia remain kan period korang guna 30 hari tu ke or average period.. Kalau tak faham takpe.. Guna dulu.. Nanti faham laa tu.



Tadi aku cakap korang boleh tau kalau korang subur kan.. Nampak yang macam bentuk telur tu.. Haa tu laa waktu korang subur. Ahh nanti pepandai laa korang geladah apps tu.

Benda ni pun macam diari sakit korang laa.. Kalau sakit je boleh add note jugak dekat situ.. Apps yang menarik and membantu sangat bagi aku..

Aku cadang sangat korang try apps ni.. Hope dapat membantu semua hehehe.