28 October 2015

Doa Nabi Yunus

Assalamualaikum


Aku harini bukan nak cerita pasal kisah Nabi Yunus a.s.. Aku sure korang pun dah tahu kan kisah pasal ikan paus ni..

So aku tak payah cerita lagi.. Cumanya aku nak tekankan betapa Nabi Yunus berusaha mintak maaf dekat Allah. Kau bayang laa tinggal dalam ikan paus.. Nak makan apa? Nabi Yunus puasa tau.. Berbuka dengan tasbih je.

Mesti takut duduk dalam perut ikan tu, Nabi Yunus dalam tiga kegelapan.. Kegelapan dalam perut ikan, kegelapan dasar lautan dan kegelapan malam.. Aku ni bilik gelap pun dah gelabah.

Tapi Nabi Yunus bertasbih tak berhenti.. Sampai semua hidupan dekat laut tu keliling ikan paus lepas tu bertasbih sekali dengan Nabi. Nabi pun mintak maaf. Kita ni sehari sekali pun payah mm.

Tasbih Nabi Yunus:


Nabi tak terus mintak ampun dekat Allah tapi Nabi mengaku salah.. Merendahkan diri serendahnya dekat Allah. Ingatlah sahabat..Kita ni pendosa hmm

Entri ni aku buat untuk ajak korang semua amalkan tasbih Nabi Yunus..Pendek je. Ringkas. Tapi fadhilat dia banyak.

  Bacalah lepas solat sekurangnya 40 kali
  Setiap kali susah baca (Ambik exam, hutang dll)

Tasbih ni untuk tolong kita keluar dari kesusahan. Tapi mesti disertakan dengan usaha. Jangan lupa ye.

Sama-sama kita amalkan